Anda baru pertama kali menyusukan anak, dan tidak pasti berapa lama perlu menyusukannya? Berikut adalah 8 panduan yang anda boleh ikuti:
Menyusukan anak hingga kenyang. Pastikan anda gunakan posisi dan lekapan yang betul.
Kebiasaannya, bayi akan menghisap susu pada kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Namun ada bayi yang hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja.
Biarkan bayi puas menghisap sebelah payudara hingga kenyang. Hanya selepas itu gilirkan ke sebelah lagi payudara.
Jika anda tiada pengalaman dan tidak tahu berapa lama perlu menyusukan anak. Anda digalakkan untuk menyusu sebelah payudara selama 20-30 minit (sehingga bayi kenyang). Selepas itu baru beralih ke sebelah lagi.
Jika bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Tawarkan payudara yang sebelah tadi untuk sesi penyusuan seterusnya.
Sekiranya payudara yang masih belum disusukan sudah penuh dan mula rasa tak selesa. Sebaiknya ibu memerah susu untuk disimpan.
Jika bayi anda tertidur selepas menyusu pada kedua-dua payudara, berikutnya mula menyusukan anak dengan payudara yang kedua tadi.
Ada juga bayi yang menyusu sekejap-sekejap pada satu-satu payudara dan melepaskannya. Anda perlu sendawakan bayi dahulu dan kemudian biarkannya menyusu di payudara yang sama sehingga dia kenyang.
Setiap perkara pasti ada permulaanya, begitulah juga dengan menyusukan anak. Berikan masa untuk diri sendiri dan bayi untuk sama-sama belajar.
Terus menyusukan anak dan yakinlah anda boleh capai dua tahun target penyusuan.