Makanan Tambah Susu Ibu: 10 Terbaik
Tuesday, May 07, 2013
Masih ramai ibu menyusu yang hadapi masalah susu ibu tak cukup. Boleh cuba ambil Makanan Tambah Susu Ibu seperti di bawah:
10 Makanan Hebat Tambah Susu Ibu
1. Oatmeal
Ramai ibu yang dah tahu, oat mampu jadi makanan tambah susu ibu. Bukan sekadar itu, oat juga bagus untuk turunkan kolestrol dan menjaga tekanan darah yang baik. Salah satu faktor susu bertambah, adalah ibu tak stress. Bila ibu stress, tekanan darah meningkat. Jadi menggangu penghasilan susu ibu. Jadi ibu mesti jaga tekanan darah. Oat adalah 'comfort food'. Buat semangkuk oat. Campur dengan susu dan buah-buahan yang ibu suka. Pasti tenang lepas habiskan semangkuk oat. Ketenangan juga mempengaruhi proses 'let-down reflex'. Maknanya lebih banyak susu yang akan keluar.
2. Lobak Merah
Lobak merah tak popular sebagai makanan tambah susu ibu. Tapi segelas jus lobak merah sebelum makan tengahari, akan memberi kesan susu bertambah di waktu petang. Lobak merah juga kaya dengan sumber tenaga. Bila ibu bertenaga dan sihat barulah susu yang banyak dan berkualiti mampu dihasilkan.
3. Bayam
Sup bayam atau salah bayam, makanan yang bagus untuk tambah susu. Ini kerana terdapat phytoestrogens yang dikatakan bagus untuk kesihatan tisu-tisu payudara. Juga bagus untuk menjaga kesihatan aktiviti penyusuan.
4. Hummus
Sejenis makanan arab. Diperbuat dari kacang kuda, tahini, bawang putih, lemon jus dan minyak zaitun. Hummus adalah snek yang berkhasiat untuk ibu menyusu. Kaya dengan protein, juga kaya dengan bahan penggalak susu seperti kacang kuda dan bawang putih.
5. Betik
Betik muda tumis air, antara penggalak susu yang terkenal. Tiada kajian klinikal, tapi dipercayai betik ade sejenis enzim yang mengembangkan tisu payudara. Ini akan membuatkan susu ibu akan bertambah. Betik juga dikenali sebagai 'natural sedative'. Ibu akan merasa lebih rilex dan ini membantu proses pengeluaran susu dengan lebih baik.
6. Asparagus
Tumbuhan ini kaya dengan fiber, folik asid, vitamin A, C dan K. Asparagus adalah makanan (power house) tambah susu yang hebat untuk ibu yang menyusukan. Kandungan phytoestrogens membantu menambah susu ibu. Dan kandungan fiber dalam asparagus, membantu menjamin kestabilan pengeluaran susu ibu. Tryptophan (sejenis asid amino) yang ada dalam asparagus membantu merangsang hormon prolaktin. Hasilnya susu akan bertambah.
7. Beras Perang
Sama seperti oatmeal. Dikenali sebagai makanan tambah susu ibu. Juga bagus untuk menambah tenaga bagi ibu menyusu. Kajian mendapati, makan beras perang akan meningkatkan serotonin level di dalam otak. Serotonin inilah yang membantu perjalanan mood, selera makan dan tidur. Ia juga meransang pengeluaran hormon prolaktin. Seperti mana yang kita tahu, tinggi hormon prolaktin, tinggilah susu yang akan dihasilkan.
8. Apricot
Sebuah university telah mendakwa, bahawa apricot adalah penggalak susu yang semulajadi. Apricot adalah makanan yang kaya dengan kalsium, yang dikatakan sangat bagus bagi menambah susu ibu. Buah-buahan kering lain yang tinggi dengan sumber kalsium adalah kurma dan buat zaitun. Jadikan makanan sunnah ini, makanan sehari-harian.
9. Salmon
Ikan yang kaya dengan sumber EFAs (essential fatty acids) dan Omega 3. Omega 3 juga dikatakan mampu menggalakkan pertambahan susu ibu. Ibu yang mengamalkan Omega 3 dan EFAs di dalam diet dikatakan mampu meningkatkan hormon penghasilan susu. Jika hormon meningkat, sudah pasti susu ibu juga akan bertambah. Lebih-lebih lagi EFAs (essential fatty acids) adalah sumber penghasilan susu ibu. Lebih EFAs akan menghasilkan susu yang lebih lemak dan lebih kandungan nutrisi.
10. Air
Salah satu komponen yang paling penting dalam penghasilan susu ibu. Minum air yang cukup akan membantu ibu kekal terhidrat dan menghasilkan susu ibu yang secukupnya. Tapi ingat, mengikut kajian, minum air yang berlebihan juga tak membantu penghasilan susu ibu. Jadi 'keep it simple' minum bila rasa haus, dan minum sedikit-sedikit. Bukan minum one shot, one litre. Jadi air akan lebih bertahan lama di dalam badan.
ibu sihat, susu banyak, baby pun kuat |
Jika nak mencuba makanan-makanan tambah susu ibu ini. Pastikan ianya masih segar dan tak tercemar. Supaya segala nutrisinya dapat diserap oleh tubuh. Jangan seperti makan hampas kelapa. Bagi ibu yang sibuk dengan urusan harian, hingga tak sempat makan makanan sihat ini. Bolehlah mencuba Set Tambah Susu Ibu Shaklee. Lebih mudah, hanya telan tanpa risau akan makanan yang rosak semasa tempoh sediakan dan memasak.
Untuk harga istimewa, hubungilah saya sekarang.
Suriya Ab Majid
Shaklee ID: 840943
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892
0 comments