Puan Senah kecewa betul melihat hasil susu yang dipam. Getus hatinya mengapa susu badan kurang lepas balik cuti berhari raya ni?
Sebelum ini sekali pam Puan Senah boleh dapat 10oz, tapi hari ini satu botol pun tak penuh. Mulalah rasa panik, takut si baby tak cukup susu. Nak makan apa ni nak tambah balik susu badan?
Eh nanti dulu!
Sebelum nak makan apa-apa untuk tambah susu, cuba fikirkan dahulu kenapa susu badan kurang selepas bercuti?
Apabila punca sudah diketahui, barulah boleh cari jalan nak selesaikan masalah.
Punca Susu Badan Kurang Selepas Bercuti
Sebenarnya ini bukanlah masalah Puan Senah seorang, tetapi hampir semua ibu bekerja yang menyusukan anak mengalaminya.
Punca sebenar mengapa susu badan kurang adalah kerana kurang rangsanganlah. Jika sebelum ini ibu akan mengepam susu 4-6 kali sehari waktu bekerja. Tapi bila balik beraya, pam pun hilang entah ke mana.
Saya paham tu, leceh nak mengepam waktu beraya. Lagipun kan si baby ada 24 jam dengan ibu, selak dan susukan sajalah.
Tapi itulah sebab sebelum ini ransangan (demand) lebih banyak, jadi apabila kurang maka hasilnya pun kuranglah juga. Ini memang sifir susu ibu, more demand more supply dan sebaliknya.
Cara Selesaikan Masalah Susu Badan Berkurang
Berita baik untuk ibu-ibu yang sedang hadapi masalah ini. Jangan risau, senyumlah kerana masalah ini hanya sementara.
Ada cara untuk kembalikan susu supaya meriah sampai penuh peti sejuk.
Caranya adalah dengan;
1- Pam semula mengikut rutin yang sudah tersedia. Jangan nak mengelat pula. Turuti saja jadual mengepam kembali, Insyallah dalam seminggu dua kuantiti susu akan kembali normal.
2- Makan itu jagalah sikit. Cukuplah seminggu membalun sekian macam makanan dan minuman berais. Jangan pandang remeh tau tentang pemakanan ibu semasa menyusu. Kalau tidak cukup nutrisi, maka susunya pun nanti kurang nutrisi.
Teringat kes baby patah tulang peha. Doktor kata salah satu penyebab utama adalah pemakanan ibu yang kurang kalsium dan vitamin D. Vitamin dan mineral ini sangat penting untuk menguatkan tulang.
Boleh amalkan makanan yang kaya dua nutrisi tersebut seperti sayuran hijau, telur dan ikan bilis. Lengkapkan dengan pengambilan suplemen kalsium dan vitamin D seperti Ostematrix. Eh Ostematrix ini pun bagus untuk tingkatkan penghasilan susu badan tau.
3- Minumlah air secukupnya. Ini pun satu punca kenapa susu berkurang, di hari raya kurang minum air kosong. Asyik minum air sirap dan sarsi je kan?
Oleh itu, minumlah air secukupnya. Bagi ibu menyusukan 2-3 liter sehari tau.
Satu lagi tips tambahan, sod ba ro SABAR. Nak selesaikan masalah ini memang mengambil masa. Ada yang boleh selesai dalam seminggu, ada yang 2-3 minggu. Teruskan usaha dan campak stress jauh-jauh.
Syawal masih ada ni, maka saya hendak mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan. Maaf zahir batin juga, mana tahu ada tersilap bicara sepanjang ber'blog'.
Terima kasih.