Memilih produk untuk dijual tidak ubah seperti mahu memilih pasangan hidup. Tips memilih produk yang bakal saya kongsikan ini telah saya perolehi dari buku The Art of Closing the Sales.
Brian Tracy selaku penulis buku ini adalah seorang 'superstar' dalam bidang jualan. Beliau telah melatih lebih dari satu juta orang dari 45 buah negara.
Hebat bukan?
4 Tips Memilih Produk Supaya Boleh Menjana Keuntungan
Apabila sesuatu perniagaan itu tidak berjaya, ianya bukanlah hanya kerana produk tidak bagus. Atau teknik pemasarannya gagal.
Tetapi apabila penjual dan produk tidak serasi, ini juga boleh menjadi penyebab kegagalan sesuatu perniagaan. Oleh itu, sebelum mulakan jualan kita perlulah mengetahui sedikit sebanyak tips memilih produk;
1- Kenali Minat Diri Sendiri
Setiap orang memiliki minat yang tersendiri. Ada yang suka bercakap mengenai barangan yang berbentuk fizikal.
Tetapi ada juga yang suka bercakap mengenai benda-benda yang ghaib seperti ilmu metafizik dan sebagainya.
Oleh itu, kenali apa yang kita sukai.
2- Cintai Produk
Setelah kenali apa produk yang disukai, proses seterusnya adalah mencintai produk yang menjadi barang jualan yang paling top.
Bagaimana untuk jatuh cinta?
Caranya adalah dengan mendalami kebaikan dan manfaat pada produk yang bakal ditawarkan. Cuba bayangkan jika kita sedang menceritakan tentang orang yang kita sayangi? Pasti penuh dengan rasa seronok dan teruja.
Jadi samalah sahaja apabila kita menceritakan manfaat produk yang dijual. Seolah-olah tiada produk lain yang lebih baik atau setanding dengan produk kita.
3- Ada Chemistry Tak?
Chemistry sering dikaitkan dengan kebahagian satu-satu pasangan. Jadi apakah ada chemistry anda dan produk yang telah dipilih.
Kan memilih produk sama seperti memilih pasangan hidup?
Apabila serasi kita akan sentiasa bersemangat berkongsi mengenai apa yang kita jual. Walaupun sebelum itu sudah 50 orang menolak untuk membeli. Mungkin orang yang ke 51 akan membeli.
Tetapi kalau tidak serasi, baru saja hendak berkongsi tapi sudah lemah longlai.
4-Produk Fizikal & Bukan
Jika anda seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap pemakanan sihat, anda boleh cuba untuk menjual suplemen kesihatan seperti Shaklee.
Produk-produk Shaklee ini adalah jenis produk fizikal. Ianya boleh disentuh.
Ataupun jika anda ada kemahiran 'coaching', anda boleh menawarkan perkhidmatan sebagai coach diet. Perkhidmatan seperti ini adalah jenis produk bukan fizikal.
Pilihlah mengikut minat anda. Tidak tahu apa minat anda?
Jika anda boleh menawarkan sesuatu secara percuma dan anda puas melakukannya, maka itulah minat anda.
Buatlah senarai pendek produk-produk yang bakal anda jual. Kemudian buatlah keputusan dengan tepat.
Elakkan fikir terlampau lama, nanti apa pun tidak menjadi.
Bak slogan Nike, Just Do It!