Resepi
Resepi Pancake Gebu Khas Bagi Yang Sedang Diet Nak Kurus Bak Model
Thursday, January 29, 2015
Tajuk memang tak nak kalah Resepi Pancake Gebu..sambunglah baca sendiri. Ish tapi betul memang resepi ni khas untuk yang tengah sibuk berdiet nak kurus.
Kerana bahan-bahannya sangat alami bagi korang yang nak kurus. Langsung tak guna telur mahupun susu.
Habis tu guna apa?
Cakap banyak pun tak guna. Meh baca bahan-bahan untuk resepi pancake gebu ni:
1-2 cawan tepung gandum
2-4 sudu kecil baking powder
3-2 sudu besar gula
4-Secubit garam
5-3 sudu 'melted butter' (nak lagi sihat ganti minyak jagung)
6-1 1/2 cawan air
Amacam teruja tak tengok bahan-bahan? Senang kan? Sesuaikan untuk yang nak kurus.
Resepi pancake gebu ni pun sesuai untuk korang yang baru-baru nak buat pancake. Cara nak sediakan pun mudah sangat. Berikut cara-caranya:
1-Dalam mangkuk sederhana masukkan tepung, baking powder, gula dan garam. Gaul sekata guna sudu.
2-Cairkan butter, tunggu agak sejuk masukkan dalam mangkuk.
3-Guna 'whisker' dan masukkan air, lalu gaullah hingga sebati.
4-Jika campuran masih pekat, masukkan lagi sedikit air perlahan-lahan dan gaul. Sampailah dapat campuran yang tak terlalu pekat ataupun cair.
5-Panaskan non stick, api sederhana perlahan. Masukkan satu senduk (ikut suka nak besar gunalah senduk besar, nak kecik guna senduk kecik).
6-Ulanglah sampai habis.
7-Hiaskan, boleh curah yogurt, maple syrup atau madu. Letaklah buah kalau suka. Nak makan dengan ice cream pun boleh.
Jangan risau, resepi pancake gebu ni telah disahkan gebu sampai ke petang. Tak liut. In case tak habis pagi. Boleh buat minum petang.
Ikutlah kreativiti masing-masing, nak makan dengan telur ke, nak letak jem ke..semua boleh. Janji sedap bila sampai kat lidah.
Cubalah ye resepi mudah lagi sedap ni. Insyallah tak melanggar rejim diet. Tapi kalau korang makan sampai 10 keping, tak tahulah. Hehehe.
Juga nak kurus ni kan. Ada yang sanggup tak ambil terus karbohidrat. Tak makan nasi ke tepung ke.
Tapi kalau tanya saya, oh itu sangat menyeksakan, apatah lagi tekak Melayu tak makan nasi seminggu dah rasa lain macam. Kalau tanya Kevin Zahri pun dia akan kata makan je semua.
Cuma pastikan portion kecik. Bukanlah sampai sengkak perut tu.
Kalau korang jenis yang nak kurus tapi susah gile nak control makan boleh cuba Set Kurus Shaklee Paling Bajet. Konsisten makan, korang akan terkejut sebab tiba-tiba korang perasan kain baju kurung dah longgar. Baju yang sendat, pun ada ruang kosong.
Sampaikan pak guard yang jaga 'enterance' masuk apartment pun tegur dah kurus. Boleh terus Whatsapp saya di 016 773 1892 untuk dapatkan set ini. Jika anda di Ampang, saya boleh terus hantarkan saja.
Oh nak Whatsapp tanya pasal resepi pancake gebu pun boleh. Anytime bebeh!