Bukan sekali, malah berkali-kali diajukan masalah susu ibu kurang ketika berpantang. Apakah punca sebenar?
Sebelum mengetahui punca susu ibu menjadi kurang semasa tempoh berpantang. Eloklah dahulu ibu-ibu mengetahui beberapa ilmu asas susu ibu.

1-Konsep Supply vs Demand
Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep supply vs demand. Jika
banyak demand (anak menghisap) maka banyaklah susu yang terhasil.
Begitulah sebaliknya.
2-Salah Anggap Susu Ibu Terus Banyak
Masih ramai ibu-ibu apatah yang baru mula menyusukan anak beranggapan bahawa susu ibu keluar mencurah-curah di awal kelahiran.
Hakikatnya bukan itu yang berlaku. Di awal kelahiran susu ibu dipanggil kolostrum. Ianya pekat, warna kuning emas dan kuantitinya sedikit.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam tempoh satu hingga dua minggu. Susu matang itulah susu yang berwarna putih dan cair.
Apa yang perlu dilakukan ibu hanyalah menyusukan anak tanpa perlu dirisaukan susu cukup atau tidak. Pelukan hangat ibu semasa menyusu lebih dari segalanya.

sumber: kellymom.com |
3-Perut Bayi Sekecil Guli
Ketika awal lahir, saiz perut bayi hanyalah sebesar guli. Kolostrum yang ada pada ibu sudah cukup untuk mengenyangkan bayi.
Ya oleh kerana saiznya kecil, bayi akan jadi lebih kerap mahu menyusu. Jika bayi mahu, tak perlu tunggu 2-3 jam baru disusukan.

4-Rengekan Bukan Hanya Lapar
Sudah 9 bulan 10 hari bayi duduk di dalam alam rahim yang amat nyaman.
Tidak bising, tidak terang, tiada nyamuk, tiada ruam dan pelbagai lagi
cabaran buat si kecil.
Satu-satunya cara bayi meluahkan rasa tidak selesa, gatal dan lapar adalah melalui tangisan. Ibu mesti mengenal pasti jenis tangisan bayi. Usahlah percaya asal bayi nangis, dia nak menyusu.

5- Elakkan Bersangka Susu Sedikit
Bila ditanya macam mana tahu susu badan dah kurang semasa pantang?
Jawapannya yang selalu diberi, saya picit tengok sikit saja yang keluar.
Itu sebablah saya berikan susu formula.
Di saat ibu membuat keputusan memberikan susu formula, disitulah kitaran susu kurang mulai berlaku.
Bayi menangis, diberikan susu formula. Kemudian bayi minum hingga kenyang, lantas tidur nyenyak. Bayi tidak lagi bangun untuk menyusu.
Bayi tak menyusu, bermakna tiada hisapan/ransangan/permintaan. Ingat konsep supply vs demand? Semakin kurang demand, semakin kuranglah susu yang dihasilkan.
Jadi apakah punca susu badan kurang semasa pantang sudah terjawab? Rasanya sudah bukan.
Sebaiknya elakkan diri dari memberi susu formula. Melainkan memang terbukti susu badan memang tidak cukup. Tandanya:

- Bayi nampak lemah
- Lampin tidak basah
- Dan berat badan bayi berkurangan
Cubalah sebaik mungkin untuk berikan hak si kecil. Hanya susu ibu terbaik untuk bayi baru lahir.
Tips Bayi Meragam Ketika Menyusu Elak Ibu Terus Pening