Assalamulaikum,
Anda bosan dengan senarai panjang makanan yang 'haram' sejak disahkan kencing manis? Nanti dulu! Senarai makanan sihat yang boleh kawal kencing manis lebih panjang dari itu. Apa yang penting, anda sedia untuk bertukar.
Oleh itu mulai sekarang kenalilah makanan yang baik untuk anda. Kata Toby Smithson, RDN, LDN, CDE "Menguruskan tahap gula di dalam darah adalah kunci bagi menyekat komplikasi penyakit kencing manis".
Apa yang anda makan akan memberikan kesan secara langsung kepada kadar gula di dalam darah. Mari semak senarai 7 makanan yang baik untuk anda:
1- Sayuran Tak Berkanji
Sayuran jenis ini tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi. Anda bebas untuk memakannya walaupun dalam jumlah yang banyak.
Antaranya terung, kobis, bunga kobis dan bayam. Ya kedengaran boring bukan? Tapi kalau anda tahu cara untuk membuatkan sayuran ini jadi menarik, pasti anda tak kisah lagi tentang nasi.
2- Susu Soya
Susu soya adalah pilihan susu yang sihat. Kalsium di dalam susu membantu untuk mengelakkan anda dari mengalami keretakan tulang. Antara kesan kencing manis adalah ketumpatan tulang menjadi kurang dan rapuh.
Selain untuk kekuatan tulang, susu soya juga baik untuk tekanan darah. Menurut “Journal of Renal Nutrition” susu soya menjadikan tekanan darah pesakit diabetes bertambah baik. Ini berbeza dengan pesakit lain yang mengambil susu lembu.
Pastikan susu soya yang mahu diambil rendah kandungan gulanya. Seperti Energizing Soy Protein (ESP). Hanya 9 grams gula untuk secawan ESP. Lebih menarik lagi Glisemik Indek ESP hanya sekitar 39 GI sahaja.
3- Tomato
Jika anda mahu makan tomato, pastikan anda masaknya terlebih dahulu. Tomato akan jadi lebih bernutrisi.
Tiada had untuk anda makan tomato supaya ianya dapat membantu kawal kencing manis anda. Satu kajian mencadangkan anda mengambil paling kurang 1.5 bii tomato setiap hari. Ia akan mengurangkan risiko kardiovaskular yang sering dikaitkan dengan kencing manis jenis 2.
4- Berries
Terdapat banyak pilihan berries jika anda pergi ke pasaraya besar. Tetapi ada satu jenis berries yang anda boleh tanam sendiri di rumah. Ia adalah mulberry. Kaya dengan sumber antioksidan-vitamin C.
Antioksidan penting bagi melindungi kerosakan sel dan DNA akibat radikal bebas.
5-Buah Oren
Fiber di dalam buah oren tinggi. Bagi menjamin kandungan fibernya, anda dinasihatkan untuk makan buah ini. Ia dapat membantu anda mengawal kencing manis ke tahap yang sihat.
Jangan ambil jus oren, kerana ia memberikan kesan sebaliknya.
6-Ikan
Ikan adalah pilihan yang bijak bagi pesakit kencing manis. Lebih baik lagi jika anda makan ikan yang bukan diternak. Sebagai contoh siakap laut, ikan merah dan ikan tenggiri.
Protein di dalam ikan akan melambatkan proses pencernaan makanan lain yang dimakan. Disamping itu, ia akan membuatkan anda rasa kenyang.
Ikan kaya dengan asid lemak omega 3. Ia sangat baik bagi membantu kawal kencing manis dan mengurankan risiko sakit jantung. Sakit jantung adalah antara implikasi yang sering dialami pesakit diabetes.
7- Kekacang dan 'Seeds'
Asid alpha-linolenic di dalam kekacang dan 'seeds' baik bagi merendahkan kolestrol. Ia juga baik untuk meningkatkan kesihatan jantung.
Banyak yang anda boleh pilih untuk dimasukkan ke dalam diet harian. Seperti walnut, almond dan gajus. Flaxseeds dan chia seeds juga sangat baik. Bukan sahaja gula dalam darah terkawal. Tetapi nafsu mahu makan pun jadi lebih jinak.
Vivix, Bukan Sekadar Gula Dalam Darah Terkawal!
Ya anda boleh mengawal tahap gula di dalam darah dengan makanan-makanan di atas. Tetapi bagaimana pula cara anda untuk memulihkan implikasi akibat penyakit kencing manis ini?
Ramai di antara pesakit kencing manis tidak menyedari kehadiran penyakit ini. Sedangkan ianya telah lama bersarang di tubuh badan. Akibatnya pelbagai implikasi seperti kerosakan saraf kaki dan serangan jantung berlaku.
Oleh sebab itulah, kawalan gula sahaja tidak mencukupi. Pemulihan kerosakan sel-sel dan DNA akibat kencing manis turut penting. Jika anda benar serius untuk kawal kencing manis dan pulihkan kerosakan, saya mencadang supplemen Vivix dari Shaklee.
Vivix bertindak pantas menstabilkan tahap gula di dalam darah. Ia juga berkesan bagi menyekat gejala hypoligsemia dan hiperligsemia. Pengambilan supplemen ini secara konsisten akan mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit kencing manis.
Kesannya pesakit kencing manis akan menjadi lebih sihat dan kembali bertenaga. Kerosakan saraf kaki juga dapat dipulihkan tanpa perlu korbankan kaki anda sendiri. Luka yang teruk sehingga daging terkopak pun boleh sembuh semula.
Jadi apakah anda rasa Vivix ini berbaloi? Jika YA, anda boleh dapatkan sebotol SEKARANG! Lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda merasai kebaikan supplemen ini.
Bagi membuat tempahan, anda boleh SMS/WA 016 773 1892. Bimbingan cara makan yang betul akan diberikan bagi membolehkan anda mendapat kesan yang OPTIMA. Berikan peluang kedua kepada diri anda, jangan berserah dan putus asa.
Eray Majid
Pengedar Shaklee Pilihan Anda
ID Shaklee 840943
016 773 1892