Bukan masalah susu tiada, tapi susu tak keluar bila mengepam. Stress! Sakit! Semunya bercampur baur. Cuti berpantang sudah hampir tamat, stok susu pun masih tak cukup lagi.
Warrghhhh apa nak buat ni?
Sabarlah ibu, anda tidak keseorangan. Inilah dilema yang sering melanda ibu-ibu. Kalau menyusu langsung, bayi sampai tertidur kekenyangan. Mustahil susu badan sikit kan?
Punca Kenapa Susu Yang Banyak Tak Keluar Semasa Dipam
"An overly simplistic explanation for the challenge is this: Oxytocin is a major hormonal player in breastfeeding. It is the hormone that is responsible for “ejecting” the milk from the body (another hormone, prolactin, is largely responsible for the manufacturing of the milk). Oxytocin is STRONGLY tied to emotion, stress, and how you FEEL…which is why moms who are newly back to work (and who wouldn’t be stressed in that situation?) are so often affected. So, actions that calm, sooth, and remind us of our babies can increase oxytocin and increase the volumes of milk that are pumped."
Hormon oksitosin adalah hormon yang sangat penting bagi memastikan susu badan dapat keluar dengan baik. Hormon ini sangat berkait rapat dengan emosi.
Jika emosi kita baik dan tenang, maka hormon ini menjadi tinggi. Kesannya sudah tentulah susu badan akan keluar dengan lebih banyak.
Tetapi jika emosi stress dan marah, maka sebaliknya akan berlaku. Oleh itu, sangat penting ibu-ibu menjaga emosi ketika mengepam susu.
Mengepam susu dan menyusukan langsung jauh berbeza. Ketika menyusukan ibu akan merasa hisapan bayi. Membelai tangan si bayi. Menatap matanya yang comel.
Ibu juga akan mendengar tegukan susu yang dihisap. Semua ini akan menimbulkan emosi yang damai dan membahagiakan bukan? Berbanding ketika mengepam susu. Si ibu mungkin stress memikirkan keadaan anak di taska.
Tidak termasuk lagi hal pejabat dan kerja yang menimbun. Gangguan-gangguan inilah yang akan menyebabkan susu tak keluar. Hasilnya stok susu tidak cukup, dan bermulalah episod yang tak diingini membekal susu formula kepada pengasuh.
Saya yakin, anda mesti tidak mahu perkara ini terjadi bukan?
Setiap masalah, pasti ada penyelesaian. Saya ada cara bagaimana meransang susu untuk keluar dengan lebih baik.
Nantikan artikel saya yang seterusnya.
Terima kasih.