Bukan tips nak berjaya susukan bayi je ada. Tapi tips gagal menyusukan bayi pun ada juga. Jadi untuk ibu-ibu yang mahu berjaya susukan anak. Tak payah scroll untuk baca apakah dia tips tersebut.
5 Tips Gagal Menyusukan Bayi
1- Sediakan Susu Formula
Sediakan setin atau beberapa tin susu formula sebelum bayi lahir. Nnati ibu kan risau anak tak cukup susu. Jadi bancuh sahaja susu formula ni.Bayi bila dah kenyang minum susu formula memang akan kenyang. Dan tidur nyenyak. Jadi mudah ibu untuk berehat, tanpa bayi kacau kan?
Susu ibu hanya akan terhasil bila ada hisapan atau ransangan dari bayi. Jadi bila bayi kenyang dan tidur, tiadalah hisapan dan ransangan tersebut. Maka susu makin kurang. Dan jika diulang berkali-kali. Tahniah! Susu ibu akan kering dengan sendiri. Dan anda telah gagal menyusukan bayi.
2- Percayalah Memang Anda Berketurunan Takde Susu
'Eh betullah, mak aku dulu pun tak susukan aku, sebab dah memang keturunan takde susu'. Kalau anda memang berhasrat mahu gagal. Maka percaya sajalah bahawa anda memang dari keturunan takde susu.Walupun hakikat yang sebenar, keturunan takde susu ibu hanyalah mitos semata-mata. Hampir 99.9% wanita atau ibu yang ada atas dunia ni mempunyai anatomi payudara yang lengkap.
Maksudnya ibu mampu susukan anak. Kecuali ada 1% sahaja yang bermasalah atau cacat pada payudara. Tapi janganlah kisah pasal ni. Kan anda memang merancang tak nak susukan anak.
3- Minta Nurse Letak Bayi Di Nursery Room
Ya proses melahirkan anak memang letih. Tapi kalau dapatkan nutrisi lengkap semasa hamil. Insyaallah tak letih pun. Siap boleh minta suami cepat-cepat tangkap gambar baby yang baru je keluar dari perut.Tapi yelah, kalau anda letih sangat dan tak kisah pun pasal menyusukan anak. Pesan pada nurse, letakkan bayi di nursery room. Dan jangan lupa pesan, supaya nurse berikan susukan formula sebab kesian bayi lapar.
Di awal kelahiran, naluri penyusuan bayi sangat tinggi. Sebab itulah jika letakkan bayi di atas perut ibu yang baru lahir. Dia akan perlahan-lahan mengesot hingga sampai ke payudara ibu. Dan terus menyusu. Satu faktor paling penting untuk berjaya susukan anak adalah, menyusukan anak pada jam-jam awal lepas bayi dilahirkan.
Jangan pisahkan anak dan ibu (tak termasuk kes komplikasi bayi atau ibu). Sesi rooming in penting supaya ibu dan bayi berkenalan.
4- Anggap Je Susukan Anak Adalah Proses Semulajadi
Tak perlu susah susah cari maklumat ataupun beli buku, atau ke kelas mengenai penyusuan bayi. Anggap je, lepas lahirkan anak mesti terus pandai susukan anak. Macam magic. Padahal nak belajar suap makan ke mulut pun berbulan-bulan training.Sebelum bayi lahir, adalah sangat penting ibu dan ayah tahu serba sedikit pasal alam menyusukan anak. Sebagai contoh: paling penting konsep penyusuan. Iaitu konsep supply dan demand. Tiada permintaan (bayi tak hisap), maka susu tidak akan terhasil.
Dan juga posisi-posisi yang ibu boleh guna untuk menyusukan bayi. Ketahui juga cabaran-cabaran menyusukan bayi yang baru lahir.
Bila ada ilmu, maka taklah terkejut atau huru hara kalau nak menyusukan bayi. Tapi takpe anggap je ibu dah terer, sebab ibi termasuk dalam tips gagal menyusukan bayi.
bayi menyusu bukan sebab lapar je tau.. |
5- Ikat Perut Betul-Betul Kalau Tak Nanti Tak Kurus
Semasa berpantang, jangan makan nasi. Ambil je roti dan buah-buahan. Makan sikit je. Nanti kang gemuk pula lepas pantang kan?Bila makan tak cukup khasiat, memang payah susu nak terhasil. Kalau ada pun sedikit dan cair. Maka bila anak nak menyusu pun jadi frust dan tak puas. Takpe bagi je susu formula yang dah dibeli tu. Ini kalau ibu yang nak gagal menyusukan bayi saja tau.
Oh bagi ibu yang nak berjaya, disarankan makan makanan yang berkhasiat. Dapatkan karbohirat, protein dan nutrisi lain dengan lengkap. Barulah susu dapat terhasil dengan baik.
Jangan risau pasal tak kurus. Tahu tak ibu yang semasa menyusukan anak 500 kalori akan terbakar dalam sehari. Insyallah dalam masa 44 hari berpantang, berat akan turun kepada berat asal.
Teringat pula masa time kerja dulu. Situasi awkward dalam toilet. Mak Dara tak tanya pun. Tetiba dia kata 'Huh lega dapat buang susu dalam toilet, bengkak sangat tadi'. Perit tekak MD telan air liur.
Sebab MD punyalah struggle nak cukupkan keperluan susu anak. Macam ibu-ibu lain juga yang menyusukan anak. Tapi dia selamba je 'buang susu'. Realitinya memang ada ibu yang mahu secara sukarela gagal menyusukan bayi.
MD tak kata tau ibu-ibu yang ada masalah kesihatan. Karang ada yang but-hurt pulak. Ini untuk ibu-ibu yang sihat dan mampu susukan anak. Tapi tak mahu susukan. Atas alasan dan sebab tersendiri.
Tapi apalah lagi fungsi kejadian payudara ini kalau bukan untuk mengenyangkan perut anak kan? Apa-apa pun MD selalu berdoa agar makin ramai ibu-ibu yang nak susukan anak dengan susu ibu. Lagi pun GST kut sekarang, susu pun makin mahal.
Video kat bawah ni Puan Farah yang dah nekad nak susukan anak. Tapi dia risau susu tak cukup, sudahlah dia bekerja, sibuk. Boleh lihat apa yang dia lakukan sampailah dia dah tak perlu risau stok susu tak cukup. Dan akhirnya dia berjaya menyusukan bayinya.