Siapa Kak Mah Sebenarnya? Wujud Ke?
Wednesday, November 19, 2014Rasanya satu Malaya kecoh pasal cerita Kak Mah. Kak Mah yang dapat surat 'cinta' dari suami. Katanya terpaksa curang dengan janda akibat Kak Mah yang tak tahu jaga diri.
Kesian Kak Mah. Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ni.
Memang perkara macam ni tak mustahil berlaku. Selagi kita nama manusia. Pasti ada buat salah.
Sebenarnya 'Kak Mah' ada dalam diri semua isteri-isteri. Lebih-lebih lagi bila isteri tu sanggup jadi surirumah sepenuh masa. Sanggup korbankan masa dan diri untuk suami dan anak-anak.
Terkadang sebab terlampau sibuk, sampai lupa nak jenguk diri sendiri.
Tapi bukan sengaja. Bayangkan makan pun sambil-sambil suap anak. Kemas rumah pagi, karang sejam dah berterabur balik. Suami nak balik, kelam kabut kemas elok-elok. Siapkan anak.
Yang lagi hebat tu siap ready minum petang lagi.
Tak sempat nak mandi, suami dah sampai. Habis tu takkan nak biar suami masuk rumah sendiri.
cinta sebenar suami isteri, tak mengenal rupa paras |
Kenalah tunggu, sambut beg. Salam.
Ya masa tu mungkinlah ada berbau tengit peluh sikit. Maklumlah baru lepas uli roti sarang lebah.
Tapi suami kenalah paham. Bukan isteri tu saja-saja nak berpeluh gitu gaya. Nak sambut punya pasallah, sanggup tangguh mandi.
Baru sedap siram badan dalam bilik air. Dah terpekik anak-anak bergaduh depan pintu. Yang sorang sibuk ketuk nak masuk.
Suami? Mungkinlah letih sangat, terduduk depan tv sambil scroll FB news feed. Bukan dia tak dengar suara anak..tapi dia kata 'takpe, isteri aku boleh handle'.
Kelam kabut lah isteri sabun badan. Tak sempat nak shampoo rambut pun. Pakai baju pun mana sempat.
Habis tu karang nak tuangkan air teh untuk suami. Lambat, sejuk pulak air tadi.
Baru nak duduk sebelah suami. Anak sibuk nak menyelit. Sempat borak dua tiga patah, terus bangun ready makan malam.
Ya suami kata 'bukan makan minum yang abang perlukan, tapi perhatian'. Tapi boleh ke? Isteri tak ready makan malam. Asyik sibuk membelai suami.
Nak suruh isteri belai boleh. Tapi kena ada give and take.
Bukan isteri pulun buat kerja rumah. Tolong lah dia. Macam sapu rumah ke, lepas makan tolong basuh pinggan ke.
Tak pun layanlah anak-anak.
Barulah isteri ada masa nak 'ready'kan diri untuk suami. Nak bubuh minyak wangi. Nak sikat rambut cantik-cantik.
Kak Mah yang dikatakan tak wangi, boleh berubah wangi bak bunga. Cuma berikan sedikit masa kat isteri.
Isteri bukan hamba, tapi dialah pelengkap hidup suami. Jadi tunjukkanlah rasa sayang tu.
'Kak Mah tak kisah kalau abang tak cakap dia sayang, sebab akak tahu. Abang suami yang baik, nie ha belikan gelang baru. Layan anak baik je'
Jangan ikut perangai Kak Mah yang paham-paham sendiri. Sebab ia boleh bertukar jadi syok sendiri.
Setiap perkara dalam rumah tangga perlu berbincang. Bukan setakat nak beli apa, atau pasal anak-anak.
Pasal perasaan isteri, pasal perasaan suami semua kena bawa bincang. Kalau suami tak suka isteri bau tengik, cakaplah. Mungkin isteri tak perasaan. Dah kena tegur barulah boleh berubah.
Segan nak cakap depan-depan? Gunalah Whatsapp ke Telegram. Luahkan apa terbuku kat hati.
Bukan guna Whatsapp nak ngurat perempuan lain.
Lelaki ketua keluarga. Macam kapten kapal. Kapten tak berguna, kapal boleh karam.
Isteri pulak bak pembantu kapten. Dia yang nak kena tengok laut clear ke ada batu. Kalau dia leka, langgar batu kapal pun boleh karam.
Jadi kenalah kerjasama. Barulah rukun rumah tangga. Moga akhirnya, terbina mahligai bersama di syurga.
Nota: Saya tak tahu Kak Mah yang hantar emel tu wujud atau tak? Kalau dia wujud, moga bersabarlah hadapi dugaan.
2 comments
Haha..tu mujur la sempat pakai Baju..klau tak..haha..saya sayang isteri maaa...
ReplyDeleteHuhu..tak baik tau kak mah Buat macam ni...
ReplyDelete