Nafas Busuk Sampai Muka Hensem Pun Awek Lari. Atasi Di Sini.

Wednesday, November 26, 2014

Masalah nafas berbau adalah masalah yang biasanya diri sendiri kurang perasan. Tapi orang lain paling cepat perasan.


Tanda paling ketara bila mula buka mulut. Orang mula undur ke belakang. Atau ada yang terus tutup hidung.



Bukanlah niat mereka sebab berasa geli. Tapi itu adalah tindakan automatik. Sebab itulah kalaupun muka hensem, tapi nafas busuk. Awek pun boleh lari.

Jadi dalam entry kali ini, saya ingin kongsikan:
1-Apakah punca nafas busuk?
2-Cara mengesan nafas busuk.
3-Cara atasi nafas busuk.

Punca Nafas Busuk

Ada beberapa punca masalah Halitosis atau pernafasan busuk. Antaranya:

1-Mulut
85%-90% punca nafas busuk adalah kerana mulut itu sendiri. Sisa makanan atau minuman yang tak dibersihkan dengan baik akan mengundang sejenis bakteria atau kuman. Nama kuman ini adalah Anerobic Bacteria.

Dan sumber makanan kuman ini adalah sisa makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Keadaan lebih buruk apabila kuman ini mengeluarkan bahan kumuh yang mengandungi tinggi kandungan sulfur.

Membuatkan mulut akan mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bau mayat. Bau bangkai saja pun dah meloyakan. Lagi pulalah bau mayat.

Muka yang hensem tidak lagi dapat membantu jika bau mulut busuk. Melainkan kalau bercinta atas talian.

Tapi takkan nak bercinta selamanya. Mesti nak berkahwin kan? 

Jangan pula sampai ada episod pengantin perempuan lari lepas akad nikah. Hanya kerana tak tahan bau mulut yang busuk.

2-Hidung
Selain dari mulut. Hidung yang ada masalah resdung atau sinus pun boleh menyebabkan nafas busuk.

Atau jika ada bahanasing di dalam hidung, pun boleh menyebabkan masalah ini. Biasanya terjadi pada kanak-kanak kerana perbuatan memasukkan bahanasing seperti kacang ataupun bola kecil ke dalam hidung.

Bahanasing yang tertinggal lama di dalam hidung akan mengeluarkan bau yang busuk.

3-Tonsil
Tonsil yang sihat tak mendatangkan masalah. Tapi kalau tonsil bengkak dan bernanah juga boleh membuat nafas berbau.

Bila sudah tahu punca. Barulah mudah nak atasi masalah ini.

Tapi nak tahu busuk ke tak nafas kita, boleh cuba cara di bawah.

Cara Mengesan Nafas Busuk

Menurut Dr Zubaidi, ada tiga cara:

1-Jilat belakang pergelangan tangan. Dan biarkan selama 2 minit. 
Lepas tu hidu. Bau yang dihidu itulah bau yang pada hujung lidah. Dan bau yang keluar dari mulut.

2-Juga boleh guna sudu. Masukkan sudu hingga ke pangkal lidah. Dan keruk sedikit lendir.
Lendir putih yang terkumpul itu ada menghasilkan bau. Jadi cuba cium apakah bau lendir.

3-Ataupun boleh cuba bertanyakan kepada orang yang boleh dipercayai. Minta dia berterus terang tentang bau pernafasan kita. Busuk atau wangi.

Cara Atasi Nafas Busuk

1-Penjagaan Oral 
Seperti menggosok gigi selepas makan. Atau gosok gigi sebelum solat. Juga bolehlah amalkan 'flossing' gigi.

Juga bolehlah kumur 'mouth wash', tapi jangan kumur selepas gosok gigi. Kerana ia boleh menambah lagi bau busuk pernafasan.

2-Minum Banyak Air
Kekurangan air akan membuat mulut kering. Dan ia akan membuatkan kuman penyebab bau bertambah. Minum air banyak akan membuatkan bakteria pembunuh kuman bau mulut bertambah.

Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

3-Makan Makanan Tinggi Zinc
Zinc mempunyai sifat anti bakteria. Ia bertindak membunuh bakteria jahat dan menjadikan mulut bersih dan tak berbau.

Dan zinc juga sangat baik untuk mengurangkan radang pada gusi. Juga membuatkan luka pada gusi lekas sembuh.

Terdapat banyak makanan yang mengandungi zinc seperti bendi. Atau boleh mengambil supplemen zinc seperti Zinc Complex Shaklee.

4-Makan Buah atau Sayur Rangup
Seperti epal, lobak atau timun. Kerana ia akan bertindak membersihkan plag pada gigi.

5-Kumur Air Garam

Air garam sangat baik untuk membersihkan bahagian gigi. Lebih-lebih lagi jika gigi berlubang, atau gusi radang dan luka.

Boleh lakukan ini sebelum masuk tidur.

6-Detox
Toksin yang tinggi dalam badan juga menyebabkan nafas busuk. Jadi ambillah makanan yang kaya fiber untuk detox. Dan ia juga akan melancarkan sistem perkumuhan.

Boleh cuba mengambil 'alfalfa sprouts', sage atau parsley untuk tujuan ini. Atau jika mahu sesuatu yang lebih mudah dan segera, bolehlah mengambil Alfalfa Complex Shaklee. 

7-Pembersihan Total
Jika semua perkara telah dicuba, tetapi masih mulut mengeluarkan bau busuk. Mungkin dah tiba masanya untuk membersihkan tubuh badan dari toksin yang membuatkan kuman mudah terhasil.

Bolehlah pertimbangkan untuk membersihkan kolon. Ada pelbagai cara, tapi ada cara yang lebih mudah. Cuba amalkan Herb Lax Shaklee, kolon akan menjadi bersih.

Ataupun boleh cuba DTX Complex bagi membersihkan hati dari toksin. Badan bebas toksin, memberi kesan baik pada mulut. Mulut menjadi bebas dari nafas busuk.

Jadi jika anda rasa perlu untuk segarkan kembali nafas yang busuk. Dan mahu ada awek, atau mahu buat awek kembali. 

Mungkin boleh cuba Set Nafas Segar. Dalam set ini mengandungi Alfalfa Complex, Herb Lax dan Peppermint-Ginger Plus. 

Cepat Whatsapp saya di 016 773 1892. Saya ada cara makan vitamin ini yang bukan je hilang nafas dan mulut busuk. Tapi juga buat awek terkejar-kejar nak bau mulut anda.


Atau kalau anda perlukan konsultasi KHAS untuk nafas busuk, bolehlah terus hubungi saya, Suriya di 016 773 1892. Insyaallah saya akan cuba membantu.


Cara Bersihkan Kolon Atasi Nafas Busuk

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube