7 Tips Mudah Buat Kurus Sebelum Raya, Turun 4kg!

Friday, June 17, 2016

Assalamulaikum,

Siapa tak nak kurus sebelum raya kan? Bayangkan cantik je tersarung baju raya nan indah dekat badan yang dah kurus.


Ish siapa kata tak sempat. Puasa baru je 11 hari berlalu. Dah ada orang yang turun 4kg. Suami yang kurus, isteri yang gembira. Tak sia-sia isteri bagi set detox kat suami. Sado bergayalah raya nanti.

Korang kalau nak pun sempat ni. Ada lagi 19 hari nak puasa. Tak payah fikir banyak-banyak. Korang ikut je 7 tips ini.

Lagi banyak fikir, lagilah lambat nak kurus. Cepat bertindak SEKARANG! Mula hari ini juga!


kurus sebelum raya, nak kurus sebelum raya, jom kurus raya, kurus bulan ramadhan, kurus bulan puasa


1- Jangan Pergi Bazaar Ramadan

Ini tips yang paling utama. Kalau gagal bab ini, maka bakal gagallah bab yang lain.

Tanamkan niat mulai hari ini korang tak kan pergi bazaar Ramadan sampai habis puasa. Bahaya bazaar ni, dari nak beli karipap pusing 3 ketul. Beranak pula beli nasi ayam, air tebu, roti john dan macam-macam lagi.

Jadi jalan terbaik tak payah pergi langsung! Kalau teringin sangat pun, kirim je benda yang teringin tu.

2- Masak Sendiri

Jangan bagi alasan tak sempat. Sebab kalau awal-awal dah kata tak sempat, itu bermakna korang tak serious pun nak kuruskan badan.

Janganlah balik kerja baru nak defrost ayam ikan bagai. Sayur pun dah basuh sesiap. Nanti balik tinggal masak je.

Buat meal prep awal-awal. Lepas terawih tu ambil sikit masa. Siap-siap basuh, bubuh lah rempah-rempah yang patut. Lepas tu simpan di chiller.

Sayur pun sama. Basuh awal-awal, keringkan dan siap dalam zip lock bag. Nak makan terus je bawa keluar.

Bila masak sendiri, lebih mudah nak kawal apa yang boleh dan tak boleh. Makinlah sempat nak kurus sebelum raya.

3- Pilih Menu Sihat

Tak payah nak masak kari, lemak ke asam pedas. Sudahlah ambil masa yang lama nak masak. Kurang sihat pula tu.

Apa kata bulan puasa ni tukar menu yang sihat. Ada banyak cara nak buat makanan jadi sihat. Kurangkan minyak, garam dan gula.

Korang boleh pilih nak ayam bakar, ayam grill, ayam kukus atau sup ayam. Dah jemu dengan ayam, gantilah dengan ikan. Daging ambil seminggu sekali je.

Tak ada resepi? Hepp! Jangan bagi alasan kat Google berlambak resepi kut!

Jangan buang masa, habis je baca entry ni Google resepi untuk seminggu.

4- Portion Jaga!

Ini lagi satu lagi tips kurus sebelum raya yang juga PENTING. Bila nak makan, jangan guna pinggan besar. Guna pinggan yang sedang saja.

Nanti kat pinggan tu, isilah nasi 1/4 pinggan. Ayam ke ikan ambil 1/2 saiz telapak tangan, dalam anggaran 1/4 pinggan. Lagi 1/2 bahagian tu, isilah dengan sayur-sayuran.

Sila betulkan tanggapan ye. Nasi tak mengeyangkan perut, tetapi sayur-sayuranlah yang buat prut penuh dan kenyang.

5- Minum Air

Ini pun selalu orang ambil ringan. Tahu tak air sangat penting untuk proses menguruskan badan. 1 liter air untuk 25kg berat badan.

Jika berat korang 80kg, silalah minum 3 liter paling minimum.

Bila nak minum? Banyak masa antara buka dan sahur tu. Kalau plan bebaik, mesti boleh habiskan 3 liter.

6-Berdoa

Ramai orang nak kurus, tapi tak ramai yang nak berdoa supaya kurus.

Ramadan kan bulan penuh rahmat. Jadi minta pada Allah supaya badan dapat kurus XXkg sebelum raya. Tapi nak berdoa pun mestilah logik.

Takkan berat 100kg, sebelum raya boleh jadi 50kg. Be realistic ok?

7- Makan Supplemen Detox Kurus

Berpuasa ini sendiri adalah proses detox badan. Cuma ia bole jadi kurang berkesan sebab fungsi badan sudah menurun macam dulu.

Sebagai contoh, metabolisma rendah dan susah nak membuang.

Jadi bila ambil supplemen badan pun dapat berfungsi dengan baik. Metabolisma meningkat dan lebih mudah lawas.

Makin senanglah nak kurus sebelum raya!

Tak tahu supplemen detox kurus mana yang elok. Boleh cuba Herb Lax, Alfalfa dan Lecithin. Macam suami Puan Ida ni lah. Baru 11 hari puasa, 4kg dan TURUN. Korang mesti boleh turun lebih lagi, ada 19 hari lagi nak puasa ni. Jom!

"Encik Suami bagitahu tadi dah turun 4kg masa bulan puasa ni, Ida bagi Herblax, Alfalfa dengan Lecithin je"

kurus sebelum raya, nak kurus sebelum raya, jom kurus raya, kurus bulan ramadhan, kurus bulan puasa
Nak order Detox Kurus? Boleh terus SMS/WA Eray di 016 773 1892. Cepat bertindak kalau nak kurus sebelum raya.




You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube