Tahniah! Mesti gembira sangat kan. Selain tahu makanan yang baik, kena tahu juga makanan yang perlu elak semasa mengandung. Kerana makanan yang nampak 'biasa' je nie mampu beri kesan negatif pada bayi yang ada dalam kandungan.
Berikut adalah senarai makanan yang perlu dielak semasa mengandung:
Makanan Laut
Bukan semua, tapi yang tinggi merkuri. Seperti ikan tuna, boleh lihat di sini senarai ikan yang tinggi hingga ke rendah merkuri. Merkuri yang tinggi boleh merosakkan perkembangan saraf bayi. Lebih besar atau tua ikan, makin tinggi merkuri di dalamnya.
Cuba makan ikan sungai, selain dari tinggi Omega 3 untuk perkembagan otak bayi, ianya juga rendah merkuri.
Makanan Laut Mentah, Kurang Masak atau Tercemar
Sushi dan sahimi adalah antara makanan yang perlu di elak. Kalau nak makan sangat, boleh tunggu sehingga kandungan masuk ke trimester ke tiga. Masak makanan laut sebaiknya, sehingga benar-benar masak.
Daging dan Telur Kurang Masak
Elakkan juga yang ini. Pastikan ianya dimasak sempurna. Kerana kurang masak boleh memberikan akibat terkena jangkitan bakteria.
Makanan 'Unpasteurized'
Biasanya unpasteurized merujuk kepada asli. Sebagai contoh susu lembu 'unpasteurized' adalah susu yang terus dari lembu dan tidak menjalani proses pemanasan. Susu asli ini tidak sesuai untuk awal kehamilan kerana ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit, juga akan beri kesan pada bayi. Jika mahu mengambil makanan yang berunsurkan susu, pastikan ianya pasteurized milk.
Buah dan Sayuran Yang Tidak Dibasuh
Sudahlah susah nak cari buah yang tak terkena bahan kimia. Lagi-lagilah buah dari luar negara. Jadi pastikan basuh dahulu sebelum makan. Boleh rendam dengan air garam bagi meneutralkan buah dan sayuran yang terkena bahan kimia tadi.
Lebih Kaffein
Satu lagi makanan yang sebaiknya elak semasa mengandung adalah kaffein. Kaffein bukan saja bermakna kopi. Teh dan coklat juga mengandungi kaffein. Jika mahu, ambil dalam hidangan yang serdehana. Tahukah bahawa kaffein boleh beri kesan kepada degupan jantung bayi di dalam kandungan. Ini bermakna, boleh meninggikan risiko keguguran.
Tukarlah kepada minuman yang lebih sihat seperti jus buah.
Tidaklah panjang senarai makanan yang perlu elak semasa mengandung kan? Masukkan makanan yang sihat ke dalam diet harian. Kalau boleh fast food kurangkan. Minum air dengan cukup. Dapatkan rehat yang ideal. Dan paling penting jangan stress. Kalau anda stress, bayi di dalam perut turut merasa stress. Selain itu banyakkanlah solat sunat, solat awal waktu dan banyakkan mengaji. Moga anak yang lahir akan menjadi anak penyejuk mata dan jiwa.
Sebagai tambahan bagi melengkapkan vitamin dan mineral harian yang diperlukan anda dan bayi, bolehlah mengambil Set Hamil Shaklee. Nak tahu bagaimana saya boleh panjat bukit semasa hamil lapan bulan? Boleh baca entry yang ini (klik disini).
Mahu cuba Set Hamil Shaklee?
Boleh hubungi saya, Suriya Majid 016 773 1892.
Konsultasi cara makan Shaklee yang betul dan berkesan diberikan secara PERCUMA!