Ini Tips Puasa Ibu Mengandung Supaya Tak Lapar & Lembik

Wednesday, May 10, 2017

Islam memang beri kelonggaran bagi puasa ibu mengandung. Kalau ibu risaukan anak dalam kandungan, dia boleh tak berpuasa.

Tapi nanti lepas lahir anak, kena ganti puasa.

Tak best jugak kan?

Apa kata cuba tips puasa ibu mengandung ni. Supaya ibu taklah rasa lapar melampau dan lembik.

puasa ibu mengandung


1- Makan Sahur

Ini jangan skip. Paksa diri untuk bangun sahur.

Kalau makan sebelum tidur tak aci ye. Lagipun nanti perut cepat lapar. Bila lagi nak dapat keberkatan makan sahur kan?

Pastikan masa sahur ambil karbo, protein dan serat. Paling senang makan je nasi panas. Panaskan lauk pauk semalam.

Kalau tak terbuka selera, goreng ayam dan makan dengan nasi panas serta kicap. Mantap!

Janji makan sahur.

Cuma masalahnya bila mulut tak lalu, nak makan macam mana kan?

Jangan risau, ada yang boleh membantu. Bancuh saja susu segar dan Energizing Soy Protein. Kalau suka boleh tambah oat.

Lagi sedap, sebelum tidur tu rendam 3-5 biji kurma. Lepas tu kisar bersama. 

Huii lemak, sedap dan nyaman je.

Lagi best bila perut takkan rasa lapar sakan sebelum berbuka. Badan pun taklah lembik sepanjang hari.

2- Makan Kurma Masa Sahur

Kurma ini bagus. Sebab ia merupakan sumber tenaga yang baik. Dan ada serat yang tinggi.

Kalau tak suka makan begitu saja. Masukkanlah dalam smoothie. Tak pun buat bubur oat manis dan letak kurma.

Lagi senang, buat overninght oat. Sebelum tidur, masukkan oat 3-4 sudu, susu segar dan koyak-koyak kurma dan masukkan sekali. Gaul dan simpan dalam peti sejuk.

Esok makan masa sahur. Mesti esok anda lebih bersemangat nak bangun sahur lagi.

3- Minum Air Secukupnya

Malaysia musim panas sekarang. Kalau puasa biasanya lagi panas. Anggap sajalah Allah nak uji kita, nak tengok kesungguhan hambaNya.

Jangan buat kerja gila gogok air dua liter sekali gus masa sahur. Kembong pula perut tu karang.

Mulai dari berbuka minum sekerapnya. Pastikan anda berjaya minum 2-3 liter.

Tak cukup air boleh buat kaki bengkak. Dan sudah pasti tekak haus bak unta di padang pasir. Eh unta tak haus, pasal ada bonggol. Hehehe.

Lagi satu cara supaya badan dapat tahan air dari keluar, minum Performance Drink. Ini fungsi utamanya elak badan dari dehidrasi.

Insyallah tekak taklah terasa kering sangat. Minuman ini pun membantu supaya tubah badan kekal segar.

Nabi Muhammad SAW masa puasa pun pergi berperang kan?

Tak payah banyak sangat tips. Karang tak terbuat. Puasa ibu mengandung? Insyallah kalau betul caranya, anda boleh berjaya puasa penuh dengan penuh bertenaga.


Lepas tu jangan lupa berdoa. Mohon pada Allah SWT supaya diberi kesihatan yang baik dan larat nak habiskan puasa bulan Ramadan.

Betul boleh puasa ganti kalau tak larat. Tapi feeling tak sama.

Dan entah ada lagi ke kita Ramadan tahun depan. 

Itu sajalah tips puasa ibu mengandung. Tips ini saya dah buat sejak mengandung anak kedua dulu. Sekarang ni kali ke tiga puasa masa mengandung.

Pastilah saya repeat balik tiga tips tu, pasal dah terbukti berhasil. 

Kalau anda pun nak sahur dengan Energizing Soy Protein dan Performance Drink, boleh roger saya segera.

Hot item dua-dua ni, lagi-lagi bila nak masuk bulan puasa.

Hubungi saja;

Suriya Majid

Pengedar Shaklee dan Ibu Mengandung yang Puasa Tahun Ini

SMS/WA;

0167731892

Emel;

eray2311@gmail.com





You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube