Sakit Perut Berulang Tanda Kanser Perut, Jangan Diabaikan!
Thursday, April 21, 2016Assalamulaikum,
Sakit perut yang disangka biasa-biasa, rupanya menjadi salah satu tanda kanser perut. Kanser ini merupakan kanser yang ke tujuh yang sering dihadapi oleh kaum lelaki. Dan yang kesepuluh bagi kaum wanita di Malaysia.
Statistik menunjukkan kanser ini meningkat bagi setiap tahun. Mungkin, sudah tiba masanya kita mula mengambil kisah dan menjaga kesihatan perut masing-masing.
Menurut Dr. Tekeshi Sano, Pakar Perundung Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun "Ramai antara kita sering menganggap sakit perut sebagai masalah biasa. Akibat dari salah makan atau lambat makan. Keadaan ini jika tidak dirawat, boleh membawa kepada kematian".
Pakar Perunding ini juga memberitahu "Jika seseorang mengalami sakit perut secara berterusan lebih dari dua kali dalam masa satu minggu. Kemungkinan besar mereka sedang berhadapan dengan masalah kanser perut".
Cuba fikirkan, adakah anda pernah mengalami sakit perut begini? Jika ada, usah bertangguh. Pergilah dapatkan pemeriksaan dari doktor.
Punca Kanser Perut
Punca sebenar masih belum dapat dijelaskan. Tetapi apa yang pasti, terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko terkena kanser perut. Antaranya bakteria H. pylori yang menyebabkan ulser di dalam perut, gastrik, anemia yang berpanjangan dan polip di dalam perut. Kesemua ini menambah risiko kanser merbahaya ini.
Selain dari perkara di atas, berikut adalah senarai yang juga meninggikan risiko kanser perut:
- merokok
- mempunyai berat badan atau obesiti
- gemar memakan makanan masin
- kerap memakan makanan yang diproses dan makanan segera
- pernah mengalami pembedahan ulser perut
- kurang aktiviti fizikal
- dan tidak menyimpan dan memasak makanan dengan sempurna
Simptom Kanser Perut
Seperti yang Dr. Tekeshi maklumkan, sakit perut berpanjangan dan berulang merupakan simptom kanser. Namun terdapat juga beberapa simptom lain yang perlu diambil kira.
Pada peringkat awal kanser perut, ia mungkin menyebabkan anda:
- senak
- rasa kembung selepas makan
- pedih ulu hati
- sedikit loya
- dan hilang selera makan
Simptom seperti senak dan pedih ulu hati, bukanlah bermakna anda telahpun terkena kanser. Tetapi jika sering mengalaminya, disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Simptom yang lebih serious akan dialami jika tumor sudah berkembang di dalam perut. Antara simptomnya:
- sakit pada perut
- darah pada najis
- muntah-muntah
- kehilangan berat badan secara tiba-tiba
- sukar menelan
- warna kulit dan mata bertukar menjadi kuning
- bengkak perut
- cirit birit atau sembelit
- sering merasa letih dan lemah
- pedih ulu hati
Jangan sesekali abaikan jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas. Berdiam diri atau mencuba rawatan tanpa pengawasan pakar bukanlah jalan yang terbaik. Bertindaklah sebelum anda menyesal seumur hidup.
Cara Mengesan Kanser Perut
Tiada jalan lain selain dari berjumpa dengan pengamal perubatan di hospital. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Disamping itu, maklumat atau sejarah perubatan diri dan keluarga juga diperlukan.
Antara ujian yang mungkin di jalankan bagi mengesan kanser adalah:
Ujian Darah
- Ini bagi menentukan ada atau tidak tanda kanser di dalam badan.
Upper Endoscopy
- Tiub berkamera yang halus dan fleksible akan dimasukkan melalui tekak hingga ke perut.
CT Scan
- CT (computed tomography) scan ini menggunakan alatan x-ray yang khusus. Ia dapat mengesan kanser dengan lebih pantas, tidak menyakitkan dan lebih tepat.
Biopsi
- Sedikit tisu dari perut akan diambil. Kemudian akan dianalisis bagi menentukan kehadiran sel-sel kanser atau tidak.
Ujian ini bergantung kepada doktor dan pihak hospital. Yakinlah bahawa doktor akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jika tidak berpuas hati dengan diagnosis pertama, cubalah dapatkan 'second opinion' ye.
Cara Rawatan Kanser Perut
Rawatan yang biasanya akan diberikan oleh pengamal perubatan atau hospital adalah:
- kimoterapi
- terapi radiasi
- pembedahan
- dan juga terapi immuniti menggunakan vaksinasi dan ubat-ubatan
Jenis rawatan sebenarnya bergantung kepada tahap kanser perut yang dihadapi. Usia dan tahap kesihatan tubuh badan juga menjadi faktor bagi menentukannya.
Tujuan rawatan kanser perut ini adalah untuk memusnahkan sel kanser pada perut. Selain itu, tujuan rawatan juga adalah untuk mengekang sel-sel kanser ini dari merebak ke kawasan lain. Antara kawasan yang berisiko adalah:
- paru-paru
- kelenjar limfa
- tulang
- dan hati
Rawatan kanser perut sahaja tidak cukup bagi menghalang serangan kali kedua. Ia memerlukan langkah-langkah pencegahan yang baik supaya kanser tidak lagi menyerang.
Langkah Pencegahan Kanser Perut
Setiap penyakit mesti ada ubatnya, kecuali mati. Itu janji Allah SWT. Paling penting sebagai manusia kita mesti berusaha.
Ubat yang paling baik bagi setiap penyakit adalah pencegahan. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan bagi mengelak kanser dari menyerang atau merebak ke organ lain:
Lakukan Aktiviti Fizikal
Tidak semestinya terus melakukan aktiviti fizikal yang berat. Anda boleh mulakan dengan berjalan laju (brisk walk) pada waktu pagi atau petang.
Aktiviti fizikal ini tidak terhad kepada senaman semata-mata. Lakukan apa saja yang disukai, asalkan badan mengeluarkan peluh. Tahu tak anda bahawa berkebun dan mengemop lantai juga adalah aktiviti fizikal yang sangat baik? Cubalah, pasti basah baju dek peluh menitik-nitik.
Ubah Diet Harian
Makanan sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Elakkan dari mengambil kalori yang tidak beri manfaat seperti kek, aiskrim dan makanan segera.
Pilih kalori yang mengandungi nutrisi tinggi. Seperti sayuran hijau, buah-buahan dan protein yang baik. Kurangkan pengambilan karbohidrat. Kalau boleh elakkan terus gula putih dan gantikan dengan pemanis yang asli seperti gula kabung.
Hentikan Tabiat Merokok
Tak perlu ragu-ragu jika ada niat nak berhenti merokok. Lagi pula sudahpun di fatwakan haram.
Selain itu, pastikan pemeriksaan berkala dengan pihak hospital
dilakukan. Ini juga dapat mencegah dan tindakan awal dapat diambil jika
ada tanda-tanda sel kanser kembali.
Nutrisi Yang Lengkap dan Cukup
Nutrisi makanan yang lengkap juga sangat penting bagi mencegah kanser dari berulang. Makanan seimbang dalam harian tidak lagi menjamin nutrisi yang lengkap.
Ini akibat dari kesan radikal bebas, pencemaran, cara penyediaan dan pemprosesan makanan. Kualiti tanah yang semakin kurang zat dan mineral juga mempengaruhi kualiti makanan masakini. Ini tidak termasuk makanan GMO yang boleh mencetuskan serangan kanser.
Oleh itu, pengambilan makanan tambahan sangat diperlukan. Supaya proses pencegahan kanser menjadi lebih berkesan. Dan risiko serangan kanser semakin berkurangan.
Vivix Supplemen Berkesan Buat Pesakit Kanser Perut
Vivix Shaklee adalah supplemen paling baik bagi mencegah serangan kanser kembali. Oleh itu, saya mencadangkan Vivix jika anda berniat mahu mula mengambil supplemen. Gabungan resveratrol dan polyphenols di dalamnya membantu memusnahkan sel-sel kanser yang baru tercetus dengan segera.
Dan ia juga membantu badan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Secara langsung tahap kesihatan pesakit kanser menjadi lebih baik. Serangan kanser juga dapat ditumpulkan, dan mengurangkan risiko kanser berulang.
Testimoni Vivix: Pesakit Kanser Perut Tahap 4
Kanser Perut Tak Menyerang Kembali Walaupun Setelah 2 Tahun
"Mak...kena kanser perut tahap 4, dan alhamdulillah lepas kimo dah hilang kanser. Tapi kena selalu check up. Mak memang makan Vivix time mula-mula dapat tahu kanser..tak pernah berhenti lagi..kalau tak makan tak ada tenaga.
Rasanya sebab makan Vivix jugak kanser tu dah tak naik. Selalu doktor kata risiko kanser akan naik lepas kimo. Tapi alhamdulillah dah dekat dua tahun."
Puan Nisa
Hampir dua tahun tiada serangan kanser yang berulang. Vivix juga membantu mak Puan Nisa lebih bertenaga selepas menjalani rawatan kimoterapi.
Bertindaklah segera sebelum kanser kembali menghuni di dalam tubuh anda. Tiada nikmat yang paling hebat melainkan nikmat kesihatan.
Anda boleh hubungi saya Suriya Majid di 016 773 1892 bagi membuat pembelian Vivix. Setiap pembelian akan saya sertakan dengan cara pengambilan yang tepat. Insyaallah, sakit kanser perut ini tidak lagi menjadi dari sebahagian hidup anda.
Suriya Ab Majid
Shaklee ID 840943
016 773 1892
1 comments
Home Remedies are the best treatment for any disease because they have no side effects and almost every disease has a natural cure by these natural home remedies. This website discussed about thousands of home remedies for many disease. So just click on the link and go to website.
ReplyDelete