Tips Rumahtangga
7 Tips Kemas Rumah Berkesan Buat Suami Stop Bebel Rumah Sepah
Monday, December 29, 2014
Berpeluh ketiak kemas rumah, tapi masih jugak suami bebel rumah bersepah. Sakit hati, macam rasa tak dihargai usaha mengemas rumah tadi.
Sudahlah penat, tambah kena bebel lagi sebab ada yang tak kena di mata suami.
Harap hati nak dipuji suami, tapi kena komplen pulak 'ni kain baju, bila awak nak lipat?'. Ish kemas rumah ni macam tak pernah habis.
Macam mana nak buat? Nak bagi suami tersenyum ceria bila balik rumah?
Ada caranya, 7 tips kemas rumah berkesan, buat suami stop bebel dan siap dipuji-puji lagi.
1-Basuh Baju Setiap Hari
Ini paling penting, jangan sesekali biarkan baju kotor menimbun. Kerana sehari tangguh basuh baju, kemungkinan akan bertangguh 2-3 hari lagi.
Dan akhirnya, kain baju kotor berlonggok-longgok. Bukan saja menyemakkan mata, tapi menyesakkan nafas. Juga menyesakkan telinga kena bebel dengan suami.
2-Lipat Baju Setiap Hari
Tips kemas rumah yang juga penting, lipatlah baju setiap hari.
Baju dah kering, angkat dan sumbat dalam bakul. Sebelum tidur, atau sambil-sambil tengok TV lipatlah baju tadi. Tak payah tunggu esok lusa, kononnya hari ini tak sempat.
Tips mudah dan pantas lipat baju, asingkan baju ikut tuan punya baju. Buat target siap melipat dalam masa paling lama satu jam.
Dah siap lipat, terus angkat masuk ke dalam almari yang berkenaan.
3-Jangan Biar Pinggan Tak Basuh
Walaupun sebiji pinggan, atau sebiji cawan. Dan guna terus basuh.
Jika anda tinggal sebiji, maka berbiji-bijilah pinggan dan cawan yang akan berlonggok dalam sinki.
Tips kemas rumah ini dapat menyelamatkan anda buang masa 1/2 jam untuk cuci pinggan mangkuk yang bersusun di dalam sink.
4-Kemas Dapur Lepas Masak
Lepas masak jangan tinggal dapur kotor. Cepat lap dapur dan basuh peralatan dapur yang dah guna.
Dapur kotor boleh buat kawasan lain jangkit dengan kotor dan sepahnya. Jadi kemaskan dapur sejurus lepas masak.
5-Kemas Ruang Tamu Setiap Hari
Ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam rumah. Kerana disitulah anda dan juga suami akan duduk bila dia balik kerja.
Susun sofa, kemas mainan anak-anak, dan letak semula benda yang bersepah di tempat asalnya. Juga sapulah atau vacum setiap hari.
Ruang tamu yang kemas akan buat anda kurang stress.
6-Ajar Anak Kemas Mainan
Mainan anak-anak adalah satu benda yang pasti sepah setiap hari. Untuk elakkan anda dari stress dan sakit hati lihat mainan berterabur. Ajar dan ajaklah anak kemas mainan bersama.
Atau boleh juga berikan ganjaran kalau anak menolong. Contoh, upah makan ice cream lepas kemas mainan. Anak akan excited nak kemas. Elakkan marah-marah atau naik suara untuk ajak anak kemas mainan.
Dan buat rule satu mainan dalam satu masa. Maknanya anak boleh main satu jenis mainan je dalam satu masa. Nak main yang lain, kemas dahulu yang dah dia main tadi.
7-Buat Jadual Kemas Rumah Bulanan
Rumah ada banyak ruang dan tempat yang nak dibersihkan. Jadi sebagai saranan bolehlah buat jadual mengemas bulanan.
Senaraikan apa tugas untuk setiap hari. Jadi tidaklah anda pulun kemas rumah 2-3 jam dalam sehari. Tapi masih lagi dibebel suami sebab ada kawasan yang bersepah.
Jadi ibu dan isteri mesti kreatif dalam uruskan rumah tangga. Insyaallah ikut 7 tips kemas rumah di atas, rumah kemas, anda tak stress. Dan paling penting, anda tidak lagi dibebel tak pandai jaga rumah.
Tapi kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Tak guna ada tips kemas rumah sebab tak daya nak ikut kan?
Mungkin sudah sampai masanya anda kena ambil 'sesuatu' untuk elak masalah letih tak tentu hala ni. Bila letih dan penat, semua kerja jadi tertangguh. Bolehlah cuba multivitamin Shaklee yang terbukti berkesan.
Hasilnya lepas ambil multivitamin Shaklee, anda akan merasa lebih bertenaga. Dan kurang merasa letih dan tak larat. Sebotol boleh tahan empat bulan. Nak tahu lagi pasal multivitamin ini, bolehlah klik:
Tapi kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Tak guna ada tips kemas rumah sebab tak daya nak ikut kan?
Mungkin sudah sampai masanya anda kena ambil 'sesuatu' untuk elak masalah letih tak tentu hala ni. Bila letih dan penat, semua kerja jadi tertangguh. Bolehlah cuba multivitamin Shaklee yang terbukti berkesan.
Hasilnya lepas ambil multivitamin Shaklee, anda akan merasa lebih bertenaga. Dan kurang merasa letih dan tak larat. Sebotol boleh tahan empat bulan. Nak tahu lagi pasal multivitamin ini, bolehlah klik:
Vitalea Supplemen Buat Anda Larat Nak Kemas Rumah.
So, work smart don't work hard. Pasti makin bertambah-tambah sayang suami pada anda.
Saksikan apa yang 'perempuan' ini buat untuk puaskan hati suaminya yang asyik 'frust' rumah bersepah. Pastikan tonton sampai habis, kalau tak rugi terlepas apa benda yang perempuan ini buat.