Terpaksa dan memaksa diri, demi untuk diri dan anak dalam rahim ni. Bukanlah terpaksa apa, tapi terpaksa bersahur dengan ESP.
Apa tu ESP? ESP ni nama panjang dia, Energizing Soy Protein.
Kalau ikutkan hati, Eray lagi suka bersahur makan nasi dan berlauk-lauk bagai. Masalahnya kalau makan nasi, badan cepat lembik...lepas tengah hari je akan rasa letih.
Kalau dah letih, apa lagi kan..mestilah panjat katil, buka aircond dan tidur. Tapi masalah lain lah pula timbul. Habis kerja-kerja semua tertangguh.
Makanya dengan hati yang separuh rela, Eray bancuh ESP dengan susu segar. Tak susah pun, yang penting ada shaker.
Letak je tiga sudu besar ESP, 100-150ml susu segar dan sedikit air sejuk. Goncang-goncang manja, dah boleh minum.
Eray bancuhkan juga untuk suami dan Rayna, anak Eray yang sulung. Darjah dua dia tahun ni, setakat ini baru sehari ponteng...itu pun sebab Eray suruh dia tak puasa nak makan ubat demam.
Sudah 20 hari ni, bangun pagi Eray akan panaskan nasi dan lauk. Sambil tu bancuh ESP dan minum. Lepas tu baru kejutkan orang lain, dah selesai minum ESP baru ceduk nasi.
Nasi pun tak sampai sesenduk. Pasal ESP ni buat rasa kenyang..memang tak boleh nak paksa diri makan banyak.
Sesuailah sangat untuk orang yang tak lalu makan nasi masa sahur. Bancuh je ESP ni, tambah kurma. Simple kan?
Kenapa nak paksa-paksa telan ESP masa sahur?
Sebabnya I just can't deny the facts that ESP provide long lasting energy. Betul.....kalau ambil masa bersahur, sampai nak ke berbuka tu rasa steady je.
Siap boleh masak juadah berbuka, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju..wah banyaknya pasal baju.
Kemas rumah pun sempat buat. Bisnes Shaklee? Ish mestilah setel juga, tak buat nanti kurang bonus raya. Hehehe.
Pernah juga cuba makan nasi je, kenyang memang kenyang. Tapi masuk je tengah hari bateri macam nak kong. Mulanya rasa lemah.
Kalau dah rasa begini, korang rasa apa yang Eray buat?
Hahaha, dah tentu-tentulah cari katil, buka air cond dan tidur. Maklumlah kerja sendiri, kat rumah pula tu..suka-suka hati je,
Tapi masalah lainlah pula timbul. Habis tertangguh segala kerja.
Tu lah sebabnya kenapa Eray paksa telan ESP masa bersahur. Eray tengok Rayna pun steady je puasa kali ni.
Mungkin dia tak sempat rasa perut berkeriuk dan masuk angin sebelum berbuka. Kalau tak, mahu dia zikir nak buka sejuta kali.
Lapar, tetap rasa lapar. Terliur pun masih...suap anak makan ikan keli masak cekur dan nasi kut. Huh!
Cuma tak lah lapar menggila sampai rosak mood sehari.
Elok sangat kalau orang yang ada gastrik ambil. Glisemik indeknya rendah, jadi lambat dia tercerna. Usus pun terlindung, angin pun tak sempat nak bertandang.
Mujurlah Eray dah stok up awal-awal. Hot stuff ni, asyik sold out saja. Eray beli terus 10 tong hari tu, simpan untuk diri sendiri 3 tong. Ada baki lagi 5 tong ESP tu, kalau nak roger saja Eray.
SMS boleh, Whatsapp pun boleh. Kat nombor ni ye 0167731892.