pagi-pagi lagi emosi aku telah diganggu, diganggu dengan berita sedih yang menikam kalbu.
bayi perempuan cukup sifat ditinggalkan oleh manusia yang tidak berhati perut telah ditemui oleh orang ramai. alhamdulillah bayi perempuan itu masih bernafas. mungkin pada orang lain, buang bayi adalah cerita yang muak...tapi bagi aku, setiap kali berita seumpama ini keluar, hati aku bagai disiat-siat, remuk redam hati dan jantung aku.
aku sayu, sayu mengenangkan bagaimana tergamak mereka membuang bayi yang berwajah mulus, yang tidak bersalah itu. tergamaknya mereka meninggalkan bayi kecil itu ditempat pembuangan sampah, hanya berbalutkan sehelai kain nipis, keseorangan & kesejukan. hingga tiada suara tangis lagi yang mampu diluahkan oleh tubuh kecil itu.
mujur, ada manusia yang berhati mulia terjumpa & menyelamatkan bayi kecil itu. siapakah kita untuk menghukum manusia lain? lebih-lebih lagi bati yang tidak punya sekelumit dosa. siapakah kita untuk menamatkan riwayat hidup insani? mengapa kita begitu angkuh dengan yang Maha Pencipta, sewenang-wenang membunuh seorang nyawa.
mengapa harus dibunuh bayi yang tidak berdosa itu? mengapa harus dibuang di tempat-tempat yang hina? mengapa harus disumbat di dalam lubang jamban? mengapa......hati aku menjerit hiba, aku sedih
mengapa bayi yang tidak berdosa itu perlu menanggung kesengsaraan di atas segala perlakuan hina kau itu. jika tidak mahu sekalipun, jika kau mahu buang sekalipun, buanglah ia ke tempat yang lebih mulia. jangan kau tamatkan nyawa, jangan kau bunuhnya, jangan kau ambil alih tugas yang Maha Esa.
siapa kita mahu menduga masa depan seseorang. tidak tahu apa yang akan dikecapi oleh tubuh kecil yang kau buang itu sekiranya dibiarkannya hidup di bumi ALLAH ini. mungkin dia akan membesar menjadi insan yang mulia, dan mungkin jika dia masih hidup dia akan mendoakan agar ALLAH ampuni segala dosa hitam yang pernah dilakukan oleh ibu bapanya.
YA ALLAH aku bermohon pada Mu, agar Engkau selamatkan hidup kami, sejahterakanlah hidup kami, peliharalah kami YA ALLAH agar jauh dari segala penyakit mazmumah ini.
ini adalah luahan emosi aku, emosi yang bercampur baur dengan segala macam perasan. marah sedih takut dan segala macam. aku cuma berharap agar cerita busuk seperti ini tidak lagi kedengaran....(walaupun pada hakikatnya cerita-cerita ini seperti makanan untuk kita hari-hari) nauzubillah....