Tahniah! Puan disahkan hamil. Ayat yang pastinya dinanti oleh pasangan yang dah berkahwin. Namum hamil dengan cepat bukanlah perkara yang mudah. Tapi tak mustahil. Praktikkan tips cepat hamil, insyaallah ada rezeki dari-Nya.
Paling penting nak cepat hamil, elakkan stress. Sebab stress hanya akan melambatkan menipiskan peluang. Biarkan sahaja mereka yang sering bertanya. Tumpukan pada usaha dan tips cepat hamil.
9 Tips Cepat Hamil: Berkesan DanTerbaik!
1. Belajar dan Faham Bagaimana Kehamilan Terjadi
Untuk kitaran haid yang normal telur atau ovum akan dikeluarkan oleh ovari. Ini akan terjadi pada pertengahan bulan. Jika berlaku hubungan kelamin, sperma akan berenang ke dalam rahim. Seterusnya bertemu ovum (telur wanita) di salur peranakan (tiub fallopio).
Setelah ini. proses persenyawaan akan terjadi. Maka kehamilan pun akan bermula. Penting untuk faham bagaimana sistem reproduksi berfungsi. Ini akan menjadikan bakal ibu lebih prihatin kepada faktor-faktor kesuburan dan apa yang menyebabkan gagal hamil.
2. Jumpa Doktor
Jika sudah agak lama belum ada anak. Disarankan jumpalah doktor untuk mengesahkan kesihatan sistem reproduksi. Masalah cyst, endometriosis dan fibriod, adalah antara sebab sukar hamil. Tiada tanda yang ketara untuk masalah-masalah ini. Jadi jumpalah doktor, dan rawatlah seawal mungkin. Tindakan yang cepat akan membantu meningkatkan peratusan kehamilan.
3. Berat Badan Ideal
Terlebih berat badan juga penyebab kenapa sukar atau gagal hamil. Cuba untuk dapatkan berat yang ideal. Jaga pemakanan dan elakkan makanan-makanan segera.
4. Kenal Waktu Subur
Ada 4-5 hari subur dalam tempoh sebulan. Jadi kenalilah bila. Alert! Hubungan seks ketika sedang subur menyebabkan potensi untuk hamil lebih tinggi. Hari subur hanya boleh dikira jika kitaran haid teratur. Jadi jumlah doktor untuk ketahui bagaimana. Atau ambil GLA Shaklee untuk stabilkan kitaran period. Bila dah teratur lebih mudah waktu subur dikenal. GLA Shaklee juga membantu mengecutkan cyst dan membantu merawat masalah-masalah kesuburan wanita.
5. Lakukan Seks Lebih Kerap
Ya, lakukan lebih kerap. 3-4 kali seminggu pada waktu subur adalah yang terbaik. Jangan tunggu waktu malam. Cari waktu-waktu lain yang agak 'best' seperti awal pagi atau tengahari. Dan jangan terlalu fokus atau nak cepat. Enjoy! Nikmati waktu bersama. Jangan jadikan hubungan seks tegang dan serious.
Posisi suami di atas akan memberikan penetrasi yang optimum. Letakkan bantal dibawah punggung isteri setelah sperma dilepaskan. Ini bagi mengelakkan sperma tumpah. Biar selama 30 minit. Atau biarkan zakar suami di dalam faraj selama 15 minit setelah ejakulasi terjadi.
6. Ambil Multivitamin dan Multimineral
Ini disarankan ole Dr Hamid Arshad, Pakar Sakit Puan. Vitamin disarankan adalah B Complex, Vitamin E dan Vitamin C. Tubuh badan akan berfungsi dengan lebih baik jika mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. Bagi menambah kualiti sperma, disarankan suami untuk mengambil Zinc setiap hari. Dan bagi isteri pula, pengambilan GLA akan menghasilkan cairan untuk menjaga jangka hayat sperma dengan lebih lama, sehingga 5 hari.
7. Lakukan Senaman Rutin
Senaman penting untuk tubuh badan. Menjaga kesihatan badan secara menyeluruh. Juga baik untuk hilangkan stress dan sebagai persediaan untuk hamil kelak.
8. Ambil Makanan Seimbang
Jaga makan. Elakkan makanan yang kurang zat seperti makanan segera. Elakkan lemak yang berlebihan. Kurangkan garam. Juga elakkan perasa atau pewarna tiruan. Pastikan makan ikut pola makanan yang seimbang. Mengawal makanan juga membantu wanita mendapat kitaran haid yang seimbang. Antara cara mengembalikan haid yang teratur:
- elak makan makanan segera
- lebihkan pengambilan protein tumbuhan seperti protein soya (Energizing Soy Protein)
- kurangkan daging atau ayam
- makanlah makanan fiber tinggi seperti whole grains atau oat
- kurangkan gula atau garam dan makanan yang tinggi karbohidrat
- elakkan makanan berasaskan susu, seperti ais cream atau keju
9. Elakkan Tekanan atau Stress
Stress berkait rapat dengan kesuburan. Lebih stress makan kurangkan kesuburan seseorang. Jadi cuba untuk tangani stress dengan bijak. B Complex mengandungi agen anti stress. Atau lakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti bercuti, memasak, dengar muzik, membaca Al-Quran atau habiskan masa indah dan romantik dengan suami.
Lakukan tips cepat hamil dengan istiqamah. Jangan disebabkan terlampau sayangkan cara hidup yang tak sihat. Atau cintakan makanan segera menyebabkan usaha memiliki anak semakin tipis. Berubahlah untuk kebaikan.
Dan jangan lupa, letakkan harapan untuk memiliki anak kepada Allah. Allah Maha Pemberi. Paling penting jangan pernah putus asa. Percayalah, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Juga Allah Maha Mengetahui bila detik paling baik untuk pasangan memiliki anak.
Set Kesuburan Shaklee telah membantu ramai pasangan-pasangan untuk hamil dan menimang anak. Usah risau, harga nya adalah mampu milik. Dan boleh di 'customise' mengikut bajet dan keperluan pasangan masing-masing.