5 Kesalahan Cara Pakai Krim Mata, Elak Mata Bertambah Panda

Wednesday, October 24, 2018

Kadang-kadang bukanlah krim mata tidak berkesan. Tapi cara pakai krim mata itu yang salah. Ada teknik-teknik yang tertentu supaya krim mata yang dibeli dapat memberikan kesan yang dimahukan.

Siapalah yang mahu mata bertambah panda kan?

Sebenarnya saya pun baru saja tahu tentang cara pakai krim mata yang betul. Maklumlah baru-baru berjinak dengan krim mata. Oleh sebab itulah saya kongsikan juga di blog ini. 

Cara Pakai Krim Mata, Elak 5 Kesalahan Ini


1- Letak Krim Mata Terlalu Banyak


Kononnya nak cepat hilangkan eye bag, rupanya inilah kesalahan yang sering dilakukan.

Anda menggunakan sukatan yang sama dengan krim muka. Padahal kawasan mata itu kecil sahaja. Sudah tentulah kuantiti krim mata yang diperlukan juga hanya sedikit.

Hanya picitkan sebesar satu biji jagung. Ratakan perlahan-lahan hingga semuanya meresap.

2- Meratakan Krim Dengan Cara Menggosok


Stop! Hentikan meratakan krim dengan cara menggosok. Ini akan membuatkan kulit di kawasan mata bertambah kendur.

Cara yang terbaik adalah dengan meratakan krim mata dengan kaedah menepuk-nepuk perlahan. Atau ditekan secara lembut.

Gunakan hujung jari anda. Atau tepuk lembut dengan ‘applicator’ jika anda menggunakan krim yang ada fungsi ini. Seperti krim mata YOUTH.

3- Jari Yang Salah


Bukan semua jari sesuai. Bagi mengoptimumkan cara pakai krim mata, anda hanya boleh memilih salah satu diantara tiga jari ini sahaja.

Iaitu samada jari manis, jari telunjuk atau jari hantu.

Ingat ya lapisan kulit di kawasan mata lebih nipis dan sensitif.

4- Sapu Terus Pada Kelopak Mata


Biasanya di mana anda menyapukan krim mata? Jika jawapan anda di bawah mata atau diseluruh kelopak mata, ketahuilah selama ini anda sudah tersalah cara yang betul.

Jika diletakkan betul-betul di bawah mata, krim mata boleh termasuk ke dalam mata. Ia akan menyebabkan iritasi.

Dan jika anda letakkan di seluruh kelopak mata. Ia akan membuatkan krim menggumpal dan kelopak mata akan mudah berminyak. Pasti merimaskan.

Habis tu nak sapu di kawasan mana?

Cuba anda raba wajah, cuba carikan tulang di sekitar mata. Kawasan itulah yang sepatutnya dipilih untuk meletakkan krim mata.



Ratakan krim dengan cara menepuk perlahan menggunakan jari manis dari sudut dalam mata. Kemudian ke bahagian tulang atas mata, teruskan ke sudut luar mata dan kembali semula ke sudut dalam mata.

Ulangi putaran ini beberapa kali hingga krim meresap sebaiknya.

5- Hanya Gunakan Di Malam Hari


Ya anda boleh saja menggunakan krim mata hanya malam hari. Tapi ianya mungkin melambatkan keberkesanan krim mata tersebut.

Gunakan juga pada siang hari supaya mata anda dapat perlindungan dari cahaya matahari. Barulah mata akan bertambah cantik dan nampak lebih muda.

Oh jangan lupa tau, selepas pakai krim mata sapukan krim ‘sunscreen’. Barulah lebih yakin untuk melawan terik mentari.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube