Kolagen dan Kebenarannya
Wednesday, November 14, 2012
Tubuh badan kita membesar dan berkembang dengan pesat semasa umur sebelum 25 tahun. Dalam lingkungan umur ini hormon tumbesaran yang banyak menggalakkan perkembangan otot-otot dan ligamen, dan kolagen bertindak sebagai protein dalam pembinaan otot-otot dan ligamen ini.
Setelah umur menginjak ke 25 tahun, proses tumbesaran akan berkurang sebab hormon pembesaran yang sudah berkurangan. begitu juga dengan kolagen, semakin umur meningkat semakin kolagen yang dihasilkan. Kolagen ini pula yang menjaga kesihatan otot-otot dan ligamen dalam badan kita. Sebanyak 1.5% kolagen berkurangan dalam masa setahun, cuba kira bila umur kita 45 tahun, sekurang-kurangnya sudah 75% kolagen dalam badan kita hilang dan musnah. Sebab itu lah jika korang perasaan otot-otot mula kendur, terutama tang muka dan kedutan pun mulalah ketara.
Jumlah kolagen dalam badan kita amat berkait rapat dengan kesan penuaan pada kulit. Tengok baby yang baru lahir, kulit mereka tegang dan sangat cantik. sampaikan jika orang dewasa memiliki wajah dan kulit yang cantik orang akan menggelar kita 'baby face', tapi selama manakah 'baby face' kita akan bertahan dengan paras kolagen yang semakin menyusut?
Kekurangan tahap kolagen dalam badan akan memberikan kesan kedutan pada kulit. Kolagen berperanan besar dalam proses pembinaan tisu-tisu penyambung. Risiko kolagen berkurangan akan membuatkan penyambung antara tisu-tisu menjadi kurang berkesan. Dan pengangkutan bahan-bahan toksik dalam badan kita ke sistem limfatik akan menjadi lemah dan semakin sukar.
Pembahagian nutrisi dan air dalam tubuh juga trut terganggu. Kesan akan dapat dilihat pada kulit dan tisu-tisu lain. Tubuh badan kita akan memaksa sistem alternatif lain untuk memindahkan toksik jika tisu-tisu penyambung badan kita lemah. Bahan toksik tersebut dipindahkan sebagai 'pembalut' kepada sel-sel lemak.
Inilah yang akan menyebabkan terjadinya selulit di tubuh badan kita, kerana lemak-lemak tersebut dijadikan sebagai 'pembalut' atau tempat menyimpan toksik. Pengambilan kolagen dalam rutin seharian kita akan memperbaiki fungsi tisu penyambung, dan toksik dalam badan akan dapat dihantar ke sistem limfa dan akhirnya tubuh badan kita akan mendapat kembali nutrisi dan air yang mencukupi bagi kesihatan yang optimum.
Adakah Semua Kolagen Sama?
TIDAK. Sumber kolagen dari haiwan adalah yang terbaik kerana ianya mudah diserap oleh tubuh badan. Dan sumber kolagen dari ikan laut dalam lebih mahal dari kolagen haiwan darat kerana sukar untuk diperolehi.
Kolagen yang bermolekul ringan adalah yang terbaik kerana dapat diserap dengan mudah dan membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Hasilnya, kulit merasa lembap, semakin anjal dan lembut dan warna kulit akan menjadi sekata.
Tak perlu berkira sangat untuk berikan yang terbaik kepada badan sendiri. Bayar lebih sedikit untuk mendapatkan kolagen yang berkualiti adalah lebih baik dari terpaksa bayar lebih gara-gara tersalah makan kolagen yang bajet.
Shaklee Collagen Powder (SCP) dari sisik ikan merah adalah sumber premium kolagen. Kadar penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang rendah berbanding haiwan di darat.
Nota Penting 1: Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.
Nota Penting 2: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
1 comments
Ni produk baru kan, sumber kolagen drpd bahan apa ya?
ReplyDelete