cara atasi sembelit

Thursday, July 01, 2010

buat julung-julung kalinya anak ku rayna sembelit @ constipation. semalam masa ambil rayna dari kak lela (bb sitter rayna) die cakap rayna cirit birit, sebab yak2 sikit & banyak kali tukar pampers. kak lela cakap jugak yang rayna asyik menangis jek sebab sakit perut.

sampai kat rumah, biase rayna akan aktif berjalan tawaf satu rumah. tapi semalam die duduk jek & nak gerak pun die merangkak saje. pas2 eray notis die meneran yak2 sambil menanges cakap mama & trus datang peluk eray.

erm pelik jugak, sebab tak pernah jadi pun sebelum nie. siasat punya siasat.....sah rayna kene sembelit. rayna cuba gak tuk yak2 malam tadi, tapi eray rayna die trauma kut & die tahan yak2 smpi tertidur. kesian anak ku.

cenggini lar muka rayna pagi tadi

pagi tadi, memang rutin harian tukar diaper die sebelum hantar kat kak lela. as usual mr hubby yang akan tukar n rayna sangat enjoy that moment sebab die bley main air. tapi pagi nie lain, die menanges...nanges kesakitan nak teran yak2.

pas2 mr. hubby notis yang yak2 die bagai telur dihujung tanduk & paksa rayna keluarkan juga. mr hubby suh rayna squat & wallahhhh there it goes. keluar 2 biji batu permata nilam yang sangat keras. alhamdulillah.

so pagi tadi smpi opis lewat skit sbb bertarung dengan sembelit rayna. on da way pegi umah kak lela rayna dh nampak normal. and tadi eray call kak lela, she said rayna looks very fine & dah berjalan2 macam biasa & tak nanges2 lagi.

so pagi nie jugak aku gugel cara atasi sembelit. eray tak nak pisang berbuah berkali. so here is the tips:

to soften the stool
  • campur i sudu teh brown sugar dalam susu (formula/susu ibu). campuran nie sangat berguna untuk melembikkan stool
  • bagi jus plum/pear atau buah plum/pear, bertindak untuk melembikkan stool juga

to avoid from constipation
  • ubah pola makanan bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas. lebihkan makanan yang berserat tinggi macam sayur & buah (contoh: betik, tembikai or plum)
  • tambah kuantiti air dalam intake harian anak
peringatan, jangan berikan pisang sebab pisang hanya akan mengeraskan stool.

bagi kes2 yang lebih serius, contoh sembelit tiap kali nak yak2. bolehlah campurkan 1 sudu tepung kanji/sagu dalam setiap bancuhan susu baby. jika kesannya bayi cirit birit, hanya berikan sekali sahaja campuran tepung kanji/sagu dalam susu.

if korang nak tau lebih & lebih lagi, klik lar disitu.

early prevention is better than healing it :)


You Might Also Like

1 comments

  1. gud tips..! mmg saraa tercari2 cara nk selesaikan masalah nie..anak suffer sembelit sejak masuk umur 1year, bulan ni masuk 14months still sama gak..br sat td bertarung dgn dia..dia macam tahan je nak yak2..last2 kuar gak lps menjerit2..

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube