Assalamualaikum,
Rupanya memang terasa lain bila mengandung umur 35 tahun. Ada benarlah juga orang kata "mengandung di kala usia 30an tu lebih penat dan mencabar".
Sekarang diri sendiri dah merasa. Dulu bila orang kata langsung Eray tak percaya.
Demam baik hampir dua minggu sebelum tahu hamil. 'Morning sickness' yang berpanjangan, masuk trimester kedua ni pun masih terasa lagi.
Mudah penat, buat kerja sikit pun dah mengah. Selera makan hilang, kalau letak makanan paling sedap pun boleh loya tekak.
Dan yang lebih memeranjatkan, Eray mengalami pedarahan masa usia kandungan 11 minggu. Sangat terkejut! Bukan sedikit, banyaknya sampai basah seluar jeans dengan darah cair.
Namun syukurlah kerana kandungan baik-baik saja.
Doktor pesan tak boleh renyah. Banyakkan berehat. Cabarannya berbeza masa mengandung umur 35 tahun.
Eray jenis orang yang lasak. Walaupun mengandung tetap buat kerja macam biasa. Dukung anak tu perkara biasa.
Tu yang bila mengandung sekali lagi, Eray buat macam biasa. Tak tahu pula disebabkan angkat kotak air mineral boleh jadi sebab pendarahan tu.
Sekarang pun ada lagi siki-sikit 'bleeding'. Doktor kata kalau banyak cepat-cepatlah ke hospital. Korang pernah ada pengalaman yang sama tak? Kalau ada jom kongsikan dengan Eray.
Ada kawan kata, Insyaallah anak yang dalam perut tu bakal jadi orang yang hebat. Nak jadi orang hebat mesti kena bersusah susah dulu kan?
Ikutkan hati memang Eray rasa nak baring saja 24 jam. Tapi itu mustahil. Habis anak-anak yang dah di luar perut tu siapa nak uruskan.
Nak tak nak, Eray kena gagahkan diri juga.
Nak hantar ambil mereka pergi balik sekolah. Masak walaupun sekadar telur goreng.
Syukurlah Eray memang dah mula ambil vitamin kehamilan yang bagus ini sejak mengandungkan anak yang kedua.
Tak lah Eray terus rasa bertenaga macam sebelum kehamilan. Tapi tahan lah sikit.
Masih boleh uruskan perihal anak-anak dan rumah. Entah apalah yang jadi kalau Eray ambil vitamin-vitamin ni.
Sudahlah nak makan pun payah. Nampak ayam pun boleh jadi geli loya.
Tak makan perut pula masuk angin. Ini lagi bahaya, sebab boleh muntah dibuatnya.
Awal-awal pagi bangun tidur je perut dah rasa pedih. Terus Eray 'shake' Energizing Soy Protein (ESP) dengan susu segar.
Terisilah perut, sementara nak pergi beli sarapan. Angin pun tak sempat nak masuk. Lagi satu, badan taklah rasa lemau. Tak boleh lemau awal pagi, pasal pukul 7.00 pagi nak kena hantar anak yang sulung pergi sekolah.
Selesai hantar anak yang kedua pergi tadika. Barulah Eray ada masa nak sarapan. Biasanya si hero kecik tu yang temankan.
Habis sarapan, wajib Eray telan Vita-Lea, B-Complex dan SR Vita C. Tiga vitamin ini sangat penting untuk perkembangan bayi dalam perut dan menjaga kesihatan Eray.
Vita-Lea ini sejenis multivitamin, lebih penting lagi dilengkapi dengan zat besi. Penting zat besi semasa hamil, ia boleh mengelakkan kekurangan HB.
HB rendah boleh mengancam nyawa bayi tau. Pastikan kalau korang hamil, HB tu jaga elok-elok ye. Lagilah kalau mengandung di kala umur 35 tahun.
Syukurlah sepanjang 'check up' HB cantik. Kalau nak fikirkan macam tak logik, sebab makan pun tak lalu.
B-Complex yang Eray ambil ini dah lengkap dengan folik asid. Mesti korang pun tahu kan, kalau folik asid tak cukup bayi dalam perut boleh alami kecacatan. Biasanya spina bifida.
Selain itu, vitamin ini buat Eray rasa kuat sedikit. Bila terlupa nak ambil ini, Eray mesti akan rasa lepak sangat. Lepas tu asyik nak tidur saja.
Mana boleh begitu kan....habislah satu kerja apa pun tak jadi nanti.
SR Vita C pula Eray ambil untuk mengelakkan diri dari terkena demam. Meransang antibodi dalaman. Lagipun Eray memang ada sinusitis, mudah sangat nak terkena.
Seboleh mungkin Eray elakkan untuk mengambil ubat. Tak pasal-pasal seharian mengantuk. Ubat sinus atau selsema ini biasanya mengantukkan.
Kesibukan uruskan anak-anak ini biasanya tamat sebentar pada 3.30 petang. Ini selepas ambil anak yang sulung balik dari sekolah agama.
Ada sedikit masa sebelum Asar inilah yang Eray akan guna untuk berehat dan tidur kejap.
Lepas Asar dah bersambung semula. Anak-anak dah lapar, minta minum petang pula. Begitulah tugas seorang ibu, takkan habis. Korang yang dah jadi ibu pun mesti faham sangat kan?
Gambar terbaru, Eray yang dah hamil masuk 14 minggu & ibu tersayang. |
Eray percaya vitamin yang baik sangat membantu si ibu yang mengandung. Apatah lagi yang mengandung umur 35 tahun ke atas.
Walaupun tak sempurna, tetap juga dapat laksanakan setiap tugas ibu dengan lengkap.
Biasanya pukul 9.30 malam Eray rasa penat sangat dan mengantuk. Masa ini Eray akan 'passed baton' pada suami. Dia pula yang akan uruskan anak-anak.
Sebelum tidur Eray mesti telan empat biji Ostematrix. Pastikan pengambilan kalsium cukup tau masa mengandung.
Tak cukup kalsium akan buat kaki dan pinggang mudah lenguh. Paling tak seronok bila kena kejang kaki malam hari.
Disebabkan Eray tak minum susu sangat, maka empat biji Ostematrix ini wajib sebelum tidur.
Esok bangun pagi rasa lebih segar. Hilang segala lenguh yang terasa masa nak tidur. Suka sangat!
Saja Eray catatkan di sini, mana tahu ada kawan-kawan yang serupa macam Eray. Mengandung umur 35 tahun dan alami 'morning sickness' yang teruk kan?
Bolahlah cuba vitamin-vitamin yang Eray amalkan ini. Tak lah 100% hilang 'morning sickness' tu, tapi korang akan rasa lebih baik.
Ini Eray kongsikan pengalaman ibu hamil yang lain. Ini lagi hebat siap panjat Candi Borobudur.
Ini Eray kongsikan pengalaman ibu hamil yang lain. Ini lagi hebat siap panjat Candi Borobudur.
Insyaallah bayi dalam perut pun dapat membesar dengan baik. Ibu mana tak mahu anak yang dikandungkan sihat sempurna bukan?
Mana tahu kalau korang nak cuba vitamin kehamilan ini, boleh terus SMS/WA Eray di 0167731892. Nanti Eray akan syorkan vitamin mana yang paling sesuai dengan keadaan korang.
Set Kehamilan ini boleh tahan hampir empat bulan. Tak payah asyik nak beli je.
Kalau korang nak terus beli, bolehlah klik pada Set Kehamilan Wanita 30án dan ikut saja arahan selanjutnya.
Akhir sekali, Eray doakan korang sihat dan ceria bahagia sentiasa. Bye!
Assalamualaikum,
Agaknya macam dah terlambat nak ucap selamat tahun baru 2017 kan? Tapi tak apalah, better late than never.
Bukan saja-saja hilang dari dunia online. Tapi tak cukup kudrat. Penangan nak dapat anak baru. Insyaallah, kalau ikutkan due date 08.08.17.
Rasanya antara empat kali mengandung, inilah yang paling mencabar. Tak sangka pula 'morning sickness' boleh jadi teruk begini.
Dulu tengok kawan-kawan, sekarang baru tahu rasa.
Mujurlah dah kerja sendiri kat rumah sekarang. Agaknya kalau kerja kat pejabat macam dulu, mahunya asyik menghilang masuk surau. Siapa yang pernah alami alahan mengandung teruk mesti tahu kan?
Kawan baik Eray sekarang katil. Ini pun dah mula rasa pening lalat. Nak tulis entry dari phone rasa tak puas pula.
Tak apalah, hari ini paksa diri.
Nak kena habiskan juga entry ni. Dah alang-alang ni Eray nak bagitahu pasal promo Shaklee bulan Januari. Vivix! Beli 6 PERCUMA 1 botol. Atau beli 2 botol dapat 5% diskaun.
Jadi kalau korang memang pencinta Vivix, this is the best time to buy.
Bagus Vivix ini, lagi-lagi kalau nak beri pada mak ayah. Supplemen paling lengkap untuk jaga kesihatan mereka.
Pening dah datang balik. Nak kena take a nap sekejap. Korang take care ye.
Agaknya macam dah terlambat nak ucap selamat tahun baru 2017 kan? Tapi tak apalah, better late than never.
Bukan saja-saja hilang dari dunia online. Tapi tak cukup kudrat. Penangan nak dapat anak baru. Insyaallah, kalau ikutkan due date 08.08.17.
Rasanya antara empat kali mengandung, inilah yang paling mencabar. Tak sangka pula 'morning sickness' boleh jadi teruk begini.
Dulu tengok kawan-kawan, sekarang baru tahu rasa.
Mujurlah dah kerja sendiri kat rumah sekarang. Agaknya kalau kerja kat pejabat macam dulu, mahunya asyik menghilang masuk surau. Siapa yang pernah alami alahan mengandung teruk mesti tahu kan?
Kawan baik Eray sekarang katil. Ini pun dah mula rasa pening lalat. Nak tulis entry dari phone rasa tak puas pula.
Tak apalah, hari ini paksa diri.
Nak kena habiskan juga entry ni. Dah alang-alang ni Eray nak bagitahu pasal promo Shaklee bulan Januari. Vivix! Beli 6 PERCUMA 1 botol. Atau beli 2 botol dapat 5% diskaun.
Jadi kalau korang memang pencinta Vivix, this is the best time to buy.
Bagus Vivix ini, lagi-lagi kalau nak beri pada mak ayah. Supplemen paling lengkap untuk jaga kesihatan mereka.
Pening dah datang balik. Nak kena take a nap sekejap. Korang take care ye.
set hamil
Inilah Vitamin Mengandung Eray Ambil Sejak Hamil Anak Kedua, Itupun Setelah...
Wednesday, December 21, 2016
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih mampu duduk depan SOHO. Lain macam sikit kehamilan kali ini. Lebih mencabar. Loya mual macam mana pun Eray takkan tinggalkan vitamin mengandung sejak anak kedua.
Maklumlah, masa anak pertama tak kenal lagi vitamin ini. Terpaksalah telan Obimin. Bila setiap kali jumpa doktor, HB rendah. Terpaksa pula telan pil zat besi.
Tapi begitu jugalah HB, rendah! Sampailah akhir kehamilan.
Rupanya bahaya HB rendah. Bila sendiri dah kena, barulah tahu.
Vitamin mengandung yang Eray dah amalkan sejak anak kedua memang elok. HB cantik saja sepanjang kehamilan. Doktor pun siap kata "Bagus vitamin yang awak makan ni, teruskan ye..".
Jimat pun ya. Beli sekali, tahan 2-3 bulan. Tapi itu tak penting sangat. Apa yang lebih penting, Eray rasa 'fabulous' masa mengadung.
Kalau nak ikutkan rasa badan, memang rasa lemah sangat. Tapi bila baring lama-lama pun rasa tak kena.
Memang mual, loya. Tapi paksa juga diri telan vitamin mengandung. Alhamdulillah, rasa badan lebih 'steady'. Trimester pertama memang sangat menguji kan?
Oh cepatlah ianya berlalu. Biasanya masuk trimester ke dua, inilah masanya tahap kesihatan ibu di tahap paling baik. Korang yang dah pernah hamil mesti tahu kan?
Sempat urut kepala yang dah mula pening ni. Syukurlah kerja sendiri kat rumah, kang bila rasa tak larat rehat kejap.
Eray masih tak buat 'appointment' dengan doktor. Tunggulah bayi besar lagi sikit. Lagipun setakat ini tak ada apa-apa masalah. 'Morning sickness' tu biasa saja.
Mana tahu diantara korang pun sama macam Eray, sedang hamil. Kalau tengah tercari-cari vitamin mengandung apa yang paling elok, bolehlah ambil yang serupa yang sedang Eray amalkan.
Vitamin-vitamin ini melengkapkan keperluan nutrisi penting. Bukan saja untuk ibu, tapi untuk bayi yang sedang membesar dalam rahim.
Kekurangan nutrisi, boleh membantutkan tumbesaran bayi tau. Jangan ambil sambil lewa. Kalau boleh masa hamil inilah kita mahu berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi yang dikandungkan. Setuju?
Biasanya waktu pagi, selepas sarapan Eray akan ambil Vita Lea with Iron Formula, B-Complex dan SR Vita C.
Elakkan ambil masa perut kosong, silap-silap boleh muntah.
Masa sarapan tu, kalau tengah mual-mual ambil roti atau biskut. Jangan paksa makan nasi lemak pula. Perit tekak kalau termuntah.
Air pula, minumlah jus buah-buahan. Elak kopi atau teh. Eray lalu minum air sejuk saja. Tak pun bancuh Performance Drink, lega sikit loya sebab rasanya masam-masam manis.
Vita Lea with Iron Formula dah lengkap dengan semua vitamin asas. Elok untuk badan supaya tak lemah-lemah.
Kalau anak pertama, mungkin ada peluang nak baring saja. Tapi kalau macam Eray yang dah mengandung anak ke empat ni, memang payah sikit.
Tambah musim cuti sekolah. Kejap-kejap nak makan, kejap-kejap nak main. Kena gagahkan diri juga melayan anak-anak.
B-Complex mengandungi folik asid yang mencukupi. Ini baik bagi mengelakkan bayi dari terkena spina bifida. Salah satu punca kecacatan ini adalah akibat kekurangan folik asid.
SR Vita C pula baik untuk tingkatkan sistem imunisasi ibu. Insyaallah, sepanjang kehamilan tak mengalami masalah kesihatan teruk. Kalau demam atau selsema pun sekejap saja.
Tidaklah Eray jamin 100%, paling tidak kita dah berusaha sebaiknya untuk merasa kehamilan yang baik-baik saja.
Oh ada satu lagi. Sebelum tidur, Eray ambil pula Ostematrix. Ini pula bagi melengkapkan sumber kalsium harian. Kalsium penting tau semasa hamil. Baik untuk ibu dan juga bayi.
Paling Eray suka kesan ambil Ostematrix ni, tak ada masalah kaki kejang sepanjang mengandung. Ada satu lagi, urat-urat halus (yang macam spider web) pun tak timbul. Elok saja kaki, macam masa sebelum mengandung.
Eray tak mahu kejadian mendebarkan masa anak pertama terjadi lagi. Ini adalah salah satu ikhtiar Eray. Supaya dapat merasa saat mengandung dan melahirkan yang baik.
Eray rasa korang pun mengimpikan perkara yang sama bukan?
Bersama-samalah kita menikmati saat-saat yang indah ini.
Kalau korang nak order vitamin mengandung yang Eray amalkan ini. Boleh terus WA/SMS 0167731892.
Insyallah, Eray akan sertakan sekali cara makan yang paling ideal. Barulah vitamin-vitamin ini dapat beri kesan yang optimum.
Tak payah fikir lama-lama. Benda baik, kena cepat-cepat bertindak.
Assalamualaikum,
Semperna esok nak pulang ke Kota Bharu, maka ibu siapkanlah Nugget Ayam Tempura.
Anak-anak ni suka menyanyi-nyanyi minta makanan dalam kereta. Lagipun,
suami tercinta dah minta.
Walaupun mood masak dah bungkus gantung tinggi kat atap rumah. Terpaksalah jua Eray gagahkan. Biasalah hati mak-mak ni. Tak sampai hati kalau tak buat. Korang pun mesti macam ini juga kan?
Senang saja nak buat nugget ni. Buat sekali banyak-banyak boleh simpan bekukan. Nak makan goreng saja.
Lagilah musim cuti sekolah ni. Makanan 24/7 kena ada. Barulah aman rasanya.
Dah jom Eray senaraikan bahan-bahan nak buat Nugget Ayam Tempura. Oh ini resepi paling basic. Kalau korang suka, boleh pelbagaikan.
Ada yang letak lobak, cheese, daun sup. Pandai-pandailah 'adjust' ikut selera tekak masing-masing.
1- dada ayam 5-6 keping
2- 2 sudu besar tepung gandum
3- 2 sudu besar tepung ubi
4- 5 ulas bawang putih
5- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
6- 1 sudu kecil garam
Ini pula bahan untuk adunan tempura. Bila dah siap goreng, rangup sangat tau.
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1/2 cawan tepung jagung
3- 1 biji telur
4- 1/2 sudu kecil baking soda
5- 1/2 sudu kecil garam
6- 1 1/2 cawan air sejuk
Ok ready? Let's go tengok cara nak jadikan Nugget Ayam Tempura.
Eray kongsi gambar langkah demi langkah. Barulah senang korang nak buat nanti kan?
1- Kisar dulu ayam guna food processor. Kalau tak ada, boleh cuba guna blender. Tak pun cincang saja pun ok.
2- Alihkan masuk dalam besen berwarna pink. Ini supaya mood nak mengadun naik.
3- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam & lada hitam. 1,2,3 gaul sekarang! Guna tangan saja.
4- Beginilah rupanya.
5- Campur semua bahan nak buat tempuranya.
6- Gaullah sampai begini. Guna garfu sudah.
7- Tips tak nak melekat, basahkan sikit tangan tu. Lepas tu gentellah. Bentuk? Ikut suka hati.
8- Letak & golek sampai molek.
9- Minyak panaskan dulu, sila mulakan gorengan. Guna periuk mudah.
10- Goreng 1/2 masak je kalau nak simpan. Kalau nak makan gorenglah sampai masak.
Betul tak Eray kata senang saja nak buat nugget ayam tempura ni? Kalau korang tak suka tempura, boleh je jadikan nugget biasa.
Celup dalam telur, lepas tu golek sampai molek dalam breadcrumbs.
Ikutlah mana suka, janji orang yang nak makan tu suka. Kang buat beriya, anak-anak tak makan. Kecil pula nanti hati tu. Hehehe.
Kalau nak cuba, bolehlah kongsi hasil kejadiannya kat komen ye.
Bye!
2- 2 sudu besar tepung gandum
3- 2 sudu besar tepung ubi
4- 5 ulas bawang putih
5- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
6- 1 sudu kecil garam
Ini pula bahan untuk adunan tempura. Bila dah siap goreng, rangup sangat tau.
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1/2 cawan tepung jagung
3- 1 biji telur
4- 1/2 sudu kecil baking soda
5- 1/2 sudu kecil garam
6- 1 1/2 cawan air sejuk
Ok ready? Let's go tengok cara nak jadikan Nugget Ayam Tempura.
Eray kongsi gambar langkah demi langkah. Barulah senang korang nak buat nanti kan?
1- Kisar dulu ayam guna food processor. Kalau tak ada, boleh cuba guna blender. Tak pun cincang saja pun ok.
2- Alihkan masuk dalam besen berwarna pink. Ini supaya mood nak mengadun naik.
3- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam & lada hitam. 1,2,3 gaul sekarang! Guna tangan saja.
4- Beginilah rupanya.
5- Campur semua bahan nak buat tempuranya.
6- Gaullah sampai begini. Guna garfu sudah.
7- Tips tak nak melekat, basahkan sikit tangan tu. Lepas tu gentellah. Bentuk? Ikut suka hati.
8- Letak & golek sampai molek.
9- Minyak panaskan dulu, sila mulakan gorengan. Guna periuk mudah.
10- Goreng 1/2 masak je kalau nak simpan. Kalau nak makan gorenglah sampai masak.
Betul tak Eray kata senang saja nak buat nugget ayam tempura ni? Kalau korang tak suka tempura, boleh je jadikan nugget biasa.
Celup dalam telur, lepas tu golek sampai molek dalam breadcrumbs.
Ikutlah mana suka, janji orang yang nak makan tu suka. Kang buat beriya, anak-anak tak makan. Kecil pula nanti hati tu. Hehehe.
Kalau nak cuba, bolehlah kongsi hasil kejadiannya kat komen ye.
Bye!
kolagen shaklee
Kolagen Ini Kecilkan Pori Muka Setelah Semuanya Tak Berjaya
Wednesday, December 07, 2016
Assalamualaikum,
Mungkin masa ini korang dah hampir menyerah. Terpaksa redha setelah pelbagai cara gagal untuk kecilkkan pori muka.
Nanti dulu. Tak ada masalah atas dunia yang tak boleh selesai.
Macam ada seorang akak ni, usia dalam 40an. Punyalah dia jeles bila tengok orang kulit halus dan pori muka pun kecil saja.
Nak sapu bedak kat muka pun tak sanggup. Dia tak suka tengok bedak-bedak tu masuk dalam liang pori. Nampak tak comel.
Dia pun macam nak pasrah saja dengan pori di muka yang besar tu. Sampailah dia cuba satu jenis kolagen ni, guna dalam dua kotak dah nampak beza. Akhirnya dia berjaya kecilkan pori muka.
Oleh itu, kalau korang pun macam akak ni. Dah hampir putus asa dan rela saja dengan pori besar. Apa kata cuba kolagen ini.
Kolagen apa ye?
Mungkin korang sedang tertanya-tanya bukan?
Ok Eray kongsi khas kat korang semua. Ini kolagen premium dari Shaklee. Lebih dikenali sebagai Shaklee Collagen Powder (SCP).
SCP memang tak sama dengan kolagen lain di pasaran. Sebab utama adalah kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.
Bahan utama SCP ini sendiri menggunakan sumber kolagen premium iaitu RSS Collagen. Ianya mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, sumber kolagen ini juga mengalami pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen lain.
Dikuasakan pula dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica yang mengandungi pelembap kulit yang unggul. Ditambah pula dengan vitamin c dan b menjadikan SCP ampuh melawan radikal bebas yang boleh membuat pori muka besar. Dan menggalakkan penghasilan pengeluaran kolagen dari sel badan.
Selain itu, ekstrak Pfaffia juga dimasukkan supaya ianya dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik.
Apa itu asid hialuronik?
Asid sangat penting untuk menghidrat kulit. Menjadikan kulit lebih lembap. Ini akan menghalang masalah kulit kedut dan jeragat dari berlaku. Paling penting, ia membantu untuk kecilkan pori muka yang besar tu.
Pemilihan bahan-bahan untuk SCP dilakukan secara teliti oleh saintis-saintis Shaklee. Dan sebelum ianya dikeluarkan untuk dijual, SCP ini telah diuji dahulu keberkesanannya.
Apabila sudah terbukti berkesan dan selamat, barulah mula dijual. Shaklee benar-benar mahu membantu wanita-wanita di luar sana untuk dapatkan kulit yang cantik. Bebas dari pori yang besar.
Oh ada lagi dua bahan penting.
Ia adalah Elastin yang berfungsi meningkatkan keanjalan kulit. Seronok bila cuit muka sendiri, ada efek toing toing..kan?
Terakhir sekali, bahan premium yang ada dalam SCP adalah Lactobasilus Acidophilus. Bahan inilah yang meningkatkan penyerapan kolagen yang diambil.
Rugi kut bila beli kolagen mahal-mahal, tapi tak diserap. Terbuang begitu saja.
Baiklah guna SCP yang dah sah-sah ada bahan yang bantu kolagen menyerap. Barulah masalah utama dapat diselesaikan. Berjaya kecilkan pori muka.
Hanya dalam 8 minggu penggunaan yang konsisten, korang pasti dapat rasakan perubahan besar berlaku pada kulit muka.
Terutamanya pori muka besar dah berjaya mengecil. Barulah kulit muka nampak lebih cantik. Kulit pun dah tak berminyak. Dan susah nak terkena masalah-masalah kulit yang lain, macam jeragat.
Ok Eray kongsikan manfaat dan faedah lain setelah menggunakan SCP:
- Kedutan dan garis-garis halus menghilang
- Kulit menjadi lebih lembap
- Tiada lagi masalah kulit kering dan menggelupas
- Kulit menjadi semakin tegang dan anjal
- Bila sentuh, kulit terasa lebih licin dan lembut
- Warna atau tona kulit semakin rata
- Kalau ada jeragat atau pigmentasi, ianya semakin pudar
Ada lagi perkara yang korang bakal rasai. Bukan sekadar di muka. Kuku dan rambut menjadi lebih sihat dan kuat. Jika korang ada sakit lutut, SCP ini membantu meningkatkan kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.
Tak kisahlah kalau SCP ini menjadi pilihan terakhir. Apa yang penting ianya berkesan menyelesaikan masalah yang korang rasa dah tak ada cara nak rawat dah.
Korang akan merasakan satu perubahan yang betul-betul berbeza. Mungkin korang tak pernah bayangkan pun.....
Dah usah buang masa lagi. Marilah kecilkan pori muka dan rasai sendiri kehebatan SCP.
Takkan sampai mati hanya nak rasa cemburu tengok kulit perempuan lain cantik kan? Korang pun ada peluang.
Harga SCP adalah RM298.00 sekotak. Bulan ini, kalau beli 2 kotak dapat 5% diskaun. Kalau beli terus 6 kotak SCP, dapat PERCUMA 1 kotak.
Berbaloi-baloi. Inilah masa terbaik untuk membeli.
Macam mana nak beli? Mudah saja, korang klik salah satu link di bawah;
atau
Ada satu lagi cara, boleh terus WA/SMS Eray di 0167731892. By the way ada cara untuk beli SCP dengan harga yang lebih menarik. Nak tahu, marilah WA.
Eray akan kongsikan cara pengambilan yang betul. Dan cara bagaimana untuk tingkatkan keberkesanan SCP ni. Barulah semakin berbaloi membeli.
Ok, jangan tunggu lagi. Bertindak segera.
Assalamualaikum,
Ini kisah benar. Pengalaman diri sendiri apabila terpaksa berhadapan dengan bahaya HB rendah. Sepanjang mengandung, tak ketara sangat kesan HB rendah.
Tapi bila sampai detik nak melahirkan, barulah tahu yang HB rendah bukanlah perkara yang boleh di buat main.
Hampir sehari suntuk Eray bergelut nak lahirkan Rayna. Ya Allah physically and emotionally drains.
Tiga kali kena induce dengan dos yang berbeza. Sampai akhir sekali doktor kata "kalau tak buka juga jalan juga saya terpaksa berikan awak dos induce yang paling tinggi".
Dah dekat berbelas jam berlawan dengan sakit kontraksi, tapi tetap juga jalan tak buka. Terpaksalah doktor bagi final dose of induce yang paling tinggi tu.
Tapi sebab sakitnya terlampau sakit, doktor suntik juga epidural. Oh ini bukan hospital swasta tau. Kalau kat swasta anytime boleh minta epidural kan?
Ini kat hospital kerajaan. Eray plan nak bersalin di hospital swasta. Tapi kena tolak, sebab hospital tak nak ambil risiko. Berat bayi dalam perut masa tu lebih kurang 2.0kg je. Kecik sangat.
Setiap kejadian ada hikmah. Hampir sehari suntuk bergelut nak melahirkan. Sebab jalan tak buka, bayi dalam perut tersangkut tak boleh nak keluar.
Jururawat asyik kata "saya dah boleh rasa rambut dia ni...". Tapi tetap juga tak boleh keluar.
Akhirnya bila dah kena epidural dan dose induce paling tinggi. Barulah bayi boleh keluar.
Suami Eray kata, masa bayi keluar mata dia dah terbuka luas. Disebabkan tersangkut lama, bayi kena masuk NICU.
Bahaya HB rendah bukan setakat susah nak lahirkan. Tapi boleh berikan kesan buruk kat bayi.
Kalau tersangkut lebih lama, bayi tak dapat oksigen yang cukup. Otak bayi boleh alami kecacatan.
Ibu mana yang mahu anak yang dikandung sihat tiba-tiba keluar ada masalah kan?
Syukurlah, Allah masih pelihara Eray dan anak. Rayna lahir sempurna. Cuma saiznya kecil, beratnya dapat 2.51 kg sahaja.
Tiada kecacatan pada otak. Cuma terkena sedikit jangkitan kuman.
Itu pun lima hari Rayna di NICU.
Eray tak boleh dukung atau susukan dia. Sedih sangat perasaan masa tu. Bila Eray balik ke wad, semua orang pandang pelik. Sebab tiada bayi di sebelah Eray.
Sedangkan ibu-ibu lain kat wad ada bayi di sebelah mereka. Esoknya Eray discharged tanpa Rayna.
Sehari adalah dekat dua kali Eray akan minta suami bawa Eray ke NICU. Hanya pada hari ketiga barulah suami Eray bawa.
Itupun terpaksa lawan cakap ayah Eray. Yelah dia tak bagi Eray ke hospital sebab takut apa-apa jadi. Kan Eray dalam pantang.
Tapi ibu mana sangup tahan perasaan. Masa tu, apa yang penting Eray dapat sentuh dan tengok Rayna.
Tak dapat susukan pun tak apalah. Masuk hari ke empat, barulah doktor kata Rayna dah boleh keluar.
Sebelum tu, doktror nak pastikan dulu Rayna boleh menyusu atau tidak. Kalau dia boleh 'latching' dengan baik, barulah lepas.
Bersungguh-sungguh Eray cuba untuk susukan Rayna. Payah, sebab lima hari dah terpisah kan?
Mujurlah jururawat di Hopsital Ampang sangat membantu. Bersungguh mereka ajar, sampailah Eray boleh rasa hisapan kuat Rayna.
Doktor pun dah berpuasa hati dengan keadaan Rayna. Akhirnya, Eray dapat bawa Rayna pulang ke rumah.
Serik sungguh rasanya berhadapan dengan bahaya HB rendah ni.
Menyesal sebab Eray ambil ringan. Tapi bukanlah Eray tak usaha. Siap kena makan pil extra zat besi, tapi tetap saja HB rendah sampailah waktu nak melahirkan.
Kurma pun berbiji-biji dah makan. Tapi tetap saja rendah.
Tak mahu perkara begini berulang, bila Eray tahu saja yang Eray mengandung anak kedua. Terus ambil Vita Lea with Iron Formula.
Vitamin ini memang berkesan untuk naikkan HB ke paras normal. Sejak pemeriksaan awal hamil hingga ke akhir, Eray langsung tak hadapi sebarang masalah HB rendah.
Bukan tu saja, masa nak lahirkan anak yang kedua pun jauh lebih mudah.
Pukul 10.00 malam pecah air ketuban, pukul 4.00 pagi Eray berjaya lahirkan Sofhea. Tanpa sebarang 'drugs' apatah lagi induce.
Tak sangka dapat merasa proses kelahiran yang mudah.
Jika korang tak mahu hadapi bahaya HB rendah ni, Eray syorkan untuk ambil Vita Lea dan set hamil Shaklee. Insyaallah, korang pasti merasai pengalaman hamil yang berbeza.
Usahlah merisikokan diri kepada bahaya HB rendah ini. Bukan saja ibu yang terseksa, bayi yang dikandung sihat pun boleh terkena bahayanya.
Boleh SMS/WA Eray di 0167731892 untuk dapatkan Vita Lea dan set mengandung lengkap.
Atau, boleh klik BELI SET KEHAMILAN untuk membuat pembelian secara online.
Selepas membuat pembelian, Eray akan berikan bimbingan cara makan yang betul. Barulah set ini dapat berikan kesan optimum.
Eray sudah berjaya nikmati pengalaman hamil dan melahirkan yang mudah, pasti korang juga mahu merasai nikmat yang sama bukan?
Kalau mahu, hubungi Eray sekarang.
set berpantang
Set Berpantang Ini Elak Meroyan Dalam Pantang, Pengalaman Sendiri
Saturday, December 03, 2016
Assalamualaikum,
Masalah ini bukan lagi sepi dikalangan ibu yang baru melahirkan. Bagaimanakah agaknya cara elak meroyan dari terjadi?
Eray sendiri hampir-hampir meroyan semasa berpantang anak pertama. Entah tak tahu mana silapnya...tapi perasaan itu sangat menakutkan.
Betullah apa ibu Eray cakap. Perasaan orang berpantang ini sangat rapuh. Kena jaga elok-elok.
Mujurlah Eray ada ibu yang susah payah menjaga hal berpantang Eray. Tapi bagaimana kalau ibu yang berpantang sendiri? Atau pun terpaksa hadapi masalah semasa berpantang?
Samaada korang percaya atau tidak. Set berpantang yang digunakan juga sangat memainkan peranan sangat penting. Tak percaya? Cuba baca kenyataan Dr. Andrew Weil di bawah ini:
(To deal with depression, including postpartum depression,) "…follow
a well-balanced diet and include a multi-vitamin/mineral supplement to
ensure you are meeting your nutritional needs for all the essential
nutrients. … Numerous studies have shown that exercise is a very
effective method for decreasing depression as it helps to improve your
mood and boosts self-confidence. … Find a mental health counselor who
can help you get to the root of your depression and facilitate
recovery." — Dr. Andrew Weil
Masa pantang ibu mana boleh makan sembarangan. Cuba tengok makanan orang berpantang, setujukan kalau Eray kata ia adalah makanan paling sihat, kan?
Nasi secukupnya, lauk yang kukus tak pun bakar. Dan lepas tu ada sayuran.
Makanan sihat yang sangat seimbang. Cuma nutrisi dalamnya masih tak cukup.
Sebab itulah ibu yang baru melahirkan kena ambil set berpantang. Selain dari untuk elak meroyan, ia juga membantu ibu lebih sihat fizikal dan mental. Nak menyusukan anak pun tak stress.
Serik dengan kisah hampir meroyan dulu. Masa berpantang kali kedua Eray dah buat keputusan untuk ambil set berpantang yang betul.
Iaitu Set Berpantang Shaklee. Atau Post Natal Shaklee Set.
Dalam set ini terdapat enam item lengkap. Vita Lea with Iron Formula, B Complex, Sustained Release Vita C, Ostematric, Energizing Soy Protein dan Omega Guard.
Berbeza betul pengalaman berpantang anak pertama dan kedua. Padahal kalau nak ikutkan pantang anak kedua lagi haru.
Eray terpaksa berpantang sendiri setelah dua minggu melahirkan. Semua kena uruskan sendiri. Masak untuk diri sendiri, jaga anak yang sulung dan dah tentulah menyusukan si kecil. Oh mandi bayi pun Eray buat sendiri tau.
Tak salahlah pilihan Eray untuk ambil Set Pantang Shaklee. Memang terbaik.
Disamping dapat uruskan anak-anak dengan baik, Eray dapat uruskan diri dengan baik juga.
Emosi stabil. Dan fikizal pun sihat.
Tak lah rasa penat dan stress sebab menyusukan si kecik tu.
Setiap satu item dalam set pantang ini sangat membantu elak meroyan.
Vita Lea Iron Formula ini adalah sejenis multivitamin. Satu biji tabletnya lengkap dengan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan. Insyaallah badan akan sentiasa bertenaga. Selain itu, iron di dalam Vita Lea ini membantu stabilkan mood, waktu tidur dan selera makan.
B Complex pula adalah anti stress semulajadi. Emosi yang sihat penting sangat semasa berpantang. Fungsi lain vitamin ini stabilkan kadar metabolisma dalam badan dan 'booster' tenaga yang baik.
Sustained Release Vita C, semua orang tahu bahawa vitamin C sangat baik bagi menyembuhkan luka. Sakit luka episotomi dan luka dalaman akan sembuh dengan cepat. Rasa sakit pada bahagian luka bersalin juga boleh jadi penyebab meroyan.
Ostematrix Shaklee ini adalah gabungan kalsium dan vitamin D. Vitamin ini sangat membantu mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak. Dan ini telah disokong oleh University of Michigan Depression Center. Ibu memerlukan calcium dan vitamin D yang mencukupi supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
Energizing Soy Protein membantu menstabilkan hormon. Selepas melahirkan biasa hormon ibu akan jadi bercelaru. Apabila hormon stabil, barulah susu ibu dapat terhasil dengan baik. Selain itu, ESP ini juga baik untuk meningkatkan kualiti susu ibu.
Omega Guard adalah minyak ikan yang mengandungi 90% kandungan omega 3. Minyak ikan ini dikatakan sangat baik bagi merawat tekanan. Termasuklah mengelakkan meroyan. Bonus bagi ibu yang ambil vitamin ini, berat badan cepat kembali seperti sebelum hamil.
Gabungan keenam-enam supplemen ini membantu ibu untuk berpantang tanpa risiko meroyan. Emosi stabil dan fizikal sihat bertenaga.
Pasti tiada lagi rasa stress dan bosan ketika berpantang. Macam yang pernah Eray rasakan sendiri.
Oleh itu, kalau korang mahu lalui pengalaman berpantang yang gembira. Eray mencadangkan Set Berpantang Shaklee ini.
Jika korang nak order set ini, boleh terus WA/SMS Eray di 0167731892.