Tips Penyusuan
7 Persediaan Menyusukan Bayi Wajib Tahu Sebelum Bersalin Elak Gelabah!
Wednesday, July 01, 2015Dulu MakDara(MD) ingat, mak-mak lepas lahirkan anak mesti terer menyusukan. Ternyata SALAH! Mak-mak mesti ada persediaan menyusukan bayi, sejak bayi belum lahir lagi.
Kenapa MD kata begini?
Sebab dah terkena kat batang hidung sendiri. Bila lahir anak yang pertama, tiada persediaan yang cukup. Tambah lagi bayi terpaksa duduk NICU. Serious sangat gelabah dan bercelaru. Sedih dan tertekan.
Sebab itulah, bagi mak-mak yang mahu susukan anak. Carilah dan ambil tahu apakah persediaan bagi menyusukan anak.
7 Persediaan Menyusukan Bayi Wajib Tahu Sebelum Bersalin Elak Gelabah!
MD nak kongsikan 9 perkara yang wajib tahu sebagai persediaan, supaya lebih tenang dan proses menyusukan anak jadi lebih mudah.
1- Cari Ilmu
Tanpa ilmu, sukarlah mak-mak nak mula menyusukan anak. Dan akhirnya, jalan mudah mak terpedaya dengan pemberian susu formula.
Oleh itu ilmu penyusuan adalah sangat penting dicari mak dan ayah sejak mula hamil lagi. Ada banyak rujukan yang baik di Internet. Atau sebaiknya mak ayah bolehlah beli buku seperti Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu. Segalanya tentang penyusuan ada diceritakan.
Jika mak ayah ada kesempatan dari segi masa dan duit, bolehlah pergi ke kelas-kelas asas penyusuan yang dianjurkan oleh Pakar Laktasi. Dengar 'direct' dari yang pakar membuatkan mak ayah lebih mudah paham tentang susu ibu.
2- Bergaul Dengan Mak-mak Susukan Anak
Ini juga persediaan menyusukana bayi yang sangat penting. Mulalah bergaul dengan mak-mak yang menyusukan bayi mereka.
Pasti ada dikalangan kawan-kawan yang menyusukan anak. Sesekali lepak dengan mereka, atau join mereka mengepam susu di bilik penyusuan.
Biasanya bila mengepam, mak-mak suka bertukar cerita dan pengalaman menyusukan anak. Jika sudah terbit niat mahu menyusukan anak, elakkan dari bercerita tentangnya dengan rakan-rakan yang tak sokong penyusuan susu ibu.
Bukan apa, cuma dikhuatiri kita akan mengalah sebelum mencuba.
3- Sertai Group Menyusukan Anak di Media Sosial
Ini juga boleh dilakukan oleh mak-mak sebelum mula menyusukan anak. Di media sosial terutamanya di Facebook terdapat banyak group yang berkisarkan susu ibu seperti Kumpulan Ibu Menyusu.
Sertailah group-group tersebut kerana pelbagai perihal, cabaran-cabaran dan jalan penyelesaian dikongsikan oleh mak-mak yang sedang atau telah menyusukan anak. Ianya satu medium yang baik untuk mempersiapkan diri bagi menempuh tempoh dua tahun penyusuan.
4- Beritahu Suami dan Ahli Keluarga Terdekat
Jangan pandang remeh tentang ini. Kerana suami dan keluarga adalah cabaran terhebat jika mereka tak menyokong niat nak menyusukan anak.
Seawal mungkin dari mula mengandungkan anak, beritahu suami niat mahu menyusukan anak. Ajak suami bersama-sama untuk terokai alam susu ibu.
Bacakan artikel-artikel tentang kebaikan susu ibu, dan promote yang susu ibu dapat menjimatkan duit poketnya. Sebab tak payah beli susu formula. Dan sebaiknya mohon doa pada Allah agar suami bersama-sama bagi menjayakan niat mahu menyusukan anak.
Juga beritahu dan bincang dengan mak ayah dan mak ayah mertua. Kongsikan juga apa yang bagusnya tentang susu ibu. Mungkin ada yang tak setuju, jangan give up teruskan usaha agar mereka celik susu ibu.
5- Perancangan Bersalin
Mak-mak sekarang perlu bijak bagi menjaga hak sebagai ibu. Siapkan satu rancangan bersalin aka birth plan dan berikan kepada doktor yang terlibat.
Perancangan ini boleh dibuat secara bertulis. Ianya cukup penting sebagai persediaan menyusukan bayi sejurus lahir nanti.
Di dalam perancangan bersalin masukkan tentang tidak mahu dipisahkan dengan anak dan mahu rooming in dengan bayi. Pelbagai perancangan bersalin yang boleh dijadikan rujukan di sini.
6- Pilih Hospital
Jika mahu melahirkan anak di hospital kerajaan, sudah tidak perlu risau kerana mereka menyokong penyusuan susu ibu. Tetapi jika memilih ke hospital atau klinik swasta, mak ayah perlu waspada.
Ini kerana terdapat hospital atau klinik yang tak menyokong. Apabila bayi lahir, mereka akan pisahkan ibu dan bayi. Bayi tadi akan diletakkan di satu bilik khas dan diberikan susu formula sebagai susu pertama.
Oleh itu, pilih hospital atau klinik yang betul.
7- Berhubung Dengan Payudara
Berhubung yang dimaksudkan disini adalah mula kenali payudara. Dan bagaimana ia dapat menghasilkan susu.
Juga apabila kandungan masuk 6 bulan, mulalah mengurut payudara perlahan-lahan. Cubalah demo cara dan posisi penyusuan supaya mak-mak lebih bersedia dan tidak gelabah.
Semoga dengan perkongsian 7 persediaan menyusukan bayi sebelum bersalin ini dapat membantu mak-mak yang berniat nak susukan anak. Percayalah tiada susu lain yang setanding dengan susu ibu.