alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah permudahkan segala urusan eray untuk memberikan susu ibu kepada rayna. tapi lately nie eray perasan setiap kali pump hanya berjaya dapat 3oz, 20z or 1oz jek. warrgghh sangat sedey, stok EBM pun tinggal 20 pek saje. eray pun fikir balik ape sebab susu nie boleh merudum dengan jayanya, antara sebab-sebabnya:
- skip night pumping session
- dah tak buat power pumping
- rayna dah nak masuk 15 bulan, so dah kurang direct feeding (dulu tunjuk B, terus die terkam, sekarang nie, if die rase tak nak siap geleng-geleng kepala & cakap 'annnnaaakkkk')
kan susu ibu is all about supply & demand (redha Allah pun penting, so sambil usaha kene doa), dah sah-sah ler if takde demand camne susu nak produce dengan jayanya. dulu masa zaman kegemilangan 20oz tuh insyaallah leh dapat (4x pumping session). tapi sekarang nie hanya 90z (3x pumping session), dan terpaksa songlap stok ebm.
jadi eray dah berazam, nak kembalikan zaman kegemilngan tersebut, so ini adalah wish list apa yang eray akan lakukan:
- do night pumping session
- pump for every 2 or 3 hours (unconditionally)
- do power pumping every week (2 kali setiap minggu)
- amalkan makan quaker oat
- nak minum longan kering
- last resort, eray nak ambil pil prolactin hormone
- keep on praying, minta pada Allah agar eray berjaya susukan rayna at least 2 years old
- positive thinking, i can do it
insyaallah eray akan start hari ini juga, so nantikan update result susu kembali meriah atau tidak, 2 weeks for now (dah makin termotivasi nie).
so kawan-kawan daokan eray yer, mohon dipermudahkan segala urusan penyusuan eray nie. sayang kalian.