Huh! Tak Malu Punya Kucing....

Tuesday, May 23, 2017

Tak tahu MALU!

Bukan manusia je berperangai begini, kucing pun ada jenis ini. Ini serious punya tak reti malu. Spesis yang datang rumah orang, lepas tu mengiau minta makan.

Mengiau dia tahap selagi tak buka pintu, selagi tu dia memekak. Entah datang dari mana-mana si kucing tu. Ada masa-masa tertentu je dia datang.

Agaknya bila tuan dia tak ada kat rumah kut.

Eray jadi tak sampai hati pula. Ada makanan extra Eray campaklah sikit kat dia. Ada sekali tu dia datang, tak ada apa-apa makanan nak bagi.

sumber gambar: http://www.our-happy-cat.com/cat-discipline.html


Ikan bilis dia tak mo. Pernah bagi, cium-cium lepas tu blah.

So masa beli ikan tu hari, Eray beli lebih sikit. Balik tu cuci dan rebus. Yelah kang bila-bila dia datang dah ready.

Tunggu punya tunggu tak datang-datang pun. Adalah dekat seminggu. Pelik juga....

Akhirnya pagi-pagi tadi dia dah munculkan diri. Untung si kucing tak malu tu.
 
Hasil ketidakmaluannya, dapat makan ikan kerisi rebus gaul dengan beras basmati. Kucing yang bajet pemalu, baru tengok dah lari...apa pun tak dapat.

Kalau ada pun cuma, sisa-sisa nasi si kucing tak malu tadi. 

Eray terfikir, sifat si kucing-kucing ni pun macam manusia juga. Biasa orang yang malu tak tentu pasal akan rugi. Sedangkan manusia yang dilabel 'tak tahu malu'. Dialah yang jadi orang berjaya.

Satu-satu impiannya tercapai. 

Macam kucing tulah kan. Berkat tak malu dia, dapat makan nasi dengan ikan. Tadi Eray jenguk habis sepinggan. Lapar benar nampaknya.

Bukanlah bila cakap tak malu tu, buat benda-benda yang tak senonoh. Macam nak jual krim rapat, buat video ala-ala lucah. Itu sangat memalukan.

Malu mesti bertempat. Tapi kalau nak berjaya dalam hidup, kena tolak rasa malu. Kena jadi muka tembok.

Dengan Allah pun jangan malu. Masa berdoa tu, mintalah segala yang terbuku dalam hati. "Layak ke aku nak minta?". Ish siapalah kita nak kata kita layak atau tak. Kerja menilai tu kerja Allah.

Kita buat saja kerja kita. Doa dan usaha. Buat sampai jadi.

Percayalah Allah tu Maha Pemurah. Kalau yang bukan Islam pun boleh berjaya, apatah lagi kita yang beriman pada Nya. Mesti lagi boleh berjaya kan?

Kalau malu nak usaha depan-depan. Cubalah usaha sorok-sorok. Tetap boleh jadi tak malu, dalam masa yang sama orang tak kenal pun siapa kita.

Ada teknik yang boleh diguna. Teknik halimunan. Eray guna dah bertahun dah. Pasal Eray pun pemalu juga orangnya, keh keh keh.
 
Setakat ini tak pernah lagi miss soru. Income tetap masyuk setiap bulan. Tak payah asyik mengiau-ngiau kat depan pintu rumah orang macam si kucing tak malu tu.

Mana nak belajar teknik halimunan ni? Tak payah susah-susah. Eray boleh kongsikan. WA/SMS je kat nombor Eray 0167731892. 
 
Perkara baik, tak kan nak simpan sorang-sorang. Mehlah Eray kongsikan.

You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube