7 Kebaikan Vitamin C, Doktor Viral Ini Pun Telah Mengakuinya

Friday, October 05, 2018

Rupa-rupanya ramai doktor pro suplemen, macam doktor hensem ni. Beliau sendiri menceritakan kebaikan vitamin C.
Bukan saja dirinya yang merasai keajaiban vitamin ini, malah seluruh keluarganya juga.

Doktor yang saya maksudkan ini adalah Doktor Hafiz Sulaiman. Jom kita baca kisah Doktor Hafiz.

sumber: https://web.facebook.com/muiz.h.sulaiman

Kebaikan Vitamin C Dirasai Sejak Dari Kecil


Doktor Hafiz mula menjalinkan hubungan rapat dengan vitamin C sejak 8 tahun lepas. Semasa itu beliau menghadiri konferens kesihatan.

Terdapat seorang ‘speaker’ dari luar negara menceritakan tentang keajaiban vitamin C yang sering disebut-sebut ini.

Menurutnya vitamin c ini sering dipandang rendah. Namun banyak kehebatannya yang orang tidak tahu.

Setelah beliau kaji dalam-dalam. Memahami dan mengambil sendiri vitamin C yang berkualiti hidupnya sekelurga berubah.

Cerita Perubahan Hidup Doktor Hafiz Setelah Ambil Vitamin C


1. Resdung


Semasa mula menggunakan vitamin C, resdung di waktu pagi yang beliau hadap berpuluh-puluh tahun hilang. Itu pun hanya beberapa hari sahaja.

Beliau kata memang ada reaksi makin gatal diawalnya. Tapi tetap diteruskan saja.

Sekarang beliau hanya bersin atau gatal hidung sebab terkena jangkitan kuman atau stress saja. Itupun katanya cepat-cepat capai vitamin C.

2. Jangkitan Kuman


Doktor Hafiz kata “Dulu saya ingat vitamin C ini untuk pencegahan dan kuatkan imuniti saja. Rupanya hebat juga diambil kalau tengah sakit. Beliau telah memberikan dos tinggi vitamin C pada anaknya yang berusia 3 tahun. Tak sampai 3 jam sel darah putih dari 16 menurun ke 5. Doktor ini macam tak percaya, tetapi itulah kebaikan vitamin C.

3. Imuniti Badan


Dulu Doktor Hafiz kata dia risau bila hantar anak ke sekolah. Tapi sejak beliau sekeluarga amalkan vitamin C dah tak perlu risau lagi. Katanya jarang betul dapat jangkitan kuman.

Katanya lagi keluarga beliau memang ada kondisi histamin, jadi dulu mudah betul terkena jangkitan kuman. Hampir tiap-tiap minggu demam dan alah. Lepas tu berkahak, semput dan nafas pun jadi busuk. 

4. Kulit


Dahulu doktor yang selalu viral kerana perkongsian ilmu perubatan tak percaya bahawa vitamin C boleh cantikkan kulit.

Tetapi selepas belajar perubatan estetik, barulah beliau faham kenapa. Salah satu fungsi vitamin C ini adalah meningkatkan penghasilan kolagen dari dalam badan. 

Doktor Hafiz kongsikan sewaktu umurnya awal 20an, beliau ada kedut di tepi mulut yang dalam. Tapi setelah amalkan vitamin C, dah kurang banyak. Tambahnya lagi kulit pun tak kusam, makin gembira apabila ramai tegur nampak ‘glowing’. Hai orang lelaki pun suka bila dipuji begitu, apatah lagi kita yang perempuan ni kan?

Tak cukup setakat glowing, Doktor Hafiz kata mukanya jadi licin, lembap dan cerah satu tona. Rugilah siapa yang tak amalkan vitamin hebat ni.

5. Pemulihan


Mengikut pengalaman doktor ini, regenarasi (pertumbuhan) sel jadi sangat-sangat cepat. Pesakit yang buat rawatan lutut dan belakang, mereka lebih cepat pulih. Luka ulser akibat kencing manis pun sama, cepat juga pulih apabila mengambil dos yang sesuai.

Beliau sendiri menggunakan vitamin C untuk percepatkan pemulihan sistem pencernaan. 

6. Tenaga dan Semangat


Ini juga salah satu kebaikan vitamin C yang luar biasa. Ia mampu menjana  tenaga bateri sel badan manusia yang disebut sebagai mitokondria.

Menurutnya lagi, ia juga menjadikan dirinya lebih relaks dan mudah tidur di waktu malam.

Tenaga sel yang banyak mencanak-canak inilah yang mempercepatkan pemulihan. Malah emosi pun akan lebih relaks dan sentiasa bersemangat. Beliau turut percaya bahawa vitamin C ini sudah membaiki ususnya yang pernah bermasalah.

Tambahnya lagi, ketika makan mengarut sewaktu bercuti jika perut meragam cepat-cepat beliau ambil vitamin C dos tinggi. Cepat betul pulih. Selepas ini harus bawa vitamin C ketika bercuti, barulah rasa selamat nak makan yang bukan-bukan.

7. Mental


Anda mungkin tidak tahu, tetapi Doktor Hafiz sewaktu zaman sekolah mengalami masalah kekaburan mental, memori yang sejenak, bercakap dan berfikir secara tidak teratur.

Rupanya punca masalah mentalnya itu adalah disebabkan alahan sejak kecil. Lebih menyedihkan apabila orang selalu mempermainkannya, otak blur, tidak mampu buat keputusan dan selalu berkhayal.

Doktor Hafiz mengakui bahawa masalah masih tidak pulih 100%, tetapi majoriti gejala di atas sudah hilang. Doktor menjadi lebih yakin, kental dan lebih bersangka baik. 



Tak Kenal Maka Tak Cinta


Maka kenal lah dahulu dengan vitamin C, pasti anda pun konfirm terus jatuh cinta dengan vitamin C.

Banyak betul manfaatnya jika diamalkan secara konsisten. Ingat untuk cantik je, tapi lebih lagi. Tak rugi pun buat pelaburan untuk kesihatan. Lagipun siapalah lagi yang menjaga kesihatan diri kalau bukan kita sendiri kan?

Pelbagai jenis dan jenama vitamin C di pasaran. Sebelum beli, pilih vitamin C yang baik seperti Sustained Release Vita C Shaklee (SR Vita C). 
Apa yang uniknya SR Vita C ini dia mempunyai teknologi pelepasan vitamin C berperingkat. Makna ia akan melepaskan sedikit-sedikit ke dalam tubuh untuk memenuhi keperluan badan.



Dan sumber utamanya adalah jagung. Maka jika anda ada masalah gastrik, tak perlulah risau untuk makan. Tak pedih perut InsyaAllah.


Satu botol ada 180 biji, boleh tahan 3-4 bulan lamanya. Harganya pula hanya RM107.50 termasuk penghantaran (RM10).
Anda mahu membeli? Boleh terus klik butang 'Beli Sekarang' seperti di bawah;
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d571a56e0ed10b01d720ea67e9de7bea
Atau jika anda mahu diskaun 20%, terus sahaja SMS/WA saya di 0167738192. Nanti saya kongsikan bagaimana caranya.

Ok itu saja perkongsian kali ini.

Terima kasih banyak sudi meluangkan masa di sini.

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam. Memanglah Vitamin C tu mempunyai kebaikan pada manusia tetapi anda perlu tahu perbezaan diantara Vit. C asli dan Vit.C sintetik.
    https://philmaffetone.com/serious-dangers-of-synthetic-unnatural-vitamins/
    A new study on vitamin C (Am J Clin Nutr; Jan 2008) showed adults taking the synthetic version
    had serious side effects. Doses of 1,000 mg of vitamin C a day impaired their energy systems
    (significantly hampering their endurance capacity), specifically by weakening the mitochondria of
    the cell (which burns fat and sugar). It also had significant adverse effects on the antioxidant system (a key immune regulator). Those who take vitamin C often take this amount or more, and it’s almost always synthetic. Children may be even more vulnerable.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube