Assalamulaikum,
Tak sampai sebulan lagi, Ramadhan menjelma. Tentu ada yang dah mula risau. Mungkin ini pertama kali berpuasa ketika mengandung bukan? Biasalah rasa risau tu, cuma jangan berlebihan. Lagipun kan Allah bagi rukhsah bagi ibu yang hamil semasa bulan puasa.
Cuma kita sendirilah rasa kurang lengkap bila tak dapat berpuasa bersama-sama. Nak buat solat terawih apatah lagi. Tak larat.
Benar tak dapat dinafikan puasa ketika mengandung memang mencabar. Tapi kalau kita tahu cara yang betul. Insyaallah boleh berpuasa. Silap-silap penuh sebulan.
Alhamdulillah, Eray dah 2 kali berpuasa semasa hamil. Syukur Allah permudahkan segala urusan. Seronok bila dapat puasa penuh. Tak payah runsing nak kena ganti puasa pula lepas tu.
Eray kongsikan pengalaman dan apa yang Eray lakukan semasa bulan puasa. Mana tahu sikit-sikit dapat beri semangat korang untuk mula berpuasa nanti kan?
Tak banyak pun, 5 tips je yang Eray buat. Kalau korang rasa bersesuaian, bolehlah ikut apa yang Eray buat.
1- Wajib Sahur
Adalah juga beberapa kali Eray tak bangun sahur. Tapi sebolehnya memang Eray akan bangun. Bukan apa, sahur ni macam sarapan pagi lah. Penting supaya badan kekal bertenaga semasa berpuasa.
Biasanya Eray akan makan nasi. Tapi terpulanglah pada citarasa masing-masing. Asalkan ada karbo, protein dan fiber kira lengkaplah tu.
Tapi on top of this yang paling Eray suka, Energizing Soy Protein (ESP) shake. Tak sampai 5 minit dah siap untuk diminum. ESP ni glisemik indeknya rendah, lambat tercerna dalam perut. Hasilnya perut tak berkeriuk rasa lapar. Paling best, bila badan 'maintain' bertenaga je dari pagi sampai petang.
2- Berbuka Dengan Kurma
Selain kurma ni adalah sunnah, ianya membekalkan tenaga dengan cepat. Paling minimum Eray makan 3 biji kurma. Ada kadang-kadang tu sampai 7 biji.
Kurma ni bagus tau. Tinggi dengan kandungan fiber dan banyak nutrisi lain di dalamnya. Korang jangan tinggal kurma tau. Masa sahur pun Eray ambil 3 biji juga.
Bila dah kenyang dengan kurma, kuranglah nafsu makan tu. Jadi pengambilan makanan lebih terkawal. Ingat tau, cuba untuk makan seimbang semasa berbuka. Elakkan makanan bergula dan berlemak tinggi.
Eray suka masak sendiri. Memanglah terasa sedikit penat. Yelah kena 'drive' sendiri dengan jalan yang agak jem. Balik kena ambil anak di taska. Sampai rumah, tak sempat rehat terus masak. Tak payah menu yang hebat-hebat pun. Cukup satu sayur dan satu lauk.
3- Minum Air Secukupnya
Berpuasa ni paling mencabar adalah rasa haus. Lagilah bila musim panas. Eray pastikan paling kurang 2 liter mesti diminum dari waktu berbuka hingga bersahur.
Cara Eray pastikan cukup minum, guna botol air mineral yang besar tu. Air kena sukat, barulah tahu dah berapa banyak yang diminum. Habiskan botol pertama, dan ulang isi sekali lagi. Cukuplah 3 liter sehari.
Bila air kurang badan kita akan mudah ternyahhidrat. Akibatnya mudah rasa lemah. Disamping itu, Eray ambil Performance Drink (PD). Bagusnya PD ni ia akan mengekalkan bendalir dalam badan. Buat kita terus rasa cergas je walaupun berpuasa ketika mengandung.
Siap ada kawan Eray tegur "Kau ni mengandung, tapi macam tak mengandung je rupanya...aktif je".
4- Moreh Tak Tinggal
Lepas terawih mesti Eray akan lapar balik. Korang kalau lapar jangan biar perut kosong tau? Macam Eray suka makan buah. Tak pun Eray akan minum susu.
Susu ni penting buat ibu mengandung. Mengandungi kalsium tinggi supaya bayi dapat membesar dengan baik. Dan ibu tak asyik cramp dan lenguh-lenguh badan.
Nak tidur malam, Eray makan Ostematrix 4 biji. Aktiviti siang hari buat badan jadi letih. Tambah lagi bila berpuasa dan mengandung kan? Bila makan Ostematrix ni, bangun pagi rasa lebih 'fresh'. Hilang semua lenguh-lenguh badan. Kejang kaki pun tak ada.
5- Tak Tinggal Vitamin Kehamilan
Bila kandungan dah masuk trimester kedua dan ketiga. Bayi dalam perut sangat memerlukan nutrisi dari ibu. Bila berpuasa agak terhad apa yang dimakan kan?
Lagipun makanan yang kita ambil seharian, tidak cukup nutrisinya. Banyak faktor yang buat makanan hilang nutrisi. Antaranya terlebih masak, tak simpan dengan elok dan juga pencemaran. Kalau masak sendiri, mungkin kita boleh kawal. Tapi kalau beli kat luar tu, faham-faham sajalah.
Tu yang bila kurang nutrisi ibu boleh kena hipoglisemia. Rasa pening, loya, gementar dan nak pengsa. Kalau rasa macam ni, jangan paksa untuk terus puasa. Berbukalah.
Kesian bayi dalam perut. Dia pun boleh terkena sekali hipoglisemia ni. Lebih merbahaya lagi bila tumbesaran bayi terjejas.
Kalau korang pernah alami masalah macam ni bila cuba berpuasa. Bolehlah buat apa yang Eray amalkan. Pagi lepas sahur, Eray pastikan ambil sebiji Vitalea, B Complex dan Sustained Release Vitamin C.
Insyaallah 3 serangkai ni bantu untuk penuhkan lubung-lubang kekurangan nutrisi. Bukan ibu je bertenaga dan sihat. Bayi kat dalam tu pun jadi aktif dan membesar dengan jayanya.
Masalah kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan HB rendah pun hilang. Setiap kali 'check up' mesti doktor puji HB cantik. Bila tanya makan apa? Eray pun bagitahulah Set Hamil Shaklee. Terus doktor senyum dan suruh teruskan ambil Shaklee.
Ikhtiar Puasa Penuh
Set Kehamilan Shaklee ni ikhtiar Eray saja tau. Alhamdulillah, Allah izin Eray berpuasa penuh. Jangan lupa doa supaya Allah berikan kita dan kandungan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan. Insyallah.
Oh ye. Kalau korang nak cuba Set Kehamilan Shaklee, boleh terus Whatsapp Eray di 016 773 1892. Nanti Eray berikan sekali bimbingan cara makan yang betul. Barulah vitamin dapat beri kesan optimum. Jaga diri ye korang.
Eray Majid
Shaklee Independent Distributor
ID No 840943
016 773 1892