Antara resepi sayur paling bahaya, resepi sayur capcai.
Kenapa bahaya?
Sebab boleh buat nasi bertambah berkali-kali, walaupun hanya digandingkan dengan ikan kering atau ikan goreng.
Huh asyik wei. Kalau buat sambal. Lagilah. Mahu tersandar macam ular sawa makan gajah.
Sedap sangat ke?
Hui, gila kau tak sedap....
Nah resepinya!
Bahan:
Ikan bilis segenggam
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
(Boleh blender kering. Nak lagi sedap guna lesung batu)
Sawi seikat
Kobis 1/2 biji yang kecik
Kentang 3 biji (kupas, potong 6)
Sekeping tauhu kering (potong dan rendam air panas)
Suun (ikut suka, rendam dalam air)
Sedikit minyak masak
Air (asal tenggelam sayur)
Garam
Cara masak resepi sayur capcai:
Tumiskan ikan bilis, bawang besar & bawang putih. Garingkan sikit.
Masukkan air, masukkan kentang. Buka api kuat.
Tunggu kentang 1/2 masak, masukkan tauhu kering.
Masukkan kobis & batang sawi. Tunggu 1/2 masak.
Masukkan sawi, suun dan garam.
Godak kejap. Dah tutup api.
Tips: Alihkan periuk dari atas dapur yang panas, elak sayur lodoh.
Tahu lodoh tu apa? Sayur tu jadi lembik tak cantik.
Nak lagi best.
Makan dengan sambal caru, ke sambal bilis.
Tak pun goreng ikan ke ikan kering.
Jangan kata saya tak warning pulak. Jangan sampai tak boleh berhenti makan.
Selamat mencuba resepi sayur capcai bahaya ini.