Mesti ramai ibu-ibu yang mula risau tentang menyusu semasa puasa. Kebanyakannya risau susu tak cukup dan badan jadi lemah lembik kalau menyusukan anak. Disebabkan kurang makan dan tak banyak minum air. Patut ke ibu terus menyusukan anak semasa berpuasa?
Bagi menjawab kerisauan ibu menyusu semua, MakDara (MD) kongsikan tips dari Pakar Laktasi Dr. Swee Lee. Beliau berkata "Berpuasa 12-14 jam sehari tidak memberi kesan langsung kepada jumlah dan kualiti susu yang terhasil". Beliau menambah lagi "Kecuali jika ibu mengalami kekurangan nutrisi dan ketidakseimbangan makanan, tetapi ini jarang berlaku di Malaysia".
Rata-rata ibu di negara kita cukup makan. Oleh itu tiada sebab untuk tak menyusukan anak walaupun berpuasa. Betul tak?
7 Tips Pakar Laktasi Menyusu Semasa Puasa Supaya Susu Ibu Cukup
1- Teruskan Penyusuan
Tips utama bagi ibu menyusukan anak di bulan puasa adalah teruskan saja menyusukan anak. Bagi ibu bekerja, teruskan mengepam susu seperti biasa.
Ini kerana bila ibu memilih untuk mengurangkan penyusuan. Ransangan yang diterima juga akan berkurang. Maknanya susu akan mulai mengurang dan susu tak cukup.
2- Elakkan Melakukan Aktiviti Berat
Semasa bulan puasa, bagi ibu yang susukan anak. Cuba untuk tak melakukan kerja berat. Bila ibu melakukan kerja berat, badan mudah terhidrasi. Dan mengeluarkan peluh yang banyak.
Walaupun ibu telah minum air yang cukup. Kemungkinan ia akan menganggu penghasilan susu.
3- Puasa Selang Sehari
Jika ibu merasa betul-betul tak berdaya. Dan tak dapat menampung beban menyusukan anak di bulan puasa. Ibu boleh berpuasa selang sehari.
Tapi jangan sesekali berhenti menyusukan anak.
4- Usah Ganti Susu Formula
Ini adalah pantang besar bagi ibu yang nak berjaya susukan anak dengan susu ibu. Walaupun ibu risau susu tak cukup, jangan sesekali berikan susu formula kepada anak.
Sebaliknya, ibu perlu berusaha mencari penyelesaian jika ibu merasa tak larat. Pemberian susu formula hanya akan membuatkan susu badan semakin kurang. Dan akhirnya, susu tidak terhasil langsung.
Selain mengambil makanan seimbang, ibu digalakan mengambil tambahan nutrisi supaya badan bertenaga. Dan mampu menghasilkan susu yang cukup.
5- Yakin Diri
Bagi menjayakan menyusu semasa puasa, ibu perlu bina keyakinan diri bahawa ibu tetap boleh meneruskan penyusuan. Walaupun berpuasa di bulan Ramadhan.
6- Berazam
Tanamkan azam yang kukuh, yang ibu tetap akan terus menyusukan anak di bulan puasa. Apabila ibu sudah berazam, biar apa pun cabaran yang mendatang ibu pasti boleh laluinya.
Semua perkara bermula dengan niat dan keazaman kita. Jadi tanamlah azam seawal mungkin.
7- Berdoa
Tips tambahan dari MD. Bagi kita orang Islam, mohon sunguh-sungguh bantuan Allah. Supaya susu kita cukup dan kita kuat nak berpuasa. Untuk yang bukan Islam juga, boleh berdoa perkara yang sama.
Berdoakan senjata orang mukmin. Sertakan doa kita dengan usaha untuk badan kekal bertenaga dan boleh hasilkan susu untuk anak kita.
MD sendiri sudah alami puasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak. Paling mendebarkan masa anak yang sulong. Boleh ke tak? Tapi kuatkan semangat untuk berpuasa. Alhamdulillah berjaya pada hari pertama. Sampailah cukup sebulan puasa.
Antara usaha yang MD lakukan supaya stok susu tetap cukup adalah:
1- Sahur makan nasi atau makanan berat.
2- Cukupkan keperluan air, dua liter sehari. Minum sikit-sikit sepanjang waktu malam hingga sebelum Subuh.
3- Tak minum ais.
4- Makan kurma banyak, tujuh biji setiap kali sahur dan berbuka.
5- Ambil nutrisi tambahan supaya tak lembik dan tak haus sangat-sangat semasa pam susu atau susukan anak.
Tahun ini pun MD, lagi sekali akan menjalani ibadah berpuasa semasa menyusu anak. Moga kita semua diberi kekuatan berpuasa dan susu terus cukup untuk si comel. Insyallah. Jika ada persoalan lain mengenai puasa dan susukan anak, boleh klik 6 Panduan Wajib Tahu Menyusu Semasa Puasa.