Penting ada ilmu ni, tips pilih ikan segar. Sebab kalau tak, kemungkinan besar korang akan bawak balik ikan busuk. Bukan setakat bau. Tapi perut pun dah nak meletup.
Adeh....mesti spoil kan? Yelah, masa pilih tu mesti dah bayang nak masak asam pedas. Sekali ikan busuk. dah tu takkan nak proceed gak masak.
Terpaksa buang. Bagi kucing. Kalau rajin bolehlah nak ke pasar lagi. Tak rajin, goreng jelah telur mata lembu. Bersemangat beli ikan, macam-macam jenis.

Ada ilmu dan tips supaya boleh elak dari terkena ikan busuk. Dan paling penting poket atau walet tak rabak sebab nak kena beli ikan lain sebagai ganti.
Banyak tips nak kenal ikan segar. Tapi tips yang nak dikongsi nie tips yang paling sempoi tak buang masa korang nak belek ikan lama-lama.
1-Tengok Mata Ikan
Mana datang cinta, kalau bukan dari mata turun ke hati. Cewah. Ikan yang masih segar matanya jernih. Kalau betul-betul fresh. Mata ikan tu macam bersinar-sinar.
Susah sikit nak jumpa ikan mata bersinar. Melainkan korang beli kat tempat ikan baru naik. Ataupun tangkap sendiri.
Jadi asalkan mata ikan tu jernih dah cukup baik tahap kesegarannya. Kiranya kalau dimasak masih rasa manis ikan tu.
2-Warna Ikan
Ikan kalau betul baru, warnanya terang. Nampak berkilat.
Kalau ikan dah lama. Tengok badan ikan tu dah kusam. Kalau pegang, terasa dah lembik isinya.
Ikan segar, isinya masih tegang. Kalau dipicit pun rasa anjal isinya. Tapi janganlah picit kuat-kuat. Cukup sekadar guna satu jari. Still boleh follow kan tips pilih ikan segar ni?
3-Insang
Nie kena kerja lebih sikit. Sebab apa? Korang kena jenguk insang ikan. Selak sikit kepala ikan guna jari.
Kalau warna dah coklat nak jadi hitam. Tulah tanda ikan dah nak busuk. Atau tak segar dah. Kalau masak rasa tawar.
Ikan segar, insang masih lagi ada warna darah. Nampak lagi warna merahnya.
Tak payah beriya masak, sebab goreng pun dah sedap sangat.
Selamatlah mencuba tips pilih ikan segar. Moga korang terselamat dari ikan busuk. Dan jimat duit tak payah beli ikan lain.
Selamatlah mencuba tips pilih ikan segar. Moga korang terselamat dari ikan busuk. Dan jimat duit tak payah beli ikan lain.
Oh ya, nak tahu apa yang buat budak gemuk malas, jadi rajin pergi perpustakaan? Boleh baca sini --> http://bit.ly/1sawhQD