Tak Cukup Susu Sampai Terpaksa Top Up Susu Formula? Ini Panduan Yang Betul!

Thursday, November 13, 2014

Tak cukup susu? Apa terpaksa bagi anak susu formula?

Betul ke susu tak cukup? Atau ibu yang tak berapa tahu pasal penyusuan susu ini sampai terpaksa top up susu formula.

Padahal dalam hati nak sangat susukan anak. Sedih bila tak cukup susu. Sedih tengok anak minum susu lain.

Dan mungkin ini membuatkan ibu mahukan sesuatu yang segera tambah susu. Tapi ibu masih tak tahu panduan yang betul untuk susukan anak.

Bersedialah ibu. Kalau tak banyak pun sikit. Belajar-belajar sikit pasal ilmu susu ibu ni. Supaya ibu dapat susukan anak, tanpa perlu top up susu formula.


Duit buat beli susu formula tadi bolehlah disimpan masuk akaun anak. Sebab dah tak payah beli lagi susu buatan manusia ini. 

Berikut adalah tiga panduan paling asas untuk elak masalah tak cukup susu sampai terpaksa top up susu formula:

Panduan 1

Wajib tahu, konsep susu ibu yang paling utama adalah supply dan demand. Apa bende nie?

Konsep ini kalau ibu tak peduli atau tak ambil tahu. Maka kemungkinan besar penyusuan susu ibu akan menemui jalan buntu. Dan akhirnya gagal.

Ini kerana anggapan yang susu ibu macam magic. Sentiasa ada. Walaupun susu tak di pam dan skip-skip susukan anak. 

Untuk membolehkan susu ibu ada dan terhasil. Ibu mestilah menurut konsep supply dan demand ini. Demand adalah permintaan iaitu dalam bentuk hisapan bayi atau mengepam susu. Tak kiralah guna mesin ke guna tangan.

Hisapan bayi dan mengepam susu adalah aktiviti yang yang meransang payudara untuk hasilkan susu. Ransangan ini akan memberi signal ke otak, bahawa payudara perlu hasilkan lebih lagi susu.

Oleh itu, jika rasangan tak cukup. Signal kurang, maka makin kuranglah susu yang terhasil. Macam broadband lah juga, lagi kuat signal makin laju Internet. Cuba kalau signal sikit, kan lembap je Internet tu. Ha, samalah dengan konsep susu ibu ni.

Bila dah paham bab ini. Maka lebih mudahlah ibu nak terus menyusukan anak.

Manakala supply pulak merujuk pada susu yang terhasil. Kesan dari ransangan atau demand yang telah dibuat tadi. Jika banyak ransangan dibuat, maka banyaklah susu yang terhasil. Dan kalau sedikit, maka janganlah harap susu banyak.

Kerana susu ibu tidak akan tiba-tiba banyak tanpa ransangan. Jadi amatlah penting ibu untuk pahami konsep ini.

Jika sudah paham, maka dapatlah mengelakkan sindrom ubat tambah susu. Sindrom ini selalu berlaku dikalangan ibu yang susukan anak tapi skip-skip dan dah top up susu formula. Dan mahu tambahkan susu sekelip mata.

Dan perkara ini adalah mustahil tanpa membuat dan menurut konsep supply dan demand ini.

Dicadangkan, bila bayi lahir usahlah sibuk fikir cukup ke tak susu. Tapi perkara betul yang harus dilakukan adalah, dakaplah anak dan susukan sahaja.

Sepanjang tempoh berpantang, hormon penyusuan sangat tinggi. Jadi usahlah rosakkan dengan sikap tak ambil tahu pasal ilmu penyusuan.

Panduan 2

Ini juga penting. Matlamat mestilah jelas. Bahawa ibu mahu susukan anak dengan susu ibu sahaja. 

Jika matlamat tak jelas, sebagai contoh 'aku nak susukan anak, tak sure boleh ke tak ni, takpelah aku cuba...'. Situasi ini akan membuatkan ibu lebih mudah angkat tangan, dan give up dengan penyusuan susu ibu.

Jadi jelaskan matlamat 'aku mahu susukan anak aku dengan susu ibu sahaja, hingga usianya dua tahun'. Bila sudah jelas, maka tindakan turut menjadi betul.

Ibu takkanlah membeli awal-awal susu formula sebagai persediaan takut susu tak cukup. Walaupun di kala anak tak dilahirkan lagi.

Benda dah ada kan. Guna sajalah.

Pemberian susu formula di awal kelahiran adalah tanda yang impian nak susukan anak bakal musnah. Lagi pula bila suami atau mak, ataupun mak mentua kurang arif pasal susu ibu.

Bila anak menangis je, walaupun bayi dah sendawa kenyang. Dia akan kata 'ish kesian anak tu nangis, tak cukup susu lah tu, meh mak bancuhkan susu'.

Ada yang lebih extreme, bila masukkan pula sedikit nestum. Ya Allah, sudahlan perut bayi tu kecil. Kena sumbat lebih dari sepatutnya, memanglah bayi akan tidur. Jadi kurang aktif. Macam ular sawa yang kekenyangan.

Bahaya bila bayi asyik tidur di awal kelahiran. Sebab masa ini bayi perlu minum susu dengan kerap untuk mengeluarkan birubilin yang menyebabkan penyakit kuning. Dan susu formula pula tidak mencerna dengan baik dalam perut baik. Ini berbeza dengan susu ibu, yang diciptakan khas untuk bayi. Dan hanya ibu yang dapat berikan susu ibu yang unik ini.

Susu formula pun dikhaskan untuk bayi. Tapi dibuat oleh pengilang susu formula. Jauh bagai bumi dan langit khasiat yang terkandung dalam susu ibu.

Apa yang dikatakan di sini adalah bila mana situasi bayi itu normal, dan ibu pula sihat untuk menyusukan anak. Tak termasuk bayi yang ada masalah kesihatan atau komplikasi. Dan ibu yang mungkin tak berdaya nak susukan anak.

Susu formula yang membuatkan bayi kenyang melampau bakal membuat bayi tidur lebih lama. Dan bayi tak bangun menyusu pada masa yang sepatutnya dia bangun. Sebaiknya di awal kelahiran hingga bayi enam bulan, bayi mestilah disusukan sekali dalam tempoh dua ke tiga jam.

Makin kerap bayi menyusu, makin banyaklah hasil buangan bayi. Dan jika ada kuning, ia akan turun dengan cepat.

Nampakkan betapa susu formula menjadi punca kegagalan menyusukan anak. Walaupun ia nampak remeh, tapi kesan tak remeh.

Oleh itu, bagi ibu yang memang berniat nak susukan anak. Tak usahlah beli susu formula. Yakinlah setiap anak pasti ada rezeki susu ibu. Susukanlah anak dan mohon Allah beri kekuatan dan terus berusaha capai matlamat.

Panduan 3

Berkaitan dengan pemakanan ibu di awal kelahiran bayi dan dalam tempoh berpantang. Memanglah tak dinafikan, masa pantang nilah ibu nak cuba dapatkan berat sebelum mengandung.

Berlumba-lumba nak kuruskan badan. Makan pun sekat-sekat. 

Nasi sikit je. Lauk dan sayur, lagilah sikit. Takut berat bertambah katanya. Nanti dah tak sama macam dulu.

Dan disebabkan terlampau jaga makan nilah masalah tak cukup susu boleh terjadi. Tapi takkan nak makan banyak? Nanti suami pulak komplen kata makin gemuk.

Dilema betulkan? Nak susukan anak tapi tak boleh nak makan banyak. Nak jaga badan.

Habis tu apa nak buat? 

Sebenarnya makan banyak berpinggan-pinggan pun bukanlah menyebabkan susu jadi banyak. Makan nasi penuh sepinggan pun, tapi zat dan nutrisi makanan dan hilang pun tak guna. Kerana zat dan nutrisi inilah yang diperlukan badan untuk hasilkan susu.

Makanan zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Dulu sayur tanam sendiri. Ayam pun sembelih sendiri. Kita? Sayur beli kat pasaraya kadang-kadang je dapat yang betul molek.

Ayam? Masa cuci ayam pun dagingnya boleh luruh. Nak kata dah lamalah ayam tu, sampai lembik isinya. Tak cerita lagi ikan. Tah yang dah berapa minggu punyalah, tapi kita takde pilihan terpaksa beli.

Boring pulak nak makan ayam je kan.

Sebab tulah orang dulu, tak payah pun makan supplemen. Sebab makanan yang orang dulu makan, dah kaya dengan zat nutrisi.

Tapi kita? Macam makan hampas. Kenyang, tapi takde zat dan nutrisi.

Orang kampung kan, pagi dah pergi kebun, balik kang dah tengahari. Tapi rasanya takdelah melepek lepas tu. Kita? Jalan shopping mall kejap, balik pun dah letih.

Sebab itulah kita mesti lengkapkan keperluan zat dan nutrisi yang badan perlukan. Tambah pula kita ibu menyusukan anak. Kalau cepat letih, macam mana nak pam susu dengan baik waktu kerja.

Tambah bila kerja sibuk di pejabat. Ya mungkinlah kita dapat pam empat kali di pejabat. Tapi tetap hasilnya tak memberangsangkan. Terpaksa guna stok beku susu ibu. Bila yang beku dah habis, terpaksa bagi susu formula.

Kesian anak, terkebil-kebil bila minum susu formula. Rasa lain. Tak sempat habis dan meraung tak nak dah.

Kenapa agaknya dah pam banyak kali pun susu tak cukup? Sebab kita stress dan penat. Bila ini terjadi susu yang dipam pun tak banyak keluar.

Bila tak keluar dengan baik, makin lama susu akan menjadi makin sedikit. Dan masa itulah mula rasa hati, bagi jelah susu formula.

Tapi sanggup kah? Bukan ke dulu masa anak lahir, dalam hati kata 'aku nak susukan anak aku dengan susu badan je'. Habis tu kenapa nak mengalah sekarang?

Betul jadi ibu memang letih, lagilah bila kita menyusukan anak dan bekerja. Sibuk kat pejabat. Tak habis penat anak pula bergayut. Tak masuk tengah malam nangis nak menyusu. Kalau tak betul-betul, mahu rasa nak menjerit sebab stress dan penat.

Sebab itulah kita jadi ibu menyusukan anak perlukan bantuan. Macam Set Penyusuan Shaklee yang dah terbukti membantu ramai ibu yang ada dilema yang sama. Susu tak cukup dan terpaksa bagi susu formula.

Lepas ambil set ini mereka semua dah takde lagi masalah nak top up formula. Mereka berjaya susukan anak hanya dengan susu ibu. Walaupun mereka sibuk bekerja dan sibuk dengan urusan-urusan lain.

Tapi susu tetap maintain. Dan anak pun makin sihat, sebab hanya minum susu ibu.

Set Penyusuan Shaklee ni membantu melengkap keperluan zat dan nutrisi setiap hari. Bila cukup zat, badan pun boleh berfungsi dengan baik. Walaupun sibuk, masih kekal bertenaga. Dan adakalanya stress, tapi masih mampu mengawalnya dengan baik.

Dan sebab itulah bila pam susu, terhasillah susu yang cukup untuk anak. Mungkin berlebih, boleh simpan di kala emergency.

Pulang ke rumah pun dengan hati yang gembira. Anak dah tunggu nak menyusu pun dapat habuan. Tersengih anak kekenyangan. Oh mereka yang dah ambil set ini kata susu jadi lebih pekat. Dan anak pun dah takde lagi nak bergayut, sebab cepat kenyang dan puas menyusu.

Anak jaga tengah malam nak susu pun, tak serabut memikir cukup ke susu ni? Sebab susu sentiasa ada untuk anak.

Sebab itulah set ini lebih dari sekadar milk booster. Ia membantu dan memudahkan ibu yang nak susukan anak dapat susu yang cukup. Dan akhirnya berjaya susukan anak hingga lengkap dua tahun.

Bukan saja berjaya susukan anak. Tapi dapat lebih lagi dari itu.

Kulit jadi makin cantik, susah nak terkena penyakit, bertenaga sepanjang masa. Dan ada yang lagi best, sebab suami makin sayang. Kerana ada 'something' dalam set ini yang buat suami makin jatuh cinta dengan kita.

Best kan? Bila dapat bahagiakan semua orang.

Oleh itu, jika anda mahu kejar balik cita-cita nak susukan anak dengan susu badan saja. Dan stop berikan susu formula pada anak. Bolehlah SMS/Whatsapp saya di 016 773 1892 untuk cuba Set Penyusuan Shaklee ini.

Insyaallah saya guide juga cara pengambilan set yang berkesan. Dan juga diberikan PERCUMA Jadual Rutin Pam Susu Ideal untuk anda 'track' hasil susu yang dipam. Baca sini untuk 5 Sebab Buat Terangsang Beli Set Penyusuan Shaklee.

Dan untuk penutup saya nak kongsikan video khas, menyusu di dalam laut. Dalam laut mana ada kedai, jadi takdelah dijual susu formula. Jadi takde pilihan, terpaksa juga susukan anak sampai besar.








You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube