Pantang larang buat ibu bekerja yang memerah susu. Kalau tak mahu susu perahan sedikit, tolonglah jangan buat 5 perkara ini:
1- Tak Ikut Jadual Mengepam
Masa baru naik kerja bersemangat ikut jadual mengepam. 2-3 jam sekali mesti pergi mengepam. Tapi apabila sudah sibuk, mulalah 'skip' sesi mengepam.
Kalau sehari dua, tak apalah. Kalau sudah berbulan-bulan, usahlah pelik susu perahan sedikit yang berjaya dibawa pulang.
Cuba sebaiknya untuk ikut jadual yang telah dibuat.
2- Tunggu Payudara Bengkak
Kerja menimbun, sayang nak tinggal meja kerja. Walaupun dah tiba masa mengepam. Tunggu sajalah payudara bengkak. Kalau tak bengkak tak payah pam.
Perbuatan begini menyebabkan penghasilan susu terbantut. 'Supply' tidak akan ada jika tiada 'demand'.
Lagi pula, jika menunggu payudara bengkak menyebabkan komposisi susu perahan tak seimbang. Lebih banyak susu foremilk dari hindmilk.
3- Tak Ganti Sesi Mengepam
Tak sempat langsung pam di pejabat. Bila sampai di rumah pula tersadai pam di tepi dinding. Sebaiknya, apabila sudah 'skip' memerah susu semasa di pejabat gantikanlah semasa di rumah.
Anda boleh memerah sambil anak menyusu. Ataupun setelah anak menyusu dan tidur, ambil masa 15-20 minit untuk mengepam. Barulah stok susu perahan dapat dikumpul.
4- Tidak Memerah Susu
Ini sebab yang paling kaw! Langsung tidak memerah susu apabila di tempat kerja. Hanya mengharapkan anak menyusu di rumah nanti.
Jika anak jenis hisap bersungguh-sungguh mungkin susu tak terjejas. Tetapi jika anak pun hisap main-main sebab dah kenyang dengan susu formula. Jangan pelik jika sampai masa nak memerah susu, hanya sedikit saja susu yang dapat dikumpul.
Jika berniat mahu menyusukan anak hingga usia dua tahun, elakkan dari buat perangai begini.
5- Berikan Susu Formula
Tanpa disedari, akibat dari stress di tempat kerja dan tak sempat mengepam. Akhirnya susu perahan sedikit saja.
Stok beku EBM pula dah habis. Habislah susu tak cukup. Maka terpaksalah beli dan berikan anak susu formula.
Mulanya beri semasa anak di rumah pengasuh untuk 'top-up'. Tapi bila benda dah ada depan mata, makin mudahlah nak berikan anak susu formula.
Penat balik kerja dan tak larat, minta tolong suami bancuhkan susu formula. Cuba kalau memang tak ada langsung susu formula di dalam rumah, pasti anda akan berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak.
Manusia, apabila benda ada tak dihargai. Bila dah tak ada, barulah beriya nak cari. Seperti ibu yang hentikan penyusuan badan tanpa sebab yang munasabah.
Tiba-tiba apabila ada suatu kejadian, atau anak selalu sakit barulah nak kembali berikan susu badan. Tapi masa tu, susu badan pun dah kering.
Terpaksa relaktasi. Bagi yang kuat mental, boleh berjaya. Tapi bagi yang tak? Terhentilah penyusuan susu ibu selamanya.
Oleh itu, jika anda nak capai tempoh dua tahun. Elakkan dari buat 5 perkara ini ya.
Anda baru pertama kali menyusukan anak, dan tidak pasti berapa lama perlu menyusukannya? Berikut adalah 8 panduan yang anda boleh ikuti:
Menyusukan anak hingga kenyang. Pastikan anda gunakan posisi dan lekapan yang betul.
Kebiasaannya, bayi akan menghisap susu pada kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Namun ada bayi yang hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja.
Biarkan bayi puas menghisap sebelah payudara hingga kenyang. Hanya selepas itu gilirkan ke sebelah lagi payudara.
Jika anda tiada pengalaman dan tidak tahu berapa lama perlu menyusukan anak. Anda digalakkan untuk menyusu sebelah payudara selama 20-30 minit (sehingga bayi kenyang). Selepas itu baru beralih ke sebelah lagi.
Jika bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Tawarkan payudara yang sebelah tadi untuk sesi penyusuan seterusnya.
Sekiranya payudara yang masih belum disusukan sudah penuh dan mula rasa tak selesa. Sebaiknya ibu memerah susu untuk disimpan.
Jika bayi anda tertidur selepas menyusu pada kedua-dua payudara, berikutnya mula menyusukan anak dengan payudara yang kedua tadi.
Ada juga bayi yang menyusu sekejap-sekejap pada satu-satu payudara dan melepaskannya. Anda perlu sendawakan bayi dahulu dan kemudian biarkannya menyusu di payudara yang sama sehingga dia kenyang.
Setiap perkara pasti ada permulaanya, begitulah juga dengan menyusukan anak. Berikan masa untuk diri sendiri dan bayi untuk sama-sama belajar.
Terus menyusukan anak dan yakinlah anda boleh capai dua tahun target penyusuan.
breastfeeding
8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat, Supaya Susu Cukup
Thursday, October 19, 2017
Cuti berpantang hampir habis? Ini ada panduan yang betul untuk anda memerah susu ibu di pejabat. Ikuti kesemuanya supaya cukup bekalan susu buat anak di rumah pengasuh.
8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat
1- Buat Jadual Mengepam
Jadual mengepam sangat penting supaya anda tidak terlupa untuk mengepam susu. Buatlah jadual yang bersesuaian dengan masa bekerja.
Sebaiknya cuba untuk mengepam 2-3 jam sekali.
Jadual yang dah siap nanti, tampalkan supaya mudah untuk anda lihat.
2- Perah Selepas Menyusukan Anak
Cuba untuk memerah susu ibu selepas menyusukan. Cuti berpantang dan bersama anak di rumah menjadikan anda sudahpun ada jadual menyusu yang khusus.
Jadikan ianya sebagai panduan untuk anda membuat jadual memerah susu di pejabat nanti.
3- Perah 3 Jam Sekali
Jika anda terpaksa berjauhan dengan anak sekali 8-9 jam sehari, cuba untuk mengepam 3 jam sekali. Kurang mengepam boleh membuat susu semakin kurang.
4- Perah Di Rumah
Cukup hanya untuk memerah sebanyak dua kali. Sekali di awal pagi sebelum pergi ke pejabat dan sekali lagi sebelum tidur.
Ini akan menambahkan kuantiti stok EBM (expressed breast milk).
5- Pam Secara Konsisten
Mengikuti jadual pam secara konsisten, ia lebih menjamin penghasilan susu yang berterusan. Namun, jika jadual kerja sukar dijangka pamlah walaupun sekejap.
Ini lebih baik dari terus meninggalkannya.
6- Pilih Pam Yang Bagus
Pilih pam yang boleh mengepam kedua-dua payudara dalam masa yang sama. Ini sangat sesuai buat ibu yang sibuk dan tidak ada banyak masa untuk memerah susu ibu.
7- Bijak Mengurus
Jika ada mesyuarat atau perjumpaan, awalkan 15 hingga 20 minit waktu mengepam. Atau, minta kebenaran untuk keluar mengepam sebentar.
8- Gantikan Waktu Memerah Susu
Ada ketika anda tidak dapat ikut jadual yang sepatutnya. Usah risau, hanya gantikan waktu memerah susu ibu sambil menyusukan anak.
Atau boleh juga mengepam di waktu tengah malam. Ini penting supaya cukup bekalan susu untuk keesokkan harinya.
Menyediakan perahan susu badan untuk anak bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ianya bukan mustahil.
Mungkin susah diawalnya, tapi apabila sudah terbiasa pasti mudah.
breastfeeding
Ibu Menyusu Kerap Lapar? 5 Panduan Atasi Supaya Tidak Gemuk
Wednesday, August 16, 2017
Rasanya baru lepas makan tengahari tadi. Tak sampai sejam dah lapar. Getus hati. Memang ibu menyusu kerap lapar ke?
Jawapannya ya!
Ini kerana badan ibu bekerja keras semasa menyusukan anak. Kira-kira 300-500 kalori terbakar setiap hari.
Beruntung ibu yang menyusukan, boleh kurus cepat. Cuma, masalahnya ibu akan menjadi lapar selepas menyusukan.
Jadi apa yang ibu perlu lakukan supaya badan tak naik seperti dipam-pam?
Ini 5 Cara Atasi Supaya Ibu Menyusu Kerap Lapar Tidak Gemuk
Sumber: http://www.dailymail.co.uk/ |
1- Makan 6 Kali Sehari
Kalau ibu ikut cara ini, pastinya tidak sempat lapar lagi.
Mulakan dengan sarapan di awal pagi, sekitar jam 6.30 - 8.30 pagi. Kemudian, makan pagi di antara 9.30 - 10.30 pagi.
Ambil makan tengah hari seawal 12.00 - 2.30 petang. Diikuti dengan minum petang, 3.30 -4.30 petang.
Di rumah, ambil makan malam seawal 6.30 petang - 8.30 malam. Tutup dengan 'supper' sebelum tidur, diantara 9.30 - 10.30 malam.
Waktu mengambil makanan sangat penting. Ianya membantu meningkatkan metabolisma badan. Jika metabolisma tinggi, risiko untuk gemuk akan berkurangan.
2- Makan Makanan Yang Sihat
Makan 6 kali sehari membantu untuk elak gemuk. Tapi ianya bersyarat.
Jika ibu makan coklat, jajan, keropok atau biskut. Atau apa sahaja makanan yang tinggi gula, jangan haraplah badan tidak menggemuk.
Gula yang tinggi adaah penyebab utama kegemukkan.
Ya ibu sudah bakar 500 kalori. Tapi makanan yang dimakan sehari 2000-3000 kalori, sedangkan ibu menyusu perlu sekitar 1800 kalori sahaja sehari.
Kalori yang lebih inilah membuatkan lemak badan terkumpul. Akhirnya berat bertambah dan menjadi gemuk.
Pilih makanan yang sihat.
3- Kawal Portion
Masa berpantang boleh jaga portion makanan kan? Nasi ambil sesenduk je, kalau tambah mesti mak ke mak mertua membebel.
Teruskan kawal portion walaupun lepas pantang. Ini penting untuk atasi masalah ibu menyusu kerap lapar.
Amalkan pinggan suku-suku-separuh semasa makan tengah hari dan malam. Letak suku pinggan nasi, suku pinggan ayam atau ikan (atau apa saja protein) dan separuh pinggan sayur dan buah-buahan.
'Snacking time' boleh ambil sekeping roti atau biskut. Pastikan kalorinya dalam 150-200 sahaja.
Kalau Eray suka pilih roti wholemeal sapu The Jaw Kisser Peanut Butter. Tak pun sebungkus biskut belVita.
Tapi yang paling Eray suka adalah Energizing Soy Protein (ESP) . Kalorinya sekitar 105 kalori sahaja. Ia membuatkan Eray rasa kenyang lebih lama.
Bila kenyang lebih lama, pastinya mulut tak lah gatal nak mengunyah je kerjanya kan?
Kadang-kadang makan malam pun Eray gantikan dengan ESP campur oat. Perut kenyang, kalori rendah dan pastinya berat tak naik. Siap boleh turun lagi berat tau.
4- Minum 2-3 Liter Air
Masih rasa lapar walaupun dah makan 6 kali? Boleh cuba cara ini, setiap kali rasa lapar minum air kosong segelas.
Tunggu sekejap, biasanya rasa lapar akan hilang.
Kita sendiri boleh 'trick' badan kita tau. Hebat kan!
Pengambilan air sangat penting. Tak cukup air membuatkan badan tak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga boleh buat susu ibu sikit.
Sebaiknya guna botol yang boleh disukat. Paling senang 'recycle' je botol mineral yang beli kat kedai tu.
Buat target untuk minum 2-3 liter sehari.
Eray pun nak mula balik hari ni. Air yang cukup membantu berat turun dengan lebih efektif.
5- Pilih Sehari Cheat Day!
Sememangnya akan timbul rasa bosan untuk makan makanan yang sihat. Jadi hadiahkan diri dengan cheat day.
'Cheat Day' adalah hari di mana korang pilih untuk makan apa sahaja yang dimahukan. Tapi ingat ya, hanya satu hidangan sahaja.
Paling elok pilih hidangan makan tengah hari.
Ianya bukan sahaja meransang rasa gembira. Tetapi bagus untuk tingkatkan metabolisma badan.
Mudah bukan 5 cara ini? Pastinya hilang masalah ibu menyusu kerap lapar.
Lapar hilang, badan pun tak gemuk.
Oh mana tahu ada yang nak cuba ESP, harganya RM161.25. Boleh klik BELI ESP untuk pembelian online.
Atau boleh terus hubungi;
Eray Majid
Pengedar Shaklee
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
breastfeeding
Ibu Runsing, Anak Tak Puas Menyusu Sebab Susu Cair. Atasi SEGERA.
Friday, July 14, 2017
"Saya risau, anak tak puas menyusu. Dan menyusu pun tetap saja dia merengek. Bukan saya tak ada susu. Susu banyak, tapi tak pekat. Akak boleh bantu?".
Ini antara krisis ibu menyusu yang biasa Eray dengar. Susu banyak, tapi anak tak puas menyusu.
Agaknya kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Bukan ke sepatutnya bila susu banyak, anak akan kenyang?
Ada beberapa sebab yang boleh mempengaruhi kualiti susu badan. Susu badan yang baik sepatutnya akan menghilangkan haus di anak. Dan ia juga mengeyangkan perut anak dan dia boleh tidur lena. Tak meragam dan merengek.
sumber: parents.com |
Susu Ibu Yang Berkualiti?
Susu ibu yang baik dan berkualiti adalah susu yang seimbang komposisinya. Mengandungi cukup air, lemak dan penuh dengan nutrisi.
Biasanya susu yang baik akan lebih pekat dan berwarna kekuningan. Susu jenis ini yang menghilangkan haus dan mengenyangkan bayi. Malah yang lebih penting, ianya faktor utama tumbesaran bayi.
Susu yang cair, adalah susu awal yang keluar semasa setiap sesi
penyusuan atau mengepam. Ia juga dipanggil sebagai foremilk. Bertindak
sebagai penghilang dahaga.
Kemudian pada tengah atau
akhir sesi penyusuan, barulah hidmilk akan keluar. Hindmilk ini
mengandungi lemak yang akan mengenyangkan.
Jika cukup keduanya, bayi akan lebih tenang selepas menyusu. Silap-silap terus tertidur kekenyangan.
Tiada lagi masalah anak tak puas menyusu.
Adalah sedikit masa 'emas' untuk ibu melakukan perkara lain.
Namun, masih ramai ibu yang menyusukan tidak jelas mengenai perkara ini.
Faktor Susu Kurang Berkualiti
1- Lambat Mengepam atau Menyusukan
Mungkin ada ibu yang terfikir, lebih baik aku tangguh dulu mengepam lagi 2-3 jam. Masa tu mesti susu aku mencurah-curah, yelah sebab dah bengkak. Bengkak kan tanda susu banyak.
Ini salah faham yang sering berlaku. Payudara yang bengkak akan menyebabkan komposisi susu menjadi tak seimbang.
Susu akan mengandungi lebih banyak air. Dan bayi juga boleh terkena risiko kembung perut.
Bayangkan saja, orang yang sedang lapar. Kemudian kita suruh dia minum air banyak, tentu kembung kan?
Samalah juga dengan bayi. Susu yang cair ini akan memenuhkan perutnya, tetapi ia tidak mengenyangkan.
Itu yang selepas minum susu, bayi tetap merengek dan minta disusukan semula.
Sebaiknya susukan bayi pada setiap 2-3 jam sekali. Atau perhatikan tanda-tanda bayi mahu disusukan.
Jangan tunggu bayi menangis baru hendak menyusukan. Kalau bayi mula masukkan tangan ke dalam mulut, itulah tanda yang amat pasti bahawa bayi lapar.
Walaupun baru sejam lepas dia menyusu. Ibu kena ulang semula menyusukannya.
2- Kekurangan Protein Dalam Diet Harian
Protein adalah nutrisi terpenting bagi menghasilkan susu yang pekat berkhasiat. Menu ibu yang menyusu WAJIB ada protein.
Samaada ikan, telur, daging ataupun ikan. Namun protein jenis ini mudah rosak semasa proses penyediaan. Samaada terlebih masak, atau dipanaskan berkali-kali.
Ini yang menyebabkan walaupun sudah ambil protein, tetap saja susu cair dan tidak pekat. Kesannya anak tetap merengek selepas menyusu akibat anak tak puas menyusu.
Kalau makan berlebihan sangat, nanti naik pula berat badan. Kalau boleh ibu mesti mahu badan maintain slim walaupun menyusukan anak kan?
Cara yang paling selamat, ambil protein yang berasakan tumbuhan. Seperti Energizing Soy Protein (ESP).
Zero kolestrol dan berindeks glisemik rendah. Menghasilkan susu yang pekat berkualiti, tanpa memerlukan ibu untuk makan lebih banyak.
Oh ESP juga membuatkan ibu tetap slim. Dan kulit pun bertambah molek halus.
Jika kedua-kedua masalah ini dapat ditangani dengan baik, ibu pasti dapat menyusukan sehingga bayi puas menyusu.
Tiada lagi episod anak tak puas menyusu. Sehingga menyebabkan dia merengek dan meragam.
Ibulah orang yang paling bahagia jika melihat bayi tertidur kenyang selepas menyusu. Apatah lagi bila semakin hari, berat badan bayi bertambah dan makin comel.
Jika anda perlukan ESP untuk membantu atasi masalah anak tak puas menyusu ini, boleh hubungi;
Eray Majid
Pengedar Shaklee @ Rakan Penyusuan Anda
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
breastfeeding
Puasa & Tetap Perah 12oz Susu Badan, Siap Jaga Bazaar di Masjid India
Thursday, May 11, 2017
Hebat ke tak hebat? Puan Fahidayu tetap maintain hasilkan 10-12oz sehari walaupun berpuasa. Bukan kerja dalam pejabat. Puan ni jaga Bazaar Masjid India tau.
Siapa yang pernah pergi situ mesti tahu, betapa panas lit-litnya waktu tengah hari.
Jadi buat korang ibu yang bekerja dan masih perah susu untuk anak. Baik yang bekerja di pejabat, bazaar dan di mana saja.
Tolonglah amalkan tiga sekawan Energizing Soy Protein, Meal Shakes dan Performance Drink. Insyallah korang takkan merungut letih, penat, lapar giler atau susu tak cukup.
Bak kata Puan Fahidayu:
"Tahun lepas saya breastfeeding anak saya sepenuhnya. Masa tu umur anak baru setahun. Dan dah tentu permintaan susu dia demand (tinggi) lah kan....
Time sahur saya minum Energizing Soy Protein, Meal Shakes dan Performance Drink. Campur kurma dan susu. Sedap!
Memang kenyang dan bertenaga sepanjang hari walaupun saya bekerja di luar. Haha saya jaga Bazaar Masjid India dan kawasan Bukit Bintang tau time tu.
Alhamdulillah, 3 gems sangat membantu. Susu perahan maintain 10-12oz lebih sehari."
Memang sangatlah digalakkan untuk ibu-ibu yang perah susu masa berkerja di bulan Ramadan.
Tak ada lagi kerisauan susu tak cukup bagai.
Susu maintain. Badan pun segar bertenaga.
Balik rumah sempat masak untuk berbuka. Tak cukup lagi, masa terawih pun steady lagi tak penat.
Ini macamlah baru best berpuasa. Kan?
Nak puasa dengan Tiga Gems ni? Jom hubungi saya sekarang;
Suriya Majid
Pengedar Shaklee dan Ibu Mengandung yang Puasa Tahun Ini
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
Bayi tak kenyang menyusu, inilah cabaran
paling getir ibu yang lepas melahirkan. Tak sanggup rasanya melihat
anak asyik menangis. Ditambah lagi dengan diri yang belum kuat, boleh
jadi stress dibuatnya kan?
Bahaya stress kalau tak dikawal, susu badan boleh terbantut nak keluar. Lagilah bertambah masalah bayi tak kenyang menyusu.
Kenali Punca Bayi Tak Kenyang Menyusu
Terdapat beberapa punca masalah ini berlaku, antaranya;
1- Tongue-tie
Adanya
selaput atau frenum di bawah lidah bayi yang mengganggu pergerakan
lidah. Ini menyebabkan bayi sukar untuk menyusu. Akhirnya bayi menangis
kelaparan.
Masalah ini boleh diselesaikan. Bawalah bayi berjumpa dengan Pedeatrik. Satu pembedahan minimal 'frenotomy' akan dilakukan. Hanya sedikit pendarahan akan berlaku, dan akan berhenti dalam beberapa minit.
2- Lekapan Tidak Tepat
Apabila menyusu mulut bayi mestilah melekap sempurna pada kawasan aerola. Bukan hanya pada puting susu.
Susu
tidak dapat keluar dengan baik. Kesannya bayi lapar tak cukup susu. Dan
puting susu ibu akan melecet. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
Belajar untuk dapatkan lekapan yang baik.
3- Komposisi Susu Tak Seimbang
Foremilk
lebih banyak dari hindmilk. Foremilk ini susu awal dan mengandungi
banyak air. Manakala hindmilk susu akhir yang lebih pekat dan berlemak.
Hindmilk inilah yang membuat bayi kenyang. Makanan yang tak seimbang boleh menyebabkan komposisi susu tak seimbang.
Makan dengan seimbang dan lengkapkan dengan pengambilan suplemen menyusukan.
Bagaimana Suplemen Menyusukan Bantu Selesai Masalah Bayi Tak Kenyang Menyusu?
Jika
bayi anda tidak ada masalah tongue-tie atau lekapan tak tepat, ini
berkemungkinan besar bahawa komposisi susu anda tidak seimbang.
Bayi
hanya dapat minum foremilk yang banyak, dan sedikit hindmilk. Kesannya
bayi akan meragam dan asyik minta disusukan walaupun baru setengah jam
lepas dia menyusu.
Agak
sukar untuk makan seimbang bagi ibu yang berpantang sendiri atau ibu
yang sibuk bekerja. Asalkan kenyang cukup. Tetapi tanpa disedari ia
menjejaskan kualiti susu badan sendiri.
Disinilah suplemen menyusu memainkan peranan penting.
Ia melengkap keperluan nutrisi yang anda tak sempat nak lengkapkan. Suplemen menyusu ini mengandungi enam item penting;
1- Vita-Lea with Iron Formula - melengkapkan keperluan vitamin dan mineral harian, supaya kekal bertenaga
2- B-Complex - mengawal tahap stress
3- Sustained Release Vita C - meningkatkan sistem ketahanan badan, supaya tak mudah jatuh sakit
4- Energizing Soy Protein - kaya protein, bagus untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti
5- Ostematrix - membekalkan keperluan kalsium harian secukupnya
6- Alfalfa Complex - meransang penghasilan susu ibu
Suplemen menyusu bukan sekadar tingkatkan atau memekatkan susu ibu. Ianya perlu memberikan faedah yang setimpal buat si ibu.
Menyusukan
anak bukan kerja mudah. Ibu akan mudah jadi penat dan lesu.
Kadang-kadang menjadi stress bila ada isu di rumah atau di pejabat.
Bila
ibu jatuh sakit, ianya hanya akan memburukkan keadaan. Sudahlah bayi
tak kenyang menyusu, sekarang ibu pula tak larat nak menyusukan.
Boleh merudum teruk susu badan dibuatnya.
Kesihatan
dan kecergasan ibu sangat penting dalam tempoh menyusukan anak. Oleh
itu, anda layak mendapatkan suplemen menyusu terbaik seperti Set Menyusu
Shaklee ini.
Apa Faedah Yang Bakal Ibu Dapat Dengan Set Menyusu Shaklee?
- Ada lebih masa untuk diri sendiri. Anak tak lagi asyik nak menempel 24 jam. Anda boleh mandi lama-lama, ambil masa untuk menikmati makanan. Atau mungkin menonton filem dengan suami tercinta.
- Tak sakit pinggang. Anak yang asyik mengempeng boleh buat ibu sakit pinggang. Lenguh satu badan. Bila anak dah kenyang menyusu, barulah dia boleh tidur lama. Kurang mengempeng.
- Anda dapat melayan anak-anak dan suami. Mungkin makan petang bersama tanpa terpaksa menyusukan si kecil yang asyik meragam.
- Kerja rumah yang tertangguh dapat diselesaikan. Barulah lega hati tengok rumah tak lagi macam kapal karam.
- Kebiasaannya bila bayi meragam sesi penyusuan tu jadi lebih tegang. Mana taknya dalam sejam 2-3 kali terpaksa bangun untuk menyusukan. Bila anak tenang, ibu tenang waktu menyusukan anak jadi lebih bermakna dan indah.
Seronok bukan jika masalah bayi tak kenyang menyusu dapat diatasi? Pelbagai kebaikan ibu dapat nikmati.
Oh anda juga akan mendapat bonus. Kulit muka bertambah cantik dan mulus. Badan pun boleh menjadi ramping kembali.
Inilah set menyusu terbaik buat anda.
Dapatkannya
segera, nanti lambat pula anda nak menikmati kehebatan set ini.
Dapatkan dari saya ye, kerana anda akan menerima konsultasi eksklusif
dan bimbingan cara pengambilan set betul.
Barulah berbaloi setiap sen pelaburan anda.
Hubungi saya segera;
Suriya Majid
Pro Shaklee Independent Distributor (Pro SID)
SMS/WA
0167731892
Emel
eray2311@gmail.com
Assalamualaikum,
Ibu mana tidak suka susu banyak, tapi kalau susu terlalu banyak ia boleh menjadi satu masalah. Bukan saja tidak selesa, malah nak menyusukan anak pun jadi susah.
Ibu yang ada masalah begini mesti tahu bagaimana rasanya bukan?
Masalah susu terlalu banyak ini juga boleh mengundang kepada masalah penyusuan yang lain. Seperti payudara bengkak, susu tersumbat dan mastitis.
Terkadang akan merasa sakit yang amat di kala berlakunya LDR (let down reflex). Ini disebabkan susu seperti dipaksa keluar.
Susu yang terlalu banyak dan laju menyukarkan bayi untuk menghisap. Bayi akan sering tersedak dan susu akan keluar melimpah dari mulutnya sebelum sempat dia menelan.
Akhirnya bayi akan meragam. Ibu pula akan jadi sedih dan risau dengan masalah yang dihadapinya.
Sebenarnya susu terlalu banyak ini terjadi disebabkan kombinasi LDR yang terlampau aktif dan foremilk dan hindmilk tidak seimbang.
Bayi akan minum lebih banyak foremilk, tanpa sempat mendapatkan hindmilk. Ini menyebabkan bayi mudah lapar kembali dan asyik meragam mahu menyusu.
Selain itu, perut bayi juga akan mudah kembung dan kerap muntah susu.
Masalah ini jika tidak ditangani dengan baik mungkin ibu lemah semangat dan berhenti menyusukan. Ibu usah risau, Insyaallah tips-tips di bawah ini akan membantu atasi masalah ini;
1- Berikan Hanya Sebelah Payudara Setiap Kali Menyusu
Biarkan bayi menyusu selama mana yang dia mahu pada sebelah payudara. Jika dia menyusu kurang dari 15 minit dan kemudiannya minta untuk disusukan lagi berikan saja payudara yang sama.
Biarkan bayi menyusu lagi selama 15 hingga 20 minit.
Jangan tawarkan payudara yang sebelah lagi. Kemungkinan besar dia sudahpun mendapatkan semua susu semasa menyusu tadi.
Kebanyakkan bayi yang baru lahir punyai sifat suka menghisap. Anda boleh gunakan puting supaya bayi menjadi lebih tenang.
Gunakan juga milk collector dan letakkan pada sebelah lagi payudara untuk mengumpul susu yang keluar kerana LDR. Jika anda merasa tidak selesa pamlah sebentar untuk melegakannya.
Tapi ingat usah pam sehingga kosong. Ini hanya akan membuatkan susu bertambah banyak.
2- Ubah Posisi Ketika Menyusu
Terdapat beberapa posisi yang melawan graviti. Ini akan bantu memperlahankan pengeluaran susu. Antaranya:
- Bersandar dan ampung kepala bayi menghadap payudara
- Mengiring ketika menyusukan
- Baring terlentang dan letakkan bayi di atas dada
3- Pegang Payudara Dengan Dua Jari
Gunakan jari telunjuk dan jari hantu untuk memegang payudara. Cara ini dipanggil pegangan bentuk gunting.
Tujuannya adalah memperlahankan susu yang laju keluar. Ia membantu bayi untuk menelan susu dengan baik semasa menyusu.
4- Pam Sedikit Sebelum Mula Menyusukan
Anda perhatikan tanda-tanda bayi mula hendak menyusu. Usah tunggu sehingga dia menangis.
Sebelum menyusu, tekapkan dahulu susu yang akan terpancut keluar. Kemudian pam sedikit sehingga payudara berasa selesa.
Setelah itu mulalah untuk menyusukannya. Perhatikan bayi menelan susu dengan baik. Jika susu terlalu banyak hingga melimpah, rehatkan sebentar bayi dari menyusu.
Pamkan lagi susu, bila bayi nampak tenang susukannya semula.
5- Ambil Makanan Untuk Mengurangkan Susu Ibu
Anda boleh cuba untuk minum teh sage sebeleum tidur. Ia mengandungi estrogen semulajadi yang membantu mengurangkan susu yang berlebihan.
Atau anda boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) bagi mengurang susu terhasil. Selain itu, ESP juga membantu memekatkan susu ibu. Membantu bayi mudah kenyang dan tidak meragam.
Ketidakseimbangan hormon juga menjadi punca masalah susu terlalu banyak ini. Anda boleh amalkan GLA Complex bagi membantu menstabilkan hormon.
Tak perlu risau dan stress, masalah ini pasti akan berlalu. Apabila umur bayi semakin bertambah, dia akan semakin pandai menghisap dan menelan susu.
Tubuh anda pula akan menghasilkan susu yang cukup untuk bayi. Bukan lagi terlalu banyak sehingga melimpah.
Bertabahlah, ini hanya sementara. Cuba terus untuk positif dan menyusukan.
Rujukan: breastfeedingbasics.com
Inilah yang diberi oleh ibu yang bekerja
Diletakkan kasih sayang, cinta, doa dan pelbagai lagi dalam
sebotol susu ibu
Betapa besarnya pengorbanan ibu yang bekerja
Lebih-lebih lagi bila keadaan di tempat kerja yang tak mesra
Ada pula rakan sekerja yang mungkin menjadikan 'susu ibu' sebagai bahan lawak
Kuatkan semangat mu ibu-ibu
Tekadkan hati untuk berikan yang terbaik untuk anak
Hanya Maha Pencipta yang akan memberikan ganjaran
Diletakkan kasih sayang, cinta, doa dan pelbagai lagi dalam
sebotol susu ibu
Betapa besarnya pengorbanan ibu yang bekerja
Lebih-lebih lagi bila keadaan di tempat kerja yang tak mesra
Ada pula rakan sekerja yang mungkin menjadikan 'susu ibu' sebagai bahan lawak
Kuatkan semangat mu ibu-ibu
Tekadkan hati untuk berikan yang terbaik untuk anak
Hanya Maha Pencipta yang akan memberikan ganjaran
Yakinlah Cinta Si Ibu Ada Dalam Botol Susu
breastfeeding
Video: Cara Memegang Payudara Yang Betul Ketika Menyusukan Anak
Friday, October 14, 2016
Assalamualaikum,
Tahu atau tidak, cara memegang payudara semasa menyusukan anak juga
adalah penting. Ini bagi memastikan aliran susu menjadi lancar. Kalau
tersangkut-sangkut, pasti bayi pun geram tak puas menyusu.
.
Jom tonton video di bawah, bagaimana cara yang betul.
breastfeeding
Ini Cara Betul Pekatkan Susu Badan, Anak Pasti Tersenyum Kenyang
Thursday, September 22, 2016
Assalamualaikum,
Susu cair sampai anak meragam tak puas menyusu. Nak tahu tak cara pekatkan susu badan yang betul?
Insyallah, bila susu badan dah pekat anak tak meragam dah. Silap-silap tidur sambil tersenyum sebab kenyang.
Eray sendiri pernah ada masalah anak tak puas menyusu ni. Apa tak nya..susu jernih macam air. Masa anak pertama, ilmu penyusuan pun sikit sangat.
Rupanya dalam susu ibu ni ada komposisi dua jenis susu. Pertama foremilk, ini susu yang keluar awal-awal masa setiap kali kita menyusukan anak.
Fungsinya menghilangkan dahaga anak. Foremilk ini tak elok kalau terlampau banyak. Anak boleh kembung perut tau.
Yelah, korang bayangkan...kalau kita tengah lapar, lepas tu kita minum air banyak-banyak. Macam mana rasa? Kembung kut!
Nak elakkan foremilk yang terlampau banyak ni, susukan anak sekerapnya. Jangan tunggu breast dah bengkak baru nak susukan.
Kalau anak tak jenis suka menyusu, sila rajinkan diri mengepam.
Keluarkan dulu sebahagian foremilk, lepas tu baru susukan anak.
Barulah elok perut si baby, tak kembung.
Ok, sekarang kita cerita mengenai susu yang kedua pula. Iaitu hindmilk.
Kalau korang perasan, bila simpan susu dalam peti sejuk. Susu akan menghasilkan dua lapisan. Hindmilk ini akan terapung pada belah atas. Inilah yang buat akan kenyang.
Susu banyak, tapi cair...pun masalah juga kan?
Kalau tebal, maknanya banyak lemak dalam susu korang. Anak pun gembira kekenyangan.
Tapi kalau nipis je, korang memang kena cari jalan pekatkan susu badan. Kalau tak sampai kesudah, si baby asyik mengempeng je.
Sanggupkah?
Orang kata makan nasi banyak, Eray pun makan banyak-banyak.
Demi anak, gemuk pun ku relakan.
Adalah cuba perbezaan. Nampak susu yang Eray pam tu lebih pekat sikit. Warna susu pun masih krim-krim gitu.
Puas cuba makan nasi. Eray cuba pula makan oat nak pekatkan susu badan.
Ku gagahkan diri pepagi telan oat dengan susu panas. Tak sedap!
Tapi again, demi anak Eray sanggup!
Boleh katanya oat ni jadi sarapan tetap. Siap ada yang tanya, tak muak ke makan hari-hari?
Eiii geram tau!
Disamping Eray meneruskan makan nasi banyak dan sarapan oat. Eray cuba juga beberapa cara lain.
Makan kurma, minum air longan, minum Horlick dan minum air soya.
Tak juga pekat-pekat susu badan Eray. Nampaklah berubah, tapi sikit je..tak cukup. Anak Eray tetap je meragam tak puas susu. Sakit pinggang sebab dia nak nenen je.
Kerja-kerja rumah pun banyak tertangguh. Kadang tak sempat nak masak pun. Balik kerja je terus mengadap dia.
Nasib baik suami paham. Akibatnya tapau makanan jelah kerjanya.
Walaupun susu tak pekat sangat, Eray ok lagi sebab susu cukup. Tapi langit tak cerah sampai ke petang.
Entah mana silap, susu drop. Teruk.
Mungkin Eray stress kerja dan ada ter'skip' mengepam susu.
Takkan Eray nak mengalah bagi je susu formula. Eray mesti cari sesuatu yang boleh bantu selesaikan masalah-masalah ni.
Masa tu tahun 2010, tak ada supplemen-supplemen penyusuan. Kecuali satu je masa tu, Set Penyusuan Shaklee.
Kerana dah tak ada pilihan punya pasal, Eray pun beli set ni. Dalam tu ada Vitalea, B Complex, SR Vita C, Ostematrix dan Alfalfa. Eray add on Energizing Soy Protein (ESP) sekali.
Eray pun mula makan supplemen ni, disamping tu Eray 'establish' balik jadual mengepam. Tak skip langsung. Empat kali tak pejabat, dua kali kat rumah.
Tak sampai seminggu, susu Eray dah back to normal. Tak drop dah. Dah yang lebih excited, susu pun jadi pekat. Gembira sangat, siap berwana kuning-kuning gitu.
mana satu yang lebih menggiurkan? :) |
Mula-mula tak perasan pun, geng sama-sama mengepam yang tegur. Bila letak sebelah-sebelah susu kiterorang, memang berbeza sangat.
Tak sanga, memnag betul berkesan rupanya. Tak sia-sia laburkan duit.
Baby pun tak meragam dan tak mengempeng lagi. Kenyanglah tu sebab minum susu yang pekat.
Dulu tak tahu cara yang betul. Tu yang cuba macam-macam. Sampai sanggup makan nasi banyak, gemuk tau.
Akhirnya barulah Eray paham cara sebenar yang buat susu badan pekat. Bila kita dapat nutrisi yang lengkap, barulah susu pun pekat.
Betul Eray makan banyak nasi, sayur dan protein. Tapi rupanya tak cukup. Nutrisinya dah banyak hilang.
Patutlah Eray makin mengembang, tapi susu badan macam tu juga.
Macam ayam, sepatutnya itulah yang jadi sumber protein. Tapi sebab dimasak guna suhu yang tinggi, hampir semua hilang proteinnya.
Apa yang tinggal cuma struktur gumpalan yang payah untuk dicernakan.
Inilah pentingnya supplemen macam Set Penyusuan Shaklee. Badan kita dapat nutrisi yang cukup lengkap.
Barulah kesannya tu nampak kat susu badan, jadi makin pekat. Susu pun jadi lebih berkhasiat.
Patutlah si Rayna makin montel masa tu. Padahal sebelum ni ramai yang kata kecik je anak Eray ni. Sedih tau!
Terbukti berkesan set ini untuk pekatkan susu badan. Bukan itu saja, kuantiti susu pun boleh bertambah.
Tapi jangan ingat set ni magic pula tau....pam tetap kena pam. Jangan skip.
Eray memang suggest sangat set ni kat korang yang ada masalah susu cair. Cubalah, nanti korang sendiri akan saksikan perubahan yang best kat susu masing-masing.
Kalau nak cuba, boleh terus SMS/WA Eray 0167731892. Set Penyusuan Shaklee ni tahan lama, boleh guna sampai empat bulan. Harganya dalam RM497.50.
Atau boleh klik BELI SET PEKATKAN SUSU BADAN untuk membeli secara online. Nanti ikut saja arahan selanjutnya.
Nanti Eray akan berikan sekali bimbingan cara makan yang betul. Barulah susu badan cepat pekat, anak korang pun happy sebab kenyang menyusu.
Jom hubungi Eray sekarang.
Terima kasih.