Anda sudah berbulan-bulan bisnes online, tapi balik-balik asyik letak gambar produk. Tak pun gambar 'selfie' dengan produk. Tak ada idea nak buat ayat iklan power.
Sepuluh kali cuba tulis, sepuluh kali jugalah 'delete' semula. Tak yakin prospek suka ke menyampah.
Saya faham masalah ini, sebab saya pun berniaga secara online. Dengar macam mudah saja kerjanya bisnes online ni kan?
Tapi kalau kita baru nak mula, atau dah mula tapi belum untung-untung lagi mungkin kita kena belajar. Supaya bisnes kita bertambah maju.
Nak Pergi Kelas Ayat Iklan Power Tapi.....
Kalau nak ikutkan pergi ke seminar atau kelas-kelas itulah yang terbaik untuk dapatkan ilmu. Contoh cara tulis ayat iklan power.
Tapi bukan semua ada peluang nak pergi. Biasanya tak cukup masa, suami tak bagi pergi ataupun tak mampu nak bayar harga kelas yang mahal.
Namun itu bukanlah alasan untuk tidak belajar. Masih ada cara lain. Caranya adalah belajar melalui e-book yang berkaitan dengan bisnes online kita. Belajar itu penting, tapi aplikasi selepas berlajar itulah bakal menentukan anda berjaya atau tidak.
Saya syorkan anda untuk belajar dari kombo e-book yang ditulis oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad.
Penulisan-penulis viral beliau di FB, telah berjaya meletakkan dirinya
sebagai Bapa Viral Kebangsaan. Apa tidaknya, beliau mempunyai 180,000
‘follower’ di Facebook sahaja. Itu tak termasuk di socmed lain.
Saya juga sudah memiliki e-book tulisan beliau.
Cara penulisan sungguh mudah untuk difahami. Bukan itu sahaja, malah ianya juga praktikal. Maknya lepas habis saja baca, anda boleh terus membuat ayat iklan yang power.
Di dalam kombo ini terdapat dua e-book penting bagi menjayakan penulisan ayat iklan power.
E-Book 1- The Content Game
Khas buat mereka yang ingin bangunkan content di media sosial tak kiralah untuk platform mana pun. Ianya sesuai untuk mereka yang nak bina profile, nak naikkan follower sampai 100,000 orang atau lebih dan senangnya nak buat ayat jualan.
E-Book 2- Bagaimana Saya Membina Bank Content
Tatacara membina bank untuk semua penulisan di media sosial kemudian ianya digunakan untuk membuat posting dengan sangat tersusun. Ia menjadikan diri kita lebih terampil dan semua posting kita jadi semakin menarik dan mendapat perhatian.
Harga bagi setiap e-book ini RM58.00, jadi kalau dibeli secara berasingan jumlahnya RM116.00. Tetapi kalau anda beli terus secara kombo, kedua-dua e-book ini hanya berjumlah RM88.00 sahaja.
Lebih menjimatkan. Dan bukan itu sahaja.
Kalau beli sekarang, anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Al-Quran yang berharga RM599.00. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Mana tahu andalah si bertuah itu. Tawaran ini terbuka hingga 20 Oktober sahaja tau.
Bagaimana Nak Beli?
Caranya klik sahaja link di bawah;
Cepat bertindak sekarang, tukarkan ayat iklan lemau menjadi power. Dan nikmatilah pelanggan yang datang bak semut hurung gula.