Tips Langsing Selepas Bersalin: Khas Ibu Menyusu

Monday, January 21, 2013

Langsing selepas bersalin, pastilah menjadi impian semua ibu-ibu yang baru melahirkan. Siapalah yang mahu simpan lemak yang diternak semasa mengandung. Macam-macam usaha telah dilakukan, tetapi yang pasti 'diet extreme' pasti tidak boleh dilakukan, apatah lagi ibu sedang menyusukan anak. 

Jangan risau, masih ada lagi tips lansing selepas bersalin khas bagi ibu menyusu:


Gaya tersendiri
Cipta gaya yang baru, ibu perlu kreatif untuk 'mix and match'. Cari pakaian yang memberi impak tampak lebih kurus. Pilih potongan baju yang benar-benar sesuai, sehingga lemak degil takkan ternampak. Elakkan baju yang mengikut badan ya.

'Baju Diet'
Ini cara yang paling pantas. Sarungkan saja 'baju diet' a.k.a corset pada badan ibu. Pasti lelemak akan tersembunyi. Tak perlu corset yang beribu-ibu, cukup sekadar untuk menambah keyakinan si ibu yang badan ibu telah langsing.

Seluar hitam
Warna hitam sangat sesuai bagi menampakkan impak lebih langsing. Seluar hitam adalah yang paling baik. Pilih potongan yang lurus dan sesuai dengan bentuk kaki ya.

Seluar jeans
Fungsi yang sama seperti seluar hitam, tapi pastikan:
gunalah jeans potongan lelaki, punggung akan kelihatan lebih kecil
cari poket jeans yang menyerlah
jika peha pesar, tak usah pakai yang ada kesan luntur di peha, ini membuatkan peha nampak lebih besar
pilih jeans yang lebih gelap

Label pilihan
Tak semestinya label yang mahal, yang penting pakaian dari label yang dipilih sangat sesuai tika disarungkan pada badan. 


Tukar coli baru
Kerana saiz badan telah berubah, saiz coli juga perlu diubah. Pilih dan cuba yang betul sesuai dengan bentuk payudara. Pemakaian coli yang betul akan menampakkan badan menjadi lebih 'kemas'

Makanan bunuh lemak
Tak salah mahu berdiet semasa menyusukan anak, tapi pilih diet yang sihat. Pilih makanan yang boleh membunuh lemak seperti lemon. Set kurus selamat juga amat sesuai dengan ibu yang masih menyusukan anak. Susu tak terjejas, dan lemak semakin berkurangan.

Paling penting, dari tips langsing selepas bersalin (khas ibu menyusu) adalah, yakinlah dengan diri sendiri. Pandang diri sebagai cantik dan kurus, pasti orang lain juga akan nampak begitu. Jangan pandang diri dengan imej negatif. Dan jagalah makan, jangan main bedal sahaja. Kenali makanan ya ibu-ibu.

Hubungi saya untuk set kurus yang selamat bagi ibu menyusu, harga super istimewa. Call me now!

Suriya Ab Majid
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube