7 Tips Hasilkan Susu Badan Khas Bayi Tak Cukup Bulan
Tuesday, May 19, 2015Minggu lepas Mak Dara (MD) dihujani pertanyaan 'macam mana nak hasilkan susu badan yang cukup? anak saya lahir tak cukup bulan'. Dan ada juga nenek yang telefon MD, katanya dia kurang setuju anaknya nak beri susu formula pada cucu yang lahir tak cukup bulan. Sebab dia kata susu ibu adalah yang terbaik, jadi apa yang boleh si ibu buat untuk tambah susu?
MD bukanlah pakar laktasi, hanya berbekalkan pengalaman menyusukan 3 orang anak dan sedikit ilmu melalui buku dan maklumat di Internet. Tetapi MD sangat seronok untuk berkongsi pengalaman dan apa saja mengenai penyusuan susu ibu.
Lebih-lebih lagi kalau ada ibu yang punyai masalah untuk hasilkan susu badan yang cukup. Yelah, ibu mana tak risau kan? Lebih-lebih lagi jika bayi yang lahir tak cukup bulan. Tiada susu yang terbaik untuk bayi pramatang kecuali susu ibu. Ini kerana sistem imunisasi dan organ dalaman bayi seperti usus masih belum matang.
Susu ibu yang unik ini akan terhasil mengikut keperluan si bayi. Hebatkan anugerah Allah SWT yang satu ini. MD setiap kali bercakap pasal ini, pasti akan kagum. Kagum dengan ciptaan-Nya.
Wah serasa panjang pula intro kali ini. MD tak mahu buang masa reader-reader WeLoveSusuIbu yang sweet. Tapi sebelum ini MD nak kongsikan polisi penghasilan susu badan bagu bayi pramatang yang digunakan di Hospital St. Luke Medical Centre, Chicago.
Polisi Penghasilan Susu Badan Bayi Pramatang
Setelah 10 hari bayi dilahirkan, pengamal perubatan di hospital akan menilai kuantiti susu badan yang dihasilkan ibu. Jika kuantiti tak mencukupi, pihak hospital akan membantu ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan.
Berikut adalah polisi yang mereka gunakan:
1- Ideal
Ibu menghasilkan susu badan sebanyak 25oz atau 750ml sehari. Atau, 3-4oz kuantiti susu bagi setiap sesi memerah
2- Berjaga-jaga
Jumlah susu yang terhasil dalam sehari adalah 11.5-17oz atau 350-500ml
3- Berisiko Kurang Susu
Jumlah susu yang diperah adalah kurang dari 11.5oz atau 350ml sehari
Menarik bukan cara hospital ini. Nampak sangat usaha mereka untuk pastikan bayi pramatang mendapat susu ibu. Bukan senang-senang je bagi susu formula. Mungkin hospital di Malaysia boleh menggunakan polisi yang sama, supaya lebih ramai bayi berpeluang dapat susu ibu.
Terdapat banyak tips untuk hasilkan susu ibu yang banyak. Tapi tips yang bakal dikongsikan ini paling sesuai menurut buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.
7 Tips Hasilkan Susu Badan Khas Bayi Tak Cukup Bulan
1-Perah Susu Lebih Kerap dan Lebih Lama
Bagi ibu yang melahirkan anak cukup bulan, memerah susu sekali dalam tempoh 3-4 jam sudah mencukupi. Tetapi bagi ibu yang punyai anak pramatang, cubalah untuk pam lebih kerap satu sesi perahan bagi setiap 2 jam.
Dan sebaiknya panjangkan sesi mengepam, dari 15 minit ke 20-30 minit bagi setiap sesi. Usah risaukan bayi, kerana pihak hospital menjaganya dengan baik. Apa yang ibu perlu fikirkan adalah 'hasilkan susu badan yang banyak'. Dan teruskan usaha untuk mengepam.
2- Makan Penggalak Susu
Atau sering disebut sebagai 'milk booster'. Terdapat pelbagai makanan penggalak susu. Cuma bagi ibu yang masih berpantang, mungkin ada yang kurang sesuai.
Dan penggalak susu yang semulajadi biasanya memerlukan sedikit masa penyediaan. Ibu masih ada pilihan penggalak susu yang semulajadi, ready-to-eat dan bertindak lebih dari sekarang penggalak susu.
Seperti yang telah digunakan oleh Puan Hidayah (dalam video dibawah) yang telah lahirkan bayi tak cukup bulan. Disebabkan dia terpaksa tinggal di hospital menjaga anak di ICU, maka dia telah memilih set penggalak susu semulajadi, mudah dan berkesan ini.
Gembira sungguh Puan Hidayah bila dia berjaya berikan susunya pada bayinya yang di dalam inkubator. Ternyata dia seorang ibu yang hebat.
3- Elak Ubat Yang Mengurangkan Susu
Sebelum ambil apa-apa ubat, sebaiknya ibu bertanya kepada pengamal perubatan samaada ubat itu mengurangkan susu atau tidak.
Jika ya, dan ibu termakan ubat tersebut ini hanya akan memburukkan keadaan. Sudahlah susu masih belum cukup, terbantut pula dengan kesan ubat yang tak disangka. Antara ubat yang boleh mengurangkan susu adalah pil perancang kehamilan.
4- Perah Berdekatan Dengan Bayi
Rasanya kebanyakan hospital di Malaysia menyediakan wad khas untuk bayi yang lahir tak cukup bulan ataupun bayi mengalami komplikasi semasa pelahiran.
Ibu pilihlah untuk mengepam berdekatan dengan bayi. Ini kerana dengan anak di depan mata mampu meningkatkan hormon penyusuan. Ibu lebih tenang, susu lebih mudah untuk keluar. Dan ibu juga pasti bertambah bersemangat untuk berikan susu sebanyak mungkin, supaya bayi boleh cepat-cepat sihat dan discharge.
5- Pilih Pam Yang Baik
Ada beberapa hospital di Malaysia menyediakan pam untuk kegunaan ibu. Cuma bilangannya mungkin kurang mencukupi. Oleh itu, sedikit pelaburan diperlukan untuk membeli pam yang baik.
Mengepam menggunakan tangan adalah yang terbaik. Tetapi kekangan masa dan tak mahir membuat susu yang terhasil sedikit saja. Pam double pumping adalah pilihan yang baik bagi meransang dan mengeluarkan susu.
Terdapat pelbagai pilihan di pasaran masakini. Jadi terpulanglah kepada ibu untuk membuat pilihan. Dan MD sarankan ibu buatlah perbandingan dan tanyalah dengan kawan-kawan yang telah mengepam susu. Sebaiknya, belilah di pertengahan kehamilan. Supaya tak kelam kabut jika terpaksa lahirkan anak lebih awal.
6- Dapatkan Bantuan Suami dan Keluarga
Sememangnya tak mudah menjaga anak di NICU. Dengan emosi ibu yang tak stabil, letih dan sebagainya. Oleh itu bantuan suami dan keluarga adalah sangat diperlukan.
Suami sebaiknya beradalah dengan isteri sepanjang di hospital. Bantulah isteri untuk basuh alat mengepam susu. Sokonglah isteri yang terus berikan kata semangat susu ibu dapat hasilkan susu badan yang diperlukan oleh anak kalian.
Ingat ye, usah ingat urusan menyusukan anak itu adalah tugas isteri seorang. Sebagai persediaan, pergilah bersama isteri ke kelas asas penyusuan dan bacalah sebanyak mungkin mengenai susu ibu.
Ahli keluarga lain seperti nenek, atuk atau kakak boleh membantu mengambil alih urusan kerja rumah dan menjaga anak-anak yang lebih besar. Jadi si ibu tak perlulah memikirkan perkara lain dan boleh fokus untuk menjaga diri dan hasilkan susu ibu yang banyak.
7- Berdoa
Ini adalah tips yang paling penting. Doa adalah senjata orang mukmin. Ingat, hanya Allah SWT yang memberikan kita rezeki termasuklah susu badan.
Jadi mintalah dengan Dia supaya diberi kekuatan dan susu ibu dapat dihasilkan secukupnya untuk si anak. Mohon juga untuk diberikan kesihatan untuk diri sendiri dan juga bayi.
Yakinlah Allah Maha Pemberi, Ya Wahhab.
MD harap dengan perkongsian yang sedikit ini dapatlah membantu ibu yang mengalami cabaran melahirkan anak pramatang. Tips hasilkan susu badan ini juga sesuai untuk ibu yang bayinya mengalami komplikasi sehingga tak dapat menghisap susu secara direct.
MD doakan semoga ibu-ibu semua dapat menghadapi cabaran ini dengan baik. Dan bayi anda semua menjadi sihat dan kuat. Banyak tau pahala menyusukan anak. Lagi-lagi bila ditimpa cabaran. Breastfeeding is Sunnah.
Nota: Nak order set penggalak susu semulajadi mudah dan berkesan tu, boleh SMS/Whatsapp MD di 016 773 1892. Satu group Whatsapp Sokongan Penyusuan Susu Ibu akan dihadiahkan kepada anda secara automatik.
0 comments