5 Alternatif Perkataan JANGAN Supaya Anak Lebih Mendengar Kata!
Tuesday, February 23, 2016Assalamulaikum,
Kata-kata bila selalu diucapkan akan menjadi tak bermakna. Termasuklah perkataan JANGAN. Bila ibu ayah asyik menyebut jangan, sampai anak-anak ingat jangan itu namanya.
Tahu tak yang perkataan jangan ini adalah antara perkataan yang tidak boleh disebut kepada anak-anak? Jangan hanya akan membuatkan anak makin tak dengar kata dan jadi mengada-ngada.
JANGAN is a big no-no jika mahu membesarkan anak yang bijak dan mendengar kata.
Biasakan kita dengar ibu ayah cakap "lagi kita kata jangan, lagilah dia buat". Rupanya perkataan jangan ini adalah perkataan yang tak mempunyai nilai.
Contoh bila kita ucap "Sayang, JANGAN lari". Makin anak berlari kan? Sebabnya anak tak paham jangan, tapi dia paham lari. Makanya dia berlari lebih laju.
Jadi siapa yang salah. Anak tak dengar kata atau ibu ayah salah guna perkataan?
Jawab dalam hati ya! Semua ibu ayah pernah buat silap, tapi apa yang membezakan kita adalah kemahuan kita untuk berubah jadi yang lebih baik.
Siapa yang tak mahu anak yang mendengar kata kan?
5 Alternatif Perkataan JANGAN!
1- Sebut Apa Yang Kita Mahu
Seperti contoh di atas, jangan berlari. Sebenarnya apa yang kita mahu? Kita mahu anak kita berjalan bukan?
Maka dari berkata "Sayang, jangan berlari" tukarkan kepada "Sayang, jalan elok-elok". Anak-anak kita bijak semuanya. Jadi bila kita berikan kata-kata yang lebih ' direct', mereka lebih mudah paham dan mengikut kata.
Mungkin sukar pada mulanya. Tapi cubalah.
2- Nanti Dulu
Anak-anak mudah bertukar fikiran. Sekejap mahu coklat, mungkin tak sampai seminit nak aiskrim pula. Jadi gunakan kelebihan ini.
Gula tak baik untuk anak, oleh itu bila anak-anak meminta dibelikan aiskrim, gula-gula atau air tin. Kita boleh gunakan teknik nanti dulu ini.
Sebagai contoh "ibu, Rayna nak gula-gula". Jawapan biasa "Jangan, tak boleh". Tukar kepada "Nanti dulu ye Rayna, ibu nak beli barang kat kedai depan tu".
Insyaallah, anak akan melupakan permintaannya itu.
3- Boleh, tapi..
Ini pun alternatif yang baik kepada perkataan jangan. Sebagai contoh, anak mahu menonton tv.
Ya betul, jangan adalah perkataan yang paling cepat untuk diucapkan. Tetapi ianya tidak berkesan kepada anak-anak. Mungkin dia akan merengek-rengek pula.
Oleh itu, kita boleh cuba "Rayna boleh nak tengok tv, tapi Rayna mesti siapkan kerja sekolah dulu".
Saksikan sendiri apa respon anak anda.
4- Apa kata
Berikan anak pilihan kepada apa yang dia mahukan. Selalunya anak-anak meminta sesuatu kerana mereka bosan dan tidak boleh memikirkan pilihan yang ada.
Sebagai ibu dan ayah, kita berikan pilihan kepada mereka.
Sebagai contoh "Ibu, Rayna nak pergi rumah Putri nak main dengan dia". Mungkin anak bosan duduk di rumah tanpa aktivti.
Berikan anak pilihan "Apa kata Rayna join ibu buat kek coklat, nak tak? ". Pastikan pilihan yang diberikan mampu membuatkan anak menjadi teruja.
5- Jom kita bincang...
Kebiasaannya perkataan JANGAN bermaksud 'end of discussion'. Dan ianya telah menutup peluang untuk anak belajar makna kehidupan.
Anak-anak belum pandai menilai apa yang baik dan buruk untuk hidupnya. Bukankah kita sebagai ibu ayah yang wajib mengajar supaya anak buat pilihan yang baik?
Oleh itu, ambil peluang untuk berbincang dengan anak. Terangkan punca dan kesan (cause and effect) kepadanya.
Contoh mudah, bila anak terlalu sukakan gula-gula. Kita ceritakan apa yang keburukan yang akan berlaku jika dia asyik makan gula-gula. Tunjukkan juga pilihan yang dia ada, bagi menggantikan gula-gula.
"Rayna, gula-gula tu makanan sampah. Langsung takde khasiat, bukan saja buat gigi rosak, nanti nak belajar pun susah. Kan ada buah tembikai tu, manis juga...bila makan kulit pun jadi cantik".
Gunakanlah kreativiti anda sebagai ibu dan ayah dalam menangani anak-anak. Jadilah ibu ayah yang bijak.
Kitalah yang mencorakkan anak-anak. Hitam atau putih, semuanya di atas tangan kita sebagai orang yang lebih tua.
Letakkan matlamat membesarkan anak supaya akhirnya dia menjadi ahli syurga.
Insyaallah, kita semua mampu jadi ibu ayah yang lebih baik!
1 comments
baru saya tahu disebalik perkataan JANGAN tu..Thanks sangat share pasal ni..Kena perbetulkan ayat setiap kali bertutur dengan anak
ReplyDelete