Rahsia Besar Tambah Susu Badan, Ini Anda Mungkin Tidak Tahu

Wednesday, August 07, 2019

Anda mungkin dah tahu macam-macam rahsia tambah susu badan, tapi rasanya anda tidak tahu apa yang bakal saya kongsikan di sini.

Kalau anda buat apa yang bakal saya kongsikan ini, Insyaallah susu badan pasti cukup selama mana tempoh penyusuan. Malah anda tidak akan mengalami rasa risau ataupun takut susu tak cukup yang sering dialami oleh ramai ibu-ibu lain.

sumber: https://www.independent.co.uk/

Rahsia Besar Tambah Susu Badan


Rahsianya cukup mudah.

Ia hanyalah dengan anda merasa cukup atas rezeki susu badan yang Allah kurniakan. Tidak kira berapa pun hasil perahan anda banyak ataupun sedikit.

Apabila kita merasa cukup, automatik kita jadi manusia yang lebih bersyukur. Bukankah Allah sudah janjikan bahawa rezeki kita akan bertambah jika kita bersyukur.

Bagaimana Bersyukur Boleh Bantu Susu Badan Cukup?


Hanya orang yang bersyukur akan mampu tenang. Semua hormon badan yang terlibat dalam proses penghasilan dan pengeluaran susu menjadi cukup dan dapat bekerja dengan baik. Contohnya hormon oxytocin dan prolaktin.

Berbeza dengan ibu yang sering rasa susu tak cukup. Mereka akan menjadi stress. Apabila stress, susu tidak dapat dikeluarkan dengan baik. Hormon oxytocin terbantut. 

Bayangkan susu ada, namun ia terkumpul dan tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya boleh mengundang masalah yang lebih besar seperti bengkak susu atau mastitis.

Saya yakin anda mesti tidak mahu ini berlaku bukan?

Perasaan ibu semasa menyusukan atau mengepam juga akan mempengaruhi kualiti susu ibu. Ibu yang tenang, juga akan membuatkan bayinya juga tenang. Begitulah sebaliknya.

https://www.independent.co.uk ada menyebut tentang emosi dan kualiti susu secara lebih details.

Bayangkan yang susu badan kita mengalir seperti air terjun atau pun air sungai. Tiada henti dan cukup untuk semua.

Jika anda mampu melakukan rahsia besar ini, segala cabaran penyusuan anda mampu hadapi dengan jayanya.






You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube