Betul Ke Bayi Saya Dapat Susu Yang Cukup?

Sunday, November 26, 2017

Betul ke bayi saya dapat susu yang cukup? Inilah pertanyaan yang sering bermain-main di kepala ibu yang baru mula menyusukan anak. 

Bagi menjawab soalan ini, satu perkara utama yang anda sebagai ibu perlu tahu adalah 'adakah bayi anda melekap dan menyusu dengan baik atau tidak?". Jika bayi tidak melekap dan menyusu dengan betul, dia tidak dapat merangsang payudara secukupnya. Kesannya susu tidak dihasilkan dengan cukup.

Oleh itu, apakah sebab dan punca mengapa bayi tidak dapat melekap dan menyusu dengan baik? Sehingga bayi tidak dapat susu yang cukup.



Berikut adalah tiga (3) sebab utama punca masalah ini:

1- Kedudukan dan Cara Lekapan Bayi Di Payudara

Ini adalah perkara yang utama bagi menjamin kejayaan dalam menyusukan anak. Semasa mahu menyusukan, anda mestilah memastikan:
  • Perut bayi bersentuhan dengan perut ibu.
  • Pegang payudara dengan pegangan C di sekitar aereola.
  • Tunggu sehingga bayi membuka mulut yang besar.
  • Masukkan aereola ke dalam mulut bayi.
  • Pastikan juga dagunya menyentuh pada bahagian payudara.
  • Dengar bunyi 'gulp'yang berulang kali, ini tanda bayi sedang menelan susu.

Jika betul kedudukan dan cara lekapan, anda tidak akan mengalami kesakitan ketika menyusu. Merasa sakit adalah tanda cara kedudukan dan lekapan tidak sempurna.

Saya sarankan ibu yang mahu menyusukan anak untuk melihat video-video bagaimana untuk menyusukan anak dengan betul. Setidak-tidaknya anda akan dapat idea cara yang betul untuk menyusu. Ini juga akan membantu anda mengelak dari masalah bayi tidak dapat susu yang cukup.

2- Puting Tiruan

Apabila si ibu menghadapi masalah untuk menyusukan anak di awal kelahirannya, sering orang sekeliling menyarankan untuk memberikan susu formula menggunakan botol susu.

Ya bayi anda akan kenyang kerana dapat susu yang cukup. Tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Malah lebih teruk lagi, proses penyusuan selepas bayi diperkenalkan kepada botol susu akan menjadi lebih sukar. Sering terjadi akhirnya ibu akan mengalah dan terus saja memberikan susu formula kepada bayi.

Elakkan memberikan puting tiruan di awal kelahirannya. Ini akan menyebabkan bayi keliru puting susu. 

Berbalik kepada punca nombor satu, belajarlah cara kedudukan menyusu dan lekapan yang baik. Jika ini dapat dikuasi, masalah lain akan dapat diatasi seawalnya.

3- Tongue Tie

5-10% bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah tongue tie ini. Akibatnya, bayi akan mengamuk dan tidak dapat susu yang mencukupi. 

Masalah ini terjadi apabila membran di bahagian bawah lidah melekat di lantai mulut bayi. Kesannya, menjadikan pergerakan lihat terhad seolah-olah terikat. Hujung lidah bayi juga tak dapat diangkat hingga menyentuh lelangit. Proses penyusuan akan terganggu.

Jika berat bayi anda tidak naik, bayi sering mahu menyusu, mengamuk dan meragam ketika disusukan dan sering menagis hingga tertidur. Bayi anda mungkin mengalami masalah tongue tie ini.

Namun usah risau, masalah ini boleh diselesaikan segera. Hanya dengan pembedahan kecil, bayi anda akan dapat menyusu seperti biasa.

Perhatikan bayi, jika ada tanda-tanda yang disebutkan tadi bawalah anak untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sekiranya ketiga-tiga punca masalah ini dapat diatasi, bayi anda akan mendapat susu yang cukup. Bayi dapat membesar dan berkembang dengan baik sekali. 

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube