Ibu bekerja bukan halangan beri susu badan. Sebelum naik kerja, ibu perlu tahu cara penyusuan susu ibu bekerja. Ini akan membantu ibu lebih yakin naik kerja dan terus menyusukan anak. Jika betul pengendalian penyusuan ibu bekerja. Bukan saja susu cukup, malah ibu mampu membuat stok susu untuk si manja.
1-Langkah sebelum cuti bersalin
Boleh mula berbincang dengan bos mengenai keputusan ibu mahu terus menyusukan anak. Juga cari 'geng ibu menyusu' di pejabat. Jadi ibu taklah rasa janggal atau semacam. Apa yang perlu dibincangkan dengan bos adalah:
- waktu mengepam susu atau waktu keluar menyusukan anak
- kemudahan mengepam susu di waktu pejabat
- waktu bekerja yang lebih anjal (jika ada)
- persefahaman rakan sekerja bagi memudahkan penyusuan susu ibu bekerja (kongsikan kebaikan susu ibu dengan rakan-rakan)
2-Langkah sebelum naik kerja
- Pastikan ibu 'terer' dan mahir dalam proses penyusuan.
- Ibu boleh mula mengepam susu selepas mahir cara menyusukan anak. Boleh mula mengepam 2/3 minggu selepas kelahiran bayi.
latih diri ya ibu-ibu |
- Jangan risau tentang hasil mengepam. Kebanyakannya memang sedikit pada awal-awal. Teruskan mengepam, insyaallah hasilnya akan bertambah kemudian.
- Pilih cara mengepam yang bersesuaian. Jika mahu gunakan pam, pastikan bersesuaian dengan ibu. Sesuai dari segi kos dan persekitaran pejabat. Cari yang serasi, jika ada peluang cuba dulu sebelum membeli.
- Pilih tempat penyimpanan susu yang sesuai. Samaada menggunakan botol, bekas plastik (bekas dadih) atau liner (plastik simpan susu).
- Susu perlu di simpan di dalam peti sejuk atau deep freezer.
- Ajarkan rutin baru kepada bayi. Berpisah dengan bayi sebentar, 2-3 jam. Minta bantuan ahli keluarga atau pembantu latihbayi menggunakan botol sebulan sebelum kembali bekerja.
boleh print dan tampal kalau tak ingat |
ikut nie, susu selamat |
3-Langkah kembali bekerja
Jangan malu atau segan untuk mulakan rutin mengepam dipejabat. Pastinya ibu tak risau kerana telah tinggalkan susu yang cukup untuk si kecil. Tidak sukarkan penyusuan susu ibu bekerja. Bila pulang ke rumah, susukanlah bayi selama mungkin. Jangan lupa untuk mengepam juga. Ini bagi mengekalkan kuantiti susu yang mencukupi untuk bayi comel ibu.
Apa yang penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu bekerja ini adalah kesihatan ibu. Ibu perlu jaga kesihatan fizikal dan emosi. Kadang-kadang kerana letih bekerja atau stress di pejabat, ini akan menganggu rutin mengepam ibu. Hasilnya susu ibu akan semakin berkurang. Ada yang ambil jalan singkat. Terus berikan susu formula kepada bayi. Ingat amanah menyusukan anak adalah hingga 2 tahun. Kecuali ibu ada mudarat yang tak dapat dielakkan.
Ibu perlu jaga pemakanan dan jalani gaya hidup yang sihat. Jika boleh dapatkan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan ibu. Maklumlah tinggal di hutan batu, pencemaran sana sini. Dengan makanan tambahan, insyaallah dapat mengurang risiko ibu terkena sakit. Dan akhirnya beri kesan kepada penyusuan. Jangan dah terhantuk baru terngadah. Sediakan payung sebelum hujan.
Set Penyusuan Shaklee insyaallah akan membantu ibu dalam menjaga kesihatan fizikal dan emosi. Percayalah ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat. Jadi bayi pun akan membesar dengan sihat dan ceria.
Untuk dapatkan harga istimewa Set Penyusuan Shaklee, segeralah hubungi saya.
Suriya Ab Majid
Shaklee ID 840943
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892