ada apa dengan hari WANITA sedunia

Monday, March 08, 2010

To my readers happy international womans day :D hihihi hebat kan kaum wanita nie? Ada hari wanita sedunia. Lelaki? Adekah hari sedunia untuk lelaki? Tiada kan…. Sowy yer kaum ADAM.

Aku sangat suke dengan artikel yang aku post kat bawah nie, menceritakan tentang semangat juang srikandi 2 islam, Hawa, Hajar, Khadijah & Fatimah. Masing2 mempunyai sumbangan yang besar terhadap perkembangan islam pada zaman tersebut.

bagaimana dengan aku? apa sumbangan yg aku dapat berikan dalam menyinarkan siar islam? mungkin tidak akan setanding dengan pejuang2 wanita islam yang agong, aku berjuang dengan cara aku sendiri. aku cara seorang wanita islam yang hidup di dunia akhir zaman.

aku wanita yang bergelar isteri, yg akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi wanita yg solehah. yang bersama2 mr hubby dalam masa susah & senang. akan berusaha menjaga keluarga sebaik mungkin berlandaskan syariat2 islam.

aku wanita bergelar ibu, aku adalah sekolah pertama anak-anakku (sekarang hanya rayna). akan aku besarkan mereka dengan ajaran2 yang telah ditinggalkan oleh para anbia' & pejuang2 islam. akan aku berusaha menyampaikan segala didikan supaya mereka membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama & keluarga.

aku wanita bergelar anak, anak yang akan membela nasib kedua ibu ayah yang telah membesarkan aku sebaik mungkin. jasa mereka mmg tidak akan dapat aku balas. akan aku cuba untuk menggembirakan hati mereka selagi aku mampu.

aku wanita bergelar pekerja, akan aku cuba untuk lebih fokus dalam kerja aku. akan aku cuba untuk meningkat prestasi kerja aku. akan aku cuba menjauhkan diri dari dosa2 kering yang akan meracun benak fikiran aku ini.

wanita yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia. wanita bisa menjadi madu & juga racun berbisa. wanita diciptakan bukan untuk disanjungi atau dipijak2 tetapi diciptakan untuk disayangi & dilindungi. wanita adalah insan lemah yg berjiwa kental.

sumber: harakahdaily

Allah swt menjadikan kaum Hawa begitu istimewa dan begitu besar peranannya dalam salasilah kemanusiaan. Bagi saya antara wanita yang begitu besar peranannya yang telah Allah kirimkan ke umat manusia disamping Hawa adalah Hajar ibu kepada Ismail a.s, Maryam ibu Isa a.s, Khadijah r.a isteri Rasulullah saw dan Fatimah Zahrah binti Rasulullah saw.

Peranan mereka ini jauh tersasar dari pandangan kalangan chauvinist lelaki (tak kiralah dari apa kaum atau kepercayaan) yang menganggap wanita cuma sesuai untuk digunakan sebagai pelepas nafsu dan penyedia serta penghidang makanan dan peghias rumah.

Hajar umpamanya kalau kita kaji peranannya merupakan wanita yang bertanggungjawab membuka dan memajukan Kota Mekah. Apalah Mekah tanpa wanita ini, yang telah menemui telaga Zam-zam bersama Puteranya Ismail. Wanita cekal yang berdikari dan akhirnya melahirkan satu tamaddun.

Khadijah umpamanya berperanan menghiburkan hati, memupuk semangat dan melindungi suaminya yang akhirnya dinobatkan sebagai Nabi akhir zaman. Tatkala Muhammad saw dalam ketakutan dan kebingungan, Khadijah dengan izin Allah lah yang telah menenangkannya dan manusia yang pertama memperakui ke nabiannya.

Fatimah pada usia yang muda berhadapan dengan musuh-musuh Allah, Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah bertanggungjawab sehingga tercurahnya najis di atas tubuh Baginda ketika bersolat di hadapan Kaabah. Fatimah menggantikan ibunya membakar semangat dan menghiburkan hati Baginda. Bersusah dan berkorban lantaran taat dan patuhnya pada Allah dan Rasul.

Kita semua memandang tinggi dan mengkagumi wanita-wanita besar ini, bukan kerana paras tubuhnya, bukan kerana kecantikannya (walaupun mereka mungkin demikian) tetapi lebih kerana kecekalan, ketabahan, keberanian dan sumbangan besar mereka terhadap Islam.

Saya jemu apabila sahaja isu wanita dibangkitkan maka persepsi biasa kaum lelaki (sebahagiannya) adalah pada keindahan dan tubuh badan mereka semata-mata. Sehingga ada yang lebih gemar membincangkan isu kahwin dua, tiga dan empat, dari menghargai dan menghormati wanita seumpama kita menghormati Hajar, Khadijah dan Fatimah.

Benarlah Islam membenarkan lelaki yang berkemampuan berkhawin sehingga empat, tetapi mengapa bab itu sahaja yang menarik minat kita apabila membincangkan isu wanita? Mengapa tidak mebicarakan kemampuan kita menegakkan keadilan dalam hal itu, mengapa tidak membincangkan kesediaan kita, isteri kita dan penerimaan anak-anak apabila kita membuat keputusan untuk beristeri lebih dari satu?

Sesungguhnya wanita lebih besar peranannya dari dijadikan isteri kedua atau ketiga atau keempat semata-mata.

Bagi saya dua wanita yang paling saya hormati secara peribadi dalam hidup saya adalah ibu dan isteri saya. Ibu yang melahir dan bersusah membesarkan saya tidak terbayar oleh saya jasa dan ketabahannya itu. Ibu sudah tentu telah berjaya membesarkan saya sehingga seadanya saya hari ini, tetapi saya sendiri belum tentu mampu memeliharanya sebagaimana yang telah beliau lakukan terhadap saya ketika kecil dahulu.

Demikian juga isteri yang telah bersama bersusah dan bersenang dengan saya. Bersama membesarkan anak, berkorban untuk kesenangan keluarga, menghambakan diri untuk kami sekeluarga tanpa kenal penat dan letih.

Mengenangkan jasa kedua-dua insan yang saya kasihi ini memungkinkan saya tidak tergamak melakukan sesuatu yang bakal menghiris dan melukai hati mereka, walaupun kadangkala saya mungkin terlupa. Kesimpulannya dalam mengenangkan Hari Wanita Sedunia ini, bagi saya tiba masanya untuk kita meletakkan wanita pada kedudukannya yang sebenar. Hormatilah mereka, berikanlah hak mereka dimana yang perlu dan jangan sekali-kali kita atas dorongan nafsu semata-mata meluka dan menghancurkan hati mereka.

Salam penghargaan dan hormat dari saya kepada seluruh kaum Hawa.

selamat hari wanita sedunia kepada semua para readers blog saya yg x seberapa ini. kita mungkin x sehebat hawa, hajar, khadijah & fatimah. kita adalah wanita yang hidup pada zaman yang penuh dengan pelbagai ranjau & dugaan.

You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube