Assalamualaikum,
Aik, resepi lagi? A ah..tengah gian memasak gamaknya. Hari ini berjaya bakar kek butter simple. Dah seminggu anak-anak menyanyi nak makan kek.
Sebagai ibu yang prihatin dan penuh kasih sayang. Maka terjadilah kek butter ini.
Patut 15 minit je boleh siap masuk oven. Tapi dah sampai tiga orang nak jadi assistant chef...dekat 45 minit baru siap.
Sorang nak godak, sorang pecah telur. Kena juga bagi. Habis tu nanti, bila Eray dah tua nak harapkan siapa lagi kan?
Hahahaha.
Ok dah sudah. Panjang sangat intronya ni.
Kejap...sebelum itu, nak ingatkan. Hari ini kan Jumaat...ada masa lagi nak baca surah Al Kahfi ini. Jangan lupa selawat sebanyaknya. Banyak pahala boleh kumpul.
Dah ini bahan-bahan nak buat kek butter simple;
- Butter 1 buku (250 gram)
- Gula kastor 180 gram
- Telur 4 biji
- Tepung gandum 250 gram
- Baking powder 1 sudu kecil
- Susu segar 1/2 cawan
- Chocolate Chips (tak letak pun tak apa)
Gila tak simple...6 bahan je. Tapi Ya Rabbi....sedapnya. Dah 5 ketul masuk perut. Diet? Hari ini declare cheat day.
Pilihan butter yang biasa Eray guna Tatura. Anchor pun ok juga. Cuma dia ada dua timbangan, satu 227 gram satu lagi 250 gram.
Tepung gandum Eray guna jenama Faiza, sebab non bleached. Maknanya tepung gandum ini masih ada nutrisi.
Gula kastor pula ganti dengan gula organik. Beli kat Mydin murah sikit RM10.00 sekilo. Kalau kat Jusco sampai RM16.00. Kalori sama saja. Cuma kek tu jadi ada khasiat lah. Bagus untuk anak-anak dan suami.
Telur ayam kampung. Sepapan RM14.00 kat sini. Lagi tinggi kandungan Omega 3 nya. Lebih organik gitu.
Sambung cara nak jadikan kek butter simple ni, cara-caranya;
- Lembutkan sebuku butter. Kalau nak buat petang, pagi tu dah keluarkan. Terus masuk dalam mixer bowl siap-siap.
- Panaskan oven 180°C.
- Masuk gula kastor tadi. Ambil mixer dan pukullah sampai menggebu. Lebih kurang dalam 5 minit gitu. Macam mana nak tahu? Warna kuning putih tu jadi semakin cerah dan adunan tu fluffy.
- Lepas tu masukkan telur. Jangan bubuh 4 biji telur. Satu demi satu tau.
- Oh tepung gandum dan baking powder tu ayak dulu tau. Bagi tekstur kek tu lagi ringan. Eray ayak sekali je.
- Dah ayak, masukkan tepung gandum berselang-selang dengan susu segar tadi. Buat sampailah habis. Kalau betul caranya, korang akan dapat adunan kek yang sangat gebu.
- Eray bubuh chocolate chip sikit. Balik kaupkan adunan.
- Dah siap, bolehlah bakar.
- Eray bakar dalam paper cup, guna muffin tray. Masa bakar tu dalam 15-20 minit.
- Kalau guna loyang kek, alas dulu dengan baking paper. Bakar dalam 30-40 minit.
Tak sempat nak tunggu kek butter simple ini sejuk. Keluar oven je kami anak beranak nak makan. 3 biji sekali hadap.
Tapi sebenarnya kek butter lagi sedap makan masa dah sejuk. Terasa sangat kementegaannya tu. Eh perkataan apa tu?
Serious korang kek mentega simple ini sumpah sedap. Dah 5 biji dalam perut, malam ni wajib detox. Detox ini bagus untuk kekalkan berat badan. Kalau nak kurus pun, elok buat detox ini dulu.
Barulah lebih lancar.
Kek tak jual, tapi Set Super Detox Eray jual..hehehe. RM123.00 sekali pos. WA je 0167731892 kalau nak.
Ini bukan resepi turun temurun. Eray ambil dari blog Azie Kitchen.
Apa lagi...kalau ada bahan, sila godak. Sekejap je dah boleh makan kek super sedap ni.
Kalau dah cuba nanti bagitahu Eray ye.
Bye!