Menyusukan anak bukan tugas isteri sahaja. Ianya tugas suami isteri. Ayah yang hebat sudah pasti membantu ibu menyusu kan anaknya. Nampak lebih 'suami' dan macho gitew.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk meringankan tugas ibu menyusu. Menyusukan anak boleh jadi sesuatu yang 'berat' jika ibu tak mendapat sokongan. Jadi suami ringankan tangan dan fahami emosi isteri.
10 Tugas Macho Suami Bantu Ibu Menyusu
1-Belajar Mengenai Penyusuan Susu Ibu
Ya, langkah yang paling penting. Untuk mengedalikan situasi, suami perlu belajar dan faham. Cari bahan bacaan seperti buku, atau Google saja mengenai susu ibu. Atau jika lebih 'romantik' ajaklah isteri ke kelas asas penyusuan susu ibu. Ini menunjukkan yang suami sangat menyokong isteri untuk berikan yang terbaik untuk anak kalian.
2-Sediakan Air dan Mudah Dicapai
Ya, air. Sebab ibu menyusu mudah berasa haus. Takkan nak biarkan isteri berulang alik ke dapur untuk minum air. Prihatin, lebih-lebih lagi jika isteri dalam pantang. Sediakan botol air yang penuh. Dan letakkan ditempat yang mudah dicapai oleh isteri. Lagi-lagi bila 'let-down' sedang berlaku, takkanlah ibu nak lepaskan anak dan pergi ke dapur untuk segelas air. Perbuatan yang nampak simple, tapi sangat berharga di mata seorang isteri.
Menyusukan anak juga membuat banyak kalori terbakar. Jadi ibu menyusu akan mudah lapar. Ayah sediakanlah snek yang boleh hilangkan rasa lapar ibu.
3-Kenali Alat Bantu Menyusu
Ini pun kena ambil tahu. Jadi mudah ayah nak capai jika ibu minta. Alat seperti nursing pillow, nipple cream, pam susu, dan lain-lain. Initiatif yang baik jika suami telah pastikan semuanya tersedia sebelum isteri bangun dan ambil sendiri. Perhati isteri, lebih pro aktif berikan apa yang dia mahu sebelum isteri mula bersuara. Pasti isteri akan sayang lebih. Juga ini akan membuatkan ayah sangat terlibat dengan penyusuan walaupun tak susukan bayi.
4-Sediakan Pam Susu
Kongsilah pengalaman membasuh dan memasang semula pam susu. Mungkin nampak sukar, tapi apalah sangat basuh alatan pam susu dengan menukar paip di dapur. Itu lebih komplikated.
5-Pasti Isteri Tak Stress
Caranya sediakan apa saja yang membantu isteri tidak stress kerna susukan anak. Contohnya iPad (fully charged), buku, majalah, atau apa saja yang dapat alihkan perhatian si isteri. Ini akan membantu ibu lebih tenang semasa menyusukan anak. Dan akhirnya anak akan kenyang kerna puas menyusu.
6-Buatlah Kerja-Kerja Rumah
Mengemas, membasuh baju, mop lantai, basuh pinggan. Inilah suami dambaan ramai isteri. Suami yang membantu membuat kerja rumah. Percayalah, ini lebih dihargai dari berikan rantai dan berulas-ulas berlian.
7-Berilah Kata-Kata Manis
Tak perlu modal. Cuma kata-kata dan hati yang ikhlas. Contoh, 'Tq dear, sebab susah payah susukan anak kita' atau 'Wow, u look sexy today' atau just a simple 'I Love You, honey'
Pasti senyum tak lekang dari bibir isteri, dari pagi sampai ke malam. Hargailah isteri!
8-Urut-Urutlah
Menyusukan anak membuatkan badan ibu lenguh-lenguh. Kerna terpaksa 'maintain position' untuk keselesaan anak yang sedang menyusu. Ayah ringankanlah tangan. Urutlah di bahagian yang yang lenguh tadi. Tahukah sentuhan suami akan merembeskan lebih banyak hormon penyusuan. Makanya lebih banyak susu yang akan keluar. Juga dapat menghilangkan tekanan atau keletihan yang ibu menyusu hadapi.
9-Tumpuan Anak-Anak Yang Lain
Jika bayi pertama mungkin tiada masalah. Tapi jika bayi yang baru lahir anak ke 2 atau ke 5, tentulah anak-anak yang lebih tua juga perlu diberi perhatian. Jadi disinilah di ayah main peranan besar. Alihkan tumpuan anak-anak dari mengganggu ibu yang sedang menyusu. Atau mengganggu bayi kecil. Pastikan anak-anak yang lain dalam keadaan terkawal. Keadaan yang tenang juga membuat ibu lebih tenang menyusu.
10-Bertanyalah!
Sesekali bertanyalah, 'ada apa-apa sayang nak?' walaupun tika itu tiada apa pun yang ibu perlu. Tanya pertanyaan si ayah akan membuatkan ibu rasa disayangi.
wow romantic tak..?? ini haiwan, apatah lagi manusia |
Jadikan diri suami sebagai seorang 'Side-Kick' kepada Superwoman. Bantulah isteri dari segi emosi dan fizikal. Libatkan diri dengan penyusuan ibu. Ingat menyusukan anak bukanlah tugas isteri seorang. Perkara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan 'bonding' dengan bayi adalah:
- sendawakan bayi lepas menyusu
- tukarkan lampin bayi
- mandikan bayi
- atau mendukung bayi tika bayi tak selesa
Ibu memerlukan makanan yang baik ketika menyusukan anak. Untuk beri ibu menyusu kekal bertenaga dan sihat emosi dan fizikal. Makanan tambahan yang baik juga diperlukan. Bagi melengkapkan keperluan nutrisi, vitamin dan mineral. Apa kata beri kejutan pada isteri, sebagai tanda penghargaan. Hadiahkanlah isteri dengan Set Penyusuan Shaklee. Ibu sihat, susu yang lebih baik juga akan dapat dihasilkan.
Dan, ayah pun boleh menyelit sama makan Set Penyusuan Shaklee nie. Takde 'Pil Tambah Susu' yang lain boleh dikongsi bersama suami. Nak tahu bagaimana? Jomlah hubungi Eray. Jangan risau, kesannya takkan membuatkan susu ibu keluar dari ayah.
rujukan: http://www.mamasaywhat.com