7 Cara Cantikkan Kulit Muka Rosak Akibat Salah Pakai Produk
Wednesday, May 16, 2018
Saya faham sungguh perasaan apabila kulit muka yang elok jadi teruk akibat salah pakai produk. Niat asal guna sebab nak cantikkan kulit muka, tapi bala yang dapat.
Awal-awal guna nampaklah kulit putih sepo (kata orang Kelantan), siap pipi kemerah-merahan. Satu jerawat pun tak ada. Tak sampai sebulan, rupanya hujan di tengahari...kulit muka rosak.
Pipi jadi merah menyala, ada biji-biji sekitar muka kalau dipicit keluar air. Pedih! Muka rasa macam terbakar, in fact memang ada kawasan di muka yang dah berubah jadi hitam. Kan?
sumber: http://www.thereporter.my/2017/05/taubat-guna-produk-skincare-ini-habis.html |
Saya paham semua itu. Memang perit.
Apa boleh buat, benda sudah jadi. Cara paling baik adalah cari jalan untuk sembuhkan dan cantikkan kulit muka semula.
This is not the end of the world.
7 Cara Cantikkan Kulit Muka Rosak
Ini adalah cara-cara yang boleh dibuat untuk tangani masalah 'breakout' sebab salah pakai produk:
1- Berhenti Serta Merta
Ya, walaupun harga krim yang dibeli itu ratusan RM. Berhenti dari gunakannya. Bila sudah nampak ada tanda-tanda kulit muka rosak. Seperti kulit muka rasa pedih atau muka terasa panas.
Kalau anda cuba juga sekali lagi, ini memang mengundang padah. Kulit muka akan jadi semakin teruk.
2- Basuh Muka Guna Air Saja
Buat masa sekarang hanya air sahaja yang sesuai untuk membasuh muka. Muka kan tengah pedih? Takut-takut jika pakai pencuci muka lain, muka akan jadi tambah sakit.
Lepas tu, kalau tersilap muka boleh jadi lebih berminyak atau kering. Ini boleh mengundang masalah lain pula, seperti jerawat.
3- Minum Air Secukupnya
Ramai yang tidak tahu berapa pentingnya air untuk kulit muka. Apatah lagi jika kulit muka sedang mengalami masalah.
Air yang cukup membantu mengekalkan kelembapan muka. Muka yang kering akan membuatkan kulit bertambah rosak dan teruk.
Seeloknya minum 2-3 liter sehari.
4- Makan Buah dan Sayur
Mahu mencantikkan kulit muka bukan hanya rawatan luaran yang penting. Rawatan dari dalam juga sama pentingnya.
Banyakkan pengambilan sayur dan buah. Ia mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk pemulihan kulit muka. Contoh buah oren, kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan.
5- Jauhkan Makanan Bergula
Gula itu tidak baik. Kalau mahu kulit yang cantik jauhkan diri dari makanan yang bergula banyak.
Gula yang berlebihan boleh mengurangkan tahap kolagen pada kulit. Proses pemulihan kulit muka memerlukan kolagen yang mencukupi, jika tidak lambatlah kulit muka menjadi pulih dan kembali cantik.
6- Makan Protein Yang Bagus
Protein yang baik adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya. Ini kerana ia tidak mengandungi kolestrol dan skor PDCASS pula yang terendah.
Skor yang rendah bermakna protein yang dimakan berjaya diserap dengan baik. Dan ia bertukar menjadi asid amino yang diperlukan oleh badan bagi membantu merawat kulit muka rosak.
Skor PDCASS soya adalah 1.
Anda boleh cuba minuman soya Energizing Soy Protein yang terbukti bagus untuk kembali kulit muka yang sihat dan cantik.
7- Amalkan Suplemen
Suplemen berfungsi untuk melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh. Contoh untuk kes 'breakout' ini, vitamin E sangat diperlukan untuk menyembuhkan kulit yang rosak.
Selain itu, ia juga bagus untuk mengelakkan parut di muka.
Vitamin b-complex pula bagus untuk menghalang jangkitan bakteria pada kulit. Bakteria ini boleh menyebabkan jerawat naik dengan subur. Sudahlah kulit tak sembuh lagi, jerawat pula yang datang. Mesti anda tak mahu bukan?
Vitamin C juga penting, seperti yang sudah saya katakan tadi vitamin ini membantu meransang penghasilan kolagen. Kolagen tak cukup, kulit muka payah nak elok kembali.
Pilih suplemen yang bagus seperti B Complex, Sustained Release Vita C dan Vita E Complex dari Shaklee. 100% semulajadi dan selamat.
Nak cuba suplemen Shaklee? WA/SMS saya (Eray Majid) di 0167731892.
0 comments