Tips Berhenti Merokok
5 Mitos Menghisap Rokok Buat Perokok Percaya Rokok Itu Baik
Monday, October 05, 2015A ha, masih merokok? Mungkin sebabnya korang masih percaya dengan mitos-mitos menghisap rokok.
Sungguh hebat manusia yang mencipta mitos.
Sebab makin hari makin ramai yang nak merokok. Walaupun musim-musim jerebu. Erk, asap rokok selamat sikit kan dari asap jerebu?
5 Mitos Menghisap Rokok
1- Lelaki Yang Merokok Lebih Macho
Ini adalah mitos yang paling kuat dipercayai oleh perokok. Apatah lagi yang hisap sampai 2-3 kotak sehari.
Lagi mereka akan merasa macho, bila bersama-sama geng merokok bersama. Bila ada perempuan cantik tengok, mereka akan tersengih girang sambil berkata 'pergh, mesti awek tu kata aku hensem'.
Oh man, hadapilah kenyataan. Bahawa rokok takkan membuatkan korang macho walau seinci.
Fakta, perempuan cantik merasa menyampah dengan lelaki yang merokok. Kalaupun korang dah menjadi boyfriend atau suami, mungkin ada kualiti lain yang buat mereka tetap sayangkan korang.
2- Rokok Tak Bawa Mati
Kepercayaan ini juga banyak dipegang para perokok.
Walaupun tv dah kempen, siap depan kotak rokok ada macam-macam gambar ngeri. Tapi selamba badak sumbu je mereka merokok.
Rokok bukanlah macam pistol, tembak dan mati.
'Silent killer' aka pembunuh senyap adalah gelaran kepada rokok.
Fakta, merokok adalah seumpama korang nak membunuh diri secara perlahan-lahan. Lepas 30 tahun merokok, disahkan barah paru-paru, sakit tak lama. Kemudian meninggal. Kesian isteri kena tinggal, dan korang tak sempat pun nak tengok anak naik pelamin.
apa kau fikir kau hensem begini bila merokok? |
3- Menjadi Makin Kreatif
Hah pernah nampak tak, bila perokok nak berfikir mereka akan 'eh kejap, aku nak merokok jap cari idea'.
Mereka yakin bila merokok, makin mencanak-canak idea yang terkeluar dalam kotak fikiran mereka.
Fakta, samaada perokok atau tidak kalau fokus untuk mencari idea. Maka bergelen-gelenlah idea yang akan keluar. Jadi nak cari idea dengan menghisap rokok adalah tak relevan sama sekali.
4- Lebih Yakin Diri
Bila rokok ada kat mulut, terus rasa luar biasa. Rasa lebih yakin diri.
Dari tak hensem, terus rasa hensem 10 kali ganda. Dari tak bijak, terus rasa bijak 12 kali ganda.
Itu semua adalah mainan perasan korang saja. Mungkin ini adalah alasan paling baik untuk terus merokok.
5- Rasa Diri Semakin Kacak
Para perokok mesti tahu rasa yang ini bagaimana.
Makin banyak hisap rokok, makin rasa diri semakin kacak dan bergaya. Dan buat ramai gadis-gadis di luar sana yang gilakan korang.
Tapi hakikatnya....
Fatka, asap rokok boleh buat muka kering dan secara tak langsung muka cepat kedut. Cuba tengok jari perokok, kering-kering belaka.
Selain itu, gigi yang asalnya putih dah jadi kuning sebab menghisap rokok. Dan paling 'win' bau mulut dan badan yang busuk.
Tak percaya? Cuba letak pekup tapak tangan kat mulut. Lepas tu hembus. Hah baru tahu rasa baunya.
Mungkin lepas para perokok terhormat baca pasal mitos-mitos ni, akan membawa kepada kesedaran diri.
Dan mengambil langkah untuk berhenti merokok.
Kalau korang dah cuba juga berhenti, tapi tak berjaya. Boleh WA 016 773 1892. Ada cara yang lebih mudah dan korang tak payah bersusah payah sampai menggigil lutut sebab berhenti menghisap rokok.