Assalamualaikum,
"Adik kena tolong akak, doktor kata akak kena bengkak hati". Terkejut tiba-tiba dapat panggilan begini. Tak sempat bertanyakan nama. Terus saja dia ceritakan masalahnya.
Mungkin dia sedang susah hati.
Dia sambung "Doktor sahkan hati berlemak....akak tak tahu nak buat apa. Sudahlah akak ada kencing manis. Ni pun sebenarnya tengah tunggu nak operate batu karang. Tapi doktor kata, tak boleh nak buat sebab hati bengkak".
Nama akak ni Kak Zaliha, usia sekitar 40an. Masih muda, dia menyesal sebab tak jaga kesihatannya elok-elok. Dia belum bersedia lagi nak sakit teruk. Anak-anak kecil lagi.
Kalau dia 'pergi', siapa yang nak jaga anaknya?
Sekarang pun dia rasa rendah diri. Dia terasa macam keluarga ketepikannya. Rasa macam nak gila katanya.
Bila Eray dengar, rasa kasihan. Tak tahu pula yang penyakit-penyakit kronik macam ni boleh buat orang terasa sampai begitu sekali.
Kalau korang ditempat akak ni, bagaimana rasa agaknya?
Tak banyak yang Eray boleh tolong. Cuma Eray sarankan ambil DTX Complex untuk masalah bengkak hati dia.
Tanpa banyak pertanyaan, Kak Zaliha bersetuju. Sungguh-sungguh dia nak cuba DTX Complex. Dia kata sudah banyak testimoni cakap DTX baik untuk masalah hati, lebih-lebih lagi masalah bengkak hati.
Dia mahu sebelum 'appointment' kali keduanya dengan doktor, hatinya sudah sihat.
Syukur, doanya makbul.
Ini 'feedback' yang Eray terima semalam. Rasa gembira bila dia beritahu berita baik begini. Apatahlah empunya diri kan? Mesti rasa syukur sangat
"Waalaikum salam, adik 25 haribulan ni akak nak order lagi ubat DTX Complex 2. Check doktor baru-baru ni, OK DAH sikit hati akak."
Tak sempat habis sebotol, dah ada 'improvement' pada masalah bengkak hatinya.
Puas hati punya pasal, terus dia order 2 botol. Eray doakan moga Kak Zaliha terus dikurniakan kesihatan dan kebahagian.
Inilah kegembiraan seorang Shaklee Independent Distributor. Mendengar berita-berita gembira selepas mengambil supplemen Shaklee.
Bukti keberkesanan Shaklee bukan setakat testimoni, malah dibuktikan dengan kajian saintifik. Apa lagi yang mahu diragukan tentang supplemen pilihan NO 1 dunia ini.
Kenapa Kak Zaliha Sangat Susah Hati Bila Hatinya Bengkak?
Penyakit bengkak hati atau lebih dikenali sebagai 'fatty liver' ini bukanlah penyakit yang boleh dipandang remeh.
Apatah lagi bagi pesakit diabetis. Boleh jadi ia komplikasi sebab kencing manis dah semakin teruk.
Hati bengkak yang tak dirawat berisiko untuk terkena sirosis hati. Ini berlaku akibat luka-luka yang terkena pada hati, hingga akhirnya fungi hati akan terhenti.
Atau lebih parah lagi, kanser hati boleh terjadi.
Sudahlah ada kencing manis, takkan dia sanggup nak menanggung lagi penyakit-penyakit kronik yang lain kan?
Kalau nak ikutkan, bukan penghidap kencing manis saja yang boleh terkena hati bengkak. Orang obes, orang yang makan pelbagai ubat untuk jangka masa yang lama dan orang yang suka amalkan 'fast food'.
Bila doktor dah beritahu, ada bengkak hati tu. Janganlah tangguh-tangguh. Boleh ikhtiar dengan DTX Complex dari Shaklee ni. Sebotol RM155. Ada 90 biji, boleh guna untuk sebulan.
RM155 kalau nak banding dengan nilai hati tu, mana lagi mahal?
Macam mana Kak Zaliha dapat tahu yang hati dia ada masalah? Selaput mata dia tak cerah macam selalu, agak kuning sikit.
Bila pergi ke hospital, doktor sahkan dia mengalami bengkak hati. Tak ada ubat yang diberi doktor. Cuma doktor suruh jaga pemakanan dan ambil supplemen.
Moga kesihatannya akan bertambah-tambah baik lepas ini.
Kalau korang pun ada masalah macam akak ni dan nak cuba DTX Complex, boleh dapatkan dari Eray.
SMS/WA 0167731892.
Eray berikan cara makan yang BETUL dan tips pemakanan yang lebih sihat. Yakinlah, setiap masalah pasti ada jalan keluar. Cuma kita perlu berusaha.
Eray Majid
ID Shaklee 840943
0167731891
Pengedar Shaklee Pilihan Anda!
COD Bandar Penawar, Desaru dan Taman Universiti. Serta kawasan-kawasan di sekitar Skudai, Johor.
Assalamualaikum,
Turun 12kg! Inilah satu kejayaan yang TERBESAR buat Eray. Sebelum ini Eray dah pun putus asa "arrgghh, lantaklah! aku dah tak heran nak kurus...biarlah gemuk".
Hakikatnya Eray sedang menipu diri sendiri.
Siapa yang tak nak kurus? Cuba tanya diri sendiri....mesti korang akan dapat satu jawapan yang ikhlas dari lubuk hati "aku tak nak gemuk".
Cuma korang belum jumpa jalan yang BETUL. Sama macam Eray sebelum ini.
Bukan tak pernah usaha nak turunkan berat. Macam-macam Eray buat, minum air detox, tak makan nasi, tak makan malam, makan buah je. Tapi tak ada satu pun yang betul-betul berkesan.
Hampir semua supplemen kurus Shaklee Eray makan. Tapi tulah, nafsu makan BESAR naga, pantang nampak makanan sedap. Mesti beli.
Silap sendiri juga, dah nama pun SUPPLEMEN. Mana nak menjadi kalau diri sendiri tak jaga makan. Pantang nampak, bedal. Janganlah harap nak turun 12kg, 1kg pun belum tentu tau.
mok-mok kan? |
mak anak 3, tapi rupa macam mak anak 18 |
malu nak bergambo sengsorang, tuh nampak bantal? konon nak kaver |
Ubat kurus? Ish Eray tak berani pulak. Lagilah kalau yang guna tagline "10kg hilang hanya sebulan". Gila ke apa....nak gemuk pun makan tahun. Takkan nak kurus sekelip mata je.
Lagipun gemuk bukan penyakit, habis tu kenapa nak kena makan ubat kan?
Karang kurus tak dapat, kena pula masuk hospital sebab komplikasi ubat kurus. Tak ke naya namanya tu.
Eloklah biar lambat, asalkan SELAMAT. Badan nak pakai lama hoi!
Ok sambung balik cerita macam mana boleh turun 12kg tu.
Masa tu dalam bulan Mac 2016, tengok sorang-sorang kawan yang terlebih berat update status dah turun 1kg. Ada yang 2kg. Tapi memang ramailah juga yang dah turun berat. Macam berjemaah pulak.
Nak tanya dekat wall FB malu. Eray pun PM Kak Laila. Tanya apa yang dia buat.
Nak tahu tak apa?
Rupanya dia join kelas Eat Clean. Eh binatang apa pulak ni....jadi curious pula nak tahu.
Kak Laila kata dia join satu Kelas Whatsapp Eat Clean, dengan cikgu Fatin Ayuni. Tak tunggu-tunggu, Eray terus skodeng FB cikgu tu.
Mak iah, terkejut tengok transformation cikgu. Dari 110kg, dia berjaya turunkan hampir ke 70kg. Korang kiralah sendiri berapa berat dia dah berjaya buang.
Elok pun masa tu dia tengah buka pendaftaran untuk The Booster 11.0 (nama kelas dia). Tak pikir panjang, pejam mata terus daftar dan buat bayaran RM150.
Nak ilmu mana boleh berkira. Tak mahal pun kalau nak banding dengan ilmu yang dia kongsikan tu.
Kelas ini duration untuk 21 hari, apa yang Eray dapat sepanjang tempoh tu:
- paham konsep Eat Clean
- tahu cara nak make over dapur, tukar jadi dapur yang lebih sihat
- tahu cara nak masak 'clean' style
- dah reti pasal portion
- reti juga nak pilih makanan apa kalau makan dekat luar
- resepi-resepi yang 'clean' tapi cukup menyelerakan
Ada banyak lagi, macam tak larat pula nak tulis semua. Bermula dengan 70kg, selepas 21 hari berat Eray berjaya turun ke 68.Xkg (tak ingat).
Eh tak banyak pun? Eray tak kisah pun pasal tak banyak. Tapi bila nampak turun tu, Eray tahu yang badan Eray berikan respon baik dengan diet yang baru ni.
Tak nak turun mendadak. Nanti sekali naik, jadi gajah pulak.
Program ni memang sesuailah untuk orang yang suka makan. Sehari makan 6 kali. Makanan semua sedap-sedap.
Bestkan makan banyak, tapi tetap turun berat.
Bila dah dapat momentum Eray pun teruskan misi 55kg. Teruskan regim 'eat clean' dan disamping tu Eray gabungkan balik dengan supplemen Shaklee.
Almaklumlah, umur dah 34 tahun. Metabolisma pun sendu, berat payah nak turun. Eray ambil Cinch Tea Mix untuk tingkatkan balik metabolisma.
Lecithin wajib makan awal pagi, untuk 'curb' selera naga ni. Herb Lax, Alfalfa dan Vivix pun Eray ambil untuk detox.
Berkilolah jugalah turun lepas buat detox seminggu. Tak silap almost 4kg turun.
Lepas tu berat makin lancar menurun. Tu yang berjaya sampai turun 12kg. Seronok tau.
Sekarang berat Eray tinggal 58kg. Bemula Mac 2016, sekarang Ogos 2016. Kiranya dalam masa 5 bulan berjaya turun 12kg, not bad huh?
masa ni masuk uniqlo semata2 nak test baju, know what? i can to M size |
barulah confident bergambar sorang diri, dah macam nak nyanyi lagu negaraku pulak |
barulah equal, suami dan isteri. kalau tak dulu berat sebelah. hahahaha |
Korang pun boleh kalau sanggup berubah.
Eray paham sangat perasaan PUTUS ASA tu. I've been there. Salah sebenarnya kalau kita give up.
Sebab setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Cuma mungkin tak jumpa je lagi.
Oleh itu, kalau korang pun sedang rasa apa yang Eray pernah rasa...yakinlah masih ada sinar untuk korang.
Tak ada apa yang mustahil. Asalkan kita sanggup nak berubah dan berusaha.
Kalau korang perlukan nasihat atau pandangan, Eray sudi sangat nak kongsi. Jomlah kita kurus dan sihat sama-sama. Korang boleh SMS/WA Eray kat 0167731892.
buah pinggang
7 Tips Penjagaan Buah Pinggang Khusus Buat Penghidap Diabetis
Tuesday, August 23, 2016
Assalamulaikum,
Penjagaan buah pinggang adalah amat penting buat pesakit kencing manis. Ini kerana 23% orang yang ada diabetis mengalami masalah sakit buah pinggang kronik.
Oleh itu anda perlu mengambil 'preventive measure' untuk menyelamatkan diri dari komplikasi diabetis yang dasyat ini.
Bayangkan jika kedua-dua buah pinggang rosak? Anda tiada pilihan melainkan dialisis, atau pemindahan buah pinggang. Ngeri jika memikirkannya.
Apakah anda sanggup untuk mencuci darah 3-4 kali seminggu? Menunggu 3-4 jam untuk proses dialisis habis? Atau anda sanggup keluarkan duit RM200 bagi setiap sesi dialisis?
Eray yakin, anda tentu TIDAK MAHU.
Dialisis, sudahlah perit dan ianya adalah rawatan yang MAHAL.
Sebelum ianya berlaku, eloklah anda ambil tahu cara penjagaan buah pinggang ini.
Inu bukanlah satu proses yang mudah! |
1- Dapatkan Nasihat Doktor
Ini adalah langkah yang penting, anda WAJIB berjumpa doktor. Jika anda ada terfikir untuk ambil ubat di farmasi tanpa prescription dari doktor, HENTIKANLAH.
Ia adalah tindakan yang kurang bijak. Doktor akan lihat dahulu tahap kencing manis dan tahap kesihatan buah pinggang anda.
Barulah ubat yang bersesuaian akan diberikan.
2- Kawal Tahap Gula
Mengawal tahap gula adalah cara penjagaan buah pinggang yang BAIK.
Ini kerana ia akan melambatkan penyakit buah pinggang. Selain itu, ia juga akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Seperti sakit jantung dan stroke.
3- Kawal Tekanan Darah
Ia sama penting dengan mengawal paras gula di dalam darah.
Tanpa kawalan yang baik, buah pinggang akan lebih cepat rosak. Bukan itu sahaja, anda akan lebih terdedah dengan risiko serangan jantung.
4- Semak Ubat Anda
Terdapat jenis ubat kencing manis yang boleh memberikan kesan buruk pada buah pinggang. Oleh itu anda perlu berhati-hati. Pastikan anda 'disclose' semua maklumat kesihatan anda apabila berjumpa doktor.
5- Ubah Cara Pemakanan
Kini anda perlu ubah kepada gaya pemakanan yang lebih sihat. Paling utama, elakkan diri dari pergi atau membeli 'fast food'.
Makanan ini sangat merbahaya buat anda. Ianya tinggi kolestrol dan garam. Buah pinggang lebih mudah mengalami kerosakan.
Anda perlu bijak! Usah ikut nafsu makan.
Pastikan setiap kali makan 1/2 pinggan terdiri dari sayuran hijau, 1/4 nasi atau karbohidrat lain dan 1/2 lagi protein yang ada gemari.
Pilihan lauk pula, ambil masakan yang kurang gula, garam, minyak dan lemak.
Jika anda mampu buat langkah penjagaan buah pinggang ini, Insyaallah anda terselamat dari menjalani dialisis.
6- Lakukan Ujian Air Kencing dan Darah
Ujian ini perlu dilakukan 4 kali setahun. Ini bagi mengesan kemunculan protein dalam air kencing. Ujian darah pula, akan melihat tahap kreatinin.
Hasil ujian inilah yang menentukan tahap mana kesihatan buah pinggang anda.
7- Supplemen
Memandangkan anda masih perlu mengambil ubat kencing manis, seeloknya anda turut mengambil supplemen.
Fungsi supplemen ini adalah untuk mempertingkatkan fungsi dan kesihatan buah pinggang anda. Supplemen khusus buat masalah ini adalah Vivix.
Apabila anda menghidap kencing manis, saraf-saraf badan akan lebih mudah rosak. Bahagian yang paling 'prone' atau sensitif adalah saraf di sekitar buah pinggang.
Inilah sebabnya fungsi buah pinggang anda merosot. Jika tak dikawal, anda lebih mudah terkena penyakit buah pinggang kronik.
Pengambilan Vivix ini akan memulihkan kembali saraf yang telah rosak. Secara tidak langsung, buah pinggang pun dapat berfungsi dengan baik.
Selain itu, ia juga baik bagi mengawal paras gula dan tekanan darah. Ianya satu pakej kawalan kesihatan yang lengkap buat anda. Supaya terus merasa nikmat kesihatan.
Sayangilah buah pinggang yang dikurniakan buat anda. Betul, ianya boleh diganti. Tapi besar manakah peluang anda untuk dapatkan buah pinggang baru?
Menjaga buah pinggang adalah lebih baik sejuta kali, daripada memasukkan nama ke dalam senarai pesakit menunggu buah pinggang baru.
Bisnes Shaklee
Shaklee Berkesan Ke? Kajian Universiti of California, USA Telah Membuktikannya!
Monday, August 22, 2016
Assalamualaikum,
Mungkin ramai lagi di luar sana yang masih TAK YAKIN. Atau ragu-ragu, adakah Shaklee berkesan? Walaupun anda telah baca beratus-ratus testimoni yang mengatakan Shaklee ini memang berkesan. Tetap tidak boleh buat keputusan.
Apa kata, Eray cadangkan anda untuk membaca satu 'Landmark Study' yang telah dibuat oleh universiti terkenal di USA. Atau anda boleh terus skrol ke bawah untuk melihat hasil kajian.
Diketuai oleh Dr. Gladys Block. Beliau dari School of Public Health, University of California. Selain itu beliau juga antara epidemiologist yang TERKNENAL di USA.
Sifat ingin tahu telah menyebabkan beliau mahu membuat kajian PENTING ini. Beliau mahu mengetahui apakah kesan pengambilan 'multiple dietary supplement' Shaklee. Apakah benar Shaklee berkesan seperti yang dinyatakan dalam beribu-ribu testimoni.
Tuan Roger Barnett, pemilik Shaklee Corp menerima dengan tangan terbuka apabila Dr Block menyatakan hasratnya itu. Beliau juga tahu bahawa apa saja keputusan kajian ini, baik atau buruk tetap akan diterbitkan.
Tanpa rasa ragu-ragu, Tuan Roger menerima tawaran Dr Block. Berani bukan? Tapi ini bukan tindakan membabi buta.
Beliau begitu yakin kerana Shaklee sendiri mempunyai puluhan saintis yang membuat kajian sebelum produk dijual. Kajian klinikal terperinci
ini WAJIB dilakukan, walaupun hanya satu bahan mahu ditambah ke dalam produk.
Ini bagi memastikan yang setiap produknya benar-benar
BERKESAN, SELAMAT dan MESRA ALAM.
Kajian oleh Dr. Block ini juga ditaja oleh Shaklee Corp.
Umpama kita masak sedap, bila ada orang nak rasa kita mesti rasa berbesar hati. Kalau boleh nak masakkan lagi untuk orang lain kan?
Tapi kalau apa yang kita masak tak sedap? Segan nak suruh orang rasa. Silap-silap masuk tong sampah je.
Objektif Landmark Study Shaklee
Ia adalah untuk melihat perbezaan tahap kesihatan antara tiga kumpulan:
- Kumpulan I: mengamalkan Shaklee
- Kumpulan II: mengamalkan supplemen lain-lain
- Kumpulan III: tidak mengambil supplemen
Selain itu juga, kajian ini menentukan adakah terdapat hubungan penting di antara kesihatan dan pengambilan serta jenis supplemen.
Ternyata terdapat hubung kait yang begitu ketara. Julat perbezaan di antara mereka yang mengambil Shaklee dan mereka yang tidak amalkan apa-apa supplemen sungguh jelas.
Jadi apakah benar jika kita tak memerlukan supplemen untuk hidup lebih sihat?
Anda mungkin merasakan makanan harian sahaja sudah cukup. Atau ada yang kata "ambillah apa saja saja jenama supplemen, sama saja kesannya".
Kajian Dr. Block ini telah membuktikan apa yang anda rasa itu SALAH.
Ia telah membuktikan betapa pentingnya kesan pengambilan supplemen untuk kesihatan yang baik. Shaklee juga telah terbukti lebih berkesan berbanding jenama lain yang ada di pasaran.
Bukti Shaklee Berkesan
Ujian klinikal yang dilakukan oleh University California, Barkeley |
Hijau: golongan pengamal Shaklee
Merah: golongan pengamal supplemen bukan Shaklee
Biru: golongan yang tak mengamalkan apa-apa supplemen
Cuba anda rujuk graf-graf di atas. Nampak ketara perbandingan antara golongan-golongan tersebit.
Perbandingan KETARA |
Data dalam bentuk nombor yang menyokong Shaklee berkesan |
Merujuk kepada jadual di atas:
Type II Diabetes: hanya 2.9% yang terkena diabetes berbanding 11.1% mereka yang makan supplemen lain.
Incidence of Heart Attact: hanya 2.5% mendapat serangan jantung berbanding 7.6% kumpulan yang tidak makan supplemen.
Risk of Congestive Heart Failure: kurang dari 1.4% dikalangan pengamal Shaklee mengalami masalah jantung tersumbat, berbanding hampir 3.5% mereka pengamal supplemen bukan Shaklee.
Begitu juga dengan masalah yang lain-lain. Shaklee bertindak lebih baik dan berkesan.
Selain dari itu, kandungan triglycerides, c-reactive protein, homocysteine dan HDL bagi orang yang mengambil Shaklee juga berada di paras yang ideal.
Hasil kajian penuh Landmark Study Shaklee |
Eray yakin, PASTI anda sudah pun dapat menjelaskan kekeliruan di minda. Keberkesanan Shaklee bukanlah semata-mata dari testimoni. Ia disokong penuh oleh satu-satunya kajian menyeluruh oleh Dr. Block ini.
Buatlah keputusan. Produk berkualiti sememangnya khusus buat anda yang bijak.
Anda boleh SMS/WA Eray di 0167731892 untuk mendapatkan konsultasi supplemen Shaklee yang paling ideal buat anda. Jom sama-sama sihat dengan Shaklee.
Eray Majid
ID Shaklee 840943
0167731891
Pengedar Shaklee Pilihan Anda!
COD Bandar Penawar, Desaru dan Taman Universiti. Serta kawasan-kawasan di sekitar Skudai, Johor.
Assalamualaikum,
Soalan yang kerap kali ditanya oleh ibu-ibu. Nak makan apa untuk banyakkan susu badan?
Sebenarnya bukan apa, tapi bagaimana mahu tingkatkan pengeluaran susu.
Perkara paling asas dalam menyusukan anak. Ibu-ibu mesti tahu bahawa ada satu perkara yang WAJIB dilakukan. Tanpa benda ini, susu memang akan suram. Akhirnya terus surut.
Nak tahu? Boleh tonton video di bawah:
Assalamualaikum,
Ulser kaki bukan perkara yang asing bagi pesakit diabetis. Komplikasi ini sering terjadi jika tahap kencing manis tak di kawal dengan elok.
Selain itu, penjagaan kaki yang kurang baik pun boleh jadi penyebab ulser kaki.
Tapak kaki antara bahagian yang mudah terkena komplikasi ini. Ianya bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Sikap sambil lewa boleh menyebabkan kaki yang kena ulser terpaksa dipotong.
Aduhai, kaki bukanlah boleh dipasang-pasang yang baru. Bila kena potong, maka hilanglah ia buat selamanya. Susah juga rasanya kalau hidup tanpa kaki bukan?
Kenali Simptom Ulser Kaki
Terdapat beberapa tanda yang ada boleh perhatikan, antaranya:
1- Cairan atau lendiran mengalir keluar dari kaki. Jika anda memakai stokin, ianya mungkin meninggalkan kesan.
2- Bengkak yang luarbiasa, gatal, merah dan kaki berbau.
3- Kulit menjadi hitam, ia dikenali sebagai 'eschar' disekeliling ulser kaki. Kulit hitam ini akibat dari aliran darah kurang baik.
4- Gangrene atau tisu mati akibat infeksi ulser kaki. Kaki akan mengeluarkan cairan yang berbau, rasa sakit dan juga rasa kebas.
Keempat-empat simptom ini membantu anda untuk sedar lebih awal.
Namun terdapat juga keadaan di mana pesakit langsung tidak sedar kewujudan ulser kaki ini. Hanya apabila ulser sudah terkena jangkitan barulah pesakit sedar.
Penjagaan kaki adalah sangat kritikal bagi pesakit kencing manis. Jika anda menyedari kelainan pada kaki, segeralah berjumpa dengan doktor.
Ulser kaki anda akan didiagnos oleh doktor mengikut tahap-tahap tertentu:
0: tiada ulser tetapi kaki berisiko
1: ada ulser tetapi tiada jangkitan
2: luka ulser yang dalam sehingga menampakkan sendi dan tendon
3: luka ulser kaki yang teruk, terdapat cairan dari jangkitan
Penyebab Ulser Kaki
Pesakit kencing manis akan mengalami ulser kaki akibat dari:
Aliran Darah Lemah
Ia adalah sejenis penyakit vaskular. Ia berlaku akibat darah tidak dalam dialirkan ke kaki anda dengan efisyen.
Lebih memburukkan keadaan, penyakit ini juga menyukarkan luka ulser sukar dan lambat sembuh.
Glukos Tinggi
Jika anda mempunyai glukos yang tinggi di dalam darah, jangkitan akibat ulser sukar sembuh.
Oleh itu, kawalan gula adalah sangat penting untuk anda.
Kebiasaanya jangkitan ulser lebih susah sembuh jika anda mengalami penyakit kencing manis jenis 2.
Kerosakan Saraf
'Makan dalam' inilah yang berlaku jika kencing manis tak dikawal dengan baik. Saraf akan rosak secara perlahan-lahan, tanpa disedari oleh pesakit.
Sehingga anda tidak merasakan apa-apa pada bahagian kaki. Saraf rosak menjadikan anda tidak sensitif terhadap kesakitan pada kaki.
Anda mungkin telah terpijak sesuatu yang tajam tanpa merasa sakit. Luka itulah yang akan menyebabkan ulser.
Malah lebih teruk jika luka ulser kaki itu telah dijangkiti.
Rawatan Ulser Kaki
Proses untuk merawat ulser kaki bukanlah satu perkara yang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi jika ulser kaki telah dijangkiti.
Lebih menyukarkan apabila tubuh anda sendiri tidak dapat berikan respon yang baik. Jangkitan lambat sembuh. Luka pun sukar untuk kering.
Anda mungkin akan kerap kali terpaksa ke hospital untuk menjalani 'dressing'. Atau mungkin jika masih ada nanah, doktor akan melakukan prosedur mengeluarkan nanah tadi.
Apakah anda mahu mengulangi proses ini tanpa henti-henti?
Sudah tentu anda tidak mahu kan? Eray cadangkan anda untuk cuba Vivix. Jangkitan pada ulser tidak merebak dan cepat sembuh. Luka pula akan lebih cepat kering. Walaupun luka ulser anda sangat dalam, Vivix tetap boleh membantu.
Bukan sekadar ulser dapat sembuh. Malah Vivix adalah supplemen terbaik bagi mengawal kandungan gula di dalam darah.
Bacaan gula yang selama ini tak menentu akan menjadi stabil. Ada satu lagi kelebihan Vivix! Ia mampu menyekat pelbagai komplikasi lain akibat penyakit kencing manis.
Selain itu, aliran darah menjadi lebih efisyen. Saraf-saraf yang rosak kembali berfungsi dengan baik. Anda akan merasa kembali nikmat pada kaki. Kaki tak kebas, dan anda boleh merasa apa yang dipijak.
Kehadiran kencing manis ini umpama merenggut nikmat dunia anda. Jika anda mahu merasai semula nikmat kesihatan yang mahal ini, Vivix adalah peluang anda.
Usah putus asa. Penyakit ini memang tiada ubatnya. Tapi bukan kah lebih baik jika anda boleh mengawal dan hidup lebih sihat.
ulser kaki dah SEMBUH |
Anda boleh SMS/WA 0167731892 untuk membuat tempahan Vivix. Ataupun anda boleh terus klik BELI VIVIX untuk membuat pembelian secara online.
Setiap pembelian Vivix akan menerima konsultasi khas. Bimbingan cara pengambilan yang betul turut disertakan.
Saya mendoakan kesihatan anda menjadi lebih baik dan sejahtera dunia akhirat. Terima kasih.
Eray Majid
ID Shaklee 840943
0167731891
Pengedar Shaklee Pilihan Anda!
COD Bandar Penawar, Desaru dan Taman Universiti. Serta kawasan-kawasan di sekitar Skudai, Johor.
Testimoni Vivix
Anak Sakit Penapis Buah Pinggang Bocor, Lihat Apa Ibu Ini Sanggup Lakukan!
Friday, August 12, 2016
COD paling sedih malam ni...
.
Tepat jam 9.30pm saya sampai ke Pejabat Tol Simpang Pulai. Saya dah berjanji dengan customer nak berjumpa di sana.
.
Sampai je Pejabat Tol Simpang Pulai, kelihatan seorang cleaner yang
memakai baju putih tengah menunggu saya. Dalam hati berkata2.
"ehh..customer aku ni cleaner ke? mampu ke dia nak beli.........?"
.
Saya pun keluar dari kereta dan bersalam dengan wanita tersebut. Saya genggam erat tangan dia.
.
Lama juga kami bersembang, wanita tu rupa2nya seorang ibu tunggal. Anak
beliau berusia 12 tahun berada di Hospital Besar Ipoh sekarang ni.
Lepas habis kerja, pukul 11pm beliau terus ke Hospital untuk menemani
anaknya sampai esok pagi.
.
Anaknya mula keluar masuk hospital
daripada bulan April yang lepas. Doktor sah kan bahawa, anaknya mengidap
penyakit Nephrotic Syndrome atau bahasa yang mudah untuk difahami ialah
Penapis Buah Pinggang Bocor.
.
Sekarang ni badan dan perut dah mula membengkak, paru - paru pun ada masalah. Lagi 3 minggu nak ambil UPSR.
.
Seorang ibu akan lakukan apa sahaja untuk anak yang dikasihi. Walaupun
gaji tak banyak, duit tak cukup, makan tak menentu, kerja siang dan
malam. Tetapi..ibu tetap akan senyum bila berhadapan dengan anak.
.
Duit bukanlah segala2nya bila anak mula jatuh sakit.
Bahkan harga ubat yang beribu juga akan sanggup dibeli untuk kesihatan si anak.
.
Selepas balik daripada menghantar Vivix kepada wanita tersebut. Saya
tak boleh nak menaham air mata lagi. Dalam kereta saya menangis, dah
terus menangis.
.
Sungguh kuat Kak Zainiah, sepanjang perbualan
kami. Kami banyak ketawa dan bersenda gurau. Tiada langsung riak wajah
seorang yang sedang berduka.
.
Saya doakan Azril anak kepada
Kak Zainiah akan sembuh secepat mungkin. Saya juga minta kawan2 FB
semua dokan untuk kesihatan anak Kak Zainiah.
.
.
Patutlah ramai yang berkata....
Vivix akan jadi murah bila kita dah sakit,
Tapi Vivix mula menjadi mahal bila kita tidak sakit.
Sumber: FB Dilla Jalil
Status ini ditulis pada 7 Ogos 2016.
Mari lihat perkembangan kisah ini pada 12 Ogos 2016
Ingat tak kisah seorang ibu tunggal yang saya ada cerita sebelum ni?
.
Semalam saya SMS ibu tersebut. Bukan apa, saya nak tahu perkembangan anak beliau macam mana sekarang ni.
.
Alhamdulillah bacaan dah mula turun. Paru - paru pun dah ok.
.
Semoga lepas ni bacaan kembali normal dan perut adik Azril kembali susut seperti sediakala.
Jom kita sama-sama doakan adik Azril sembuh seperti sediakala.
Eray nak kongsi juga video testimoni seorang lelaki yang juga hadapi masalah yang sama. Syukur sudah sembuh 100% tanpa biopsi. Beliau juga berikhtiar dengan Vivix.