Penyusuan susu ibu bukan macam 'single' badminton. Tapi lebih macam 'regu' badminton. Maknanya bukanlah ibu seorang yang mesti belajar dan praktik.
Tapi ayah juga perlu tahu. Barulah penyusuan susu ibu lebih mudah capai kejayaan.
Ada 20 perkara asas yang ayah WAJIB tahu:
1-Paling baik, susukan anak dalam beberapa jam selepas lahirkan bayi. Sebab ia membantu meransang susu dan pengaliran susu yang baik.
2-Susu ibu bukan automatik jadi banyak. Jangan 'expect' susu terus keluar banyak di awal kelahiran. Ini kerana susu yang keluar diawalnya adalah kolostrum.
3-Perut bayi yang baru lahir, hanyalah sebesar biji guli. Jadi tak payah risau bayi anda tak cukup susu.
4-Ibu yang susukan bayi secara eksklusif akan mudah lapar. Jadi tolonglah sediakan makanan seperti biskut atau roti buat isteri anda.
5-Urutan di belakang badan sangat membantu kurangkan 'stress' si ibu. Urutlah masa si ibu susukan anak. Bonus, susu juga akan keluar lebih lancar.
7-Jika isteri anda mencari milk booster. Ketahuilah ia takkan berkesan kalau bayi diberikan susu formula. Dan isteri anda kurang susukan bayi.
8-Ayah juga mampu tingkatkan penghasilan susu. Bagaimana? Belailah isteri anda selalu. Sentuhan suami akan merembeskan hormon oxytocin yang akan membuat susu bertambah.
9-87.5% kandungan susu ibu adalah air. Jadi bantu sediakan air 2-3 liter untuk isteri anda. Dan letak di tempat yang mudah di capai.
10-Penyusuan susu ibu bukanlah perkara yang mudah. Tapi bila si ayah menyokong. Dan ambil tahu, tak mustahil 2 tahun penyusuan berjaya di capai.
11-Payudara boleh membengkak jika susu ibu tak dikeluarkan dengan baik. Dan boleh membuatkan isteri anda tak selesa.
12-Penyusuan eksklusif 6 bulan pertama membuatkan isteri tak subur. Tapi mestilah berjaga-jaga juga. Pakailah perisai yang patut.
13-Susu ibu mengandungi banyak perkara baik yang tiada pada susu formula. Dan ia membuatkan bayi anda lebih bijak.
14-Bayi menangis bukanlah semata-mata nak menyusu. Kenali gaya bayi menangis bayi anda.
15-Jika mahu ambil pil perancang, dapatkan nasihat doktor. Kerana ianya mungkin membantutkan penghasilan susu ibu.
16-Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu lain.
17-Usah risau jika bayi anda tak membuang lebih dari beberapa hari. Susu ibu lembut pada perut bayi. Dan tidak akan berlaku sembelit, jika bayi hanya minum susu ibu.
18-Penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan jika si ibu naik kerja. Ibu boleh pam susu di waktu pejabat. Ayah boleh bantu sediakan 'breastpump' dan kelengkapan lain.
19-Susu ibu boleh dibekukan untuk kegunaan mendatang.
20-Susu ibu unik. Kerana komposisinya berubah mengikut perkembangan umur bayi.
It takes two to tango atau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Oleh itu, berganding bahulah bersama isteri anda.
Sebaiknya pergilah ke kelas asas penyusuan susu ibu sebelum bayi dilahirkan.
Atau jika sibuk, boleh layari saja Internet untuk dapatkan ilmu dan tips susu ibu.
Ayah pasti akan nampak lebih handsome dan macho sekiranya bersama-sama ibu jayakan penyusuan susu ibu.
Jika anda mahu hadiahkan vitamin menyusu untuk isteri tercinta. Atau ada masalah tentang sus ibu. Bolehlah hubungi saya, Suriya di 016 773 1892.