Rakaman Ngeri MH17 Terhempas!
Friday, July 18, 2014
Klik pada link untuk lihat rakaman MH17 Terhempas --> LIVE FOOTAGE VIDEO FILM AMATURE NEWS
Amaran: Video mengandungi imej yang mengerikan
MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer
Astro Awani | Kemas kini: Julai 18, 2014
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat
Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu
tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi
Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.
Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.
Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

=================================================================
Kisah MH370 pun masih belum ada titik akhir dan sekali lagi kita diuji. MH17 pula terhempas dan ditembak. Allah swt sedang berbicara dengan kita.
Renung diri dan muhasabah diri. Mohon ampun dan bertaubatlah. Perbaiki diri.
Ampunkan kami wahai Allah, kami penuh dosa. Cucurkanlah rahmat Mu ke atas mangsa MH17 yang terkorban. Al Fatihah.
#prayforgaza
#prayforMH17
0 comments