Assalamualaikum,
Masuk bulan Mei ini, sudah hampir 3 bulan Eray buat diet eat clean ini. Nampaknya inilah cara kurus yang paling istiqamah Eray buat. Yang lain sebelum ini hanya 'hot-hot chicken shit' saja.
Nak tahu tak? Dari 70kg, sekarang berat Eray dah menurun menjadi 63kg sahaja. Mungkin target 55kg pada 31 Disember 2016 dapat dicapai lebih awal. Seronoknya!
Mungkin ada korang yang kat luar sana nak kuruskan badan. Tapi rasa mustahil bukan? Jangan risau, korang tak keseorangan....sebab Eray dulu pun macam tu jugak. Rasa mustahil dan Eray pasrah je berat 70kg ni.
Tapi bila Eray nampak makin ramai kawan-kawan yang berjaya kurus dengan eat clean ni. Eray terbuka mata dan hati. Nekad untuk mula diet eat clean.
Oleh itu, kalau korang jenis suka makan tapi nak kurus. Eray sarankan inilah cara yang paling baik. Korang nak tahu tak fakta menarik eat clean?
1- Makan 6 Kali Sehari
Siapa kata nak kurus tak boleh makan? Dengan diet eat clean ni Eray kena makan 6 kali sehari. Dan adakalanya Eray rasa tak larat nak makan dah.
Mula dengan sarapan pagi, morning snaking, makan tengahari, evening snaking, makan malam dan akhir sekali supper.
Banyak kali kan? Tapi hakikatnya berat badan semakin menurun.
2- Makanan Sedap
Walaupun masak tak gula garam dan gula, makanan tetap sedap. Dulu Eray pun agak skeptikal, iye ke sedap tak guna garam dan gula?
Tapi bila cuba sendiri dan rasa. Ya Allah sedapnya. What it takes is courage. Kena berani mencuba sesuatu yang lain.
Lagipun dah berpuluh tahun korang makan makanan yang sama kan? Jadi takkan setakat nak ubah untuk 2-3 bulan pun tak boleh. Jom cuba!
3- Berat Terus Menurun
Ini Eray paling suka! Berat badan terus menurun secara sihat. Paling biasa Eray alami, berat mengurang 1kg setiap minggu.
Tahu tak, kalau korang ada mengambil apa-apa ubat kurus. Dan berat turun secara mendadak seperti hilang 5kg atau 10kg dalam seminggu. Itu adalah petanda yang tidak baik!
Kebiasaanya ubat kurus tersebut ada menggunakan bahan-bahan terlarang. Bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, lebih teruk lagi ia boleh membawa kepada kematian.
Oleh itu, kalau korang nak juga ambil ubat kurus tolonglah semak dulu kandungannya. Jangan menyesal kemudian hari ye.
4- Tiada Berat Yo Yo
Nak turun berat badan mungkin senang. Makan ubat XYZ turun 10kg seminggu. Tapi lepas tu, bila korang makan macam biasa balik. Dengan sekelip mata berat pun naik balik. Macam yo yo kan?
Bahaya bila diet yo yo ni. Banyak masalah kesihatan yang korang boleh hadapi. Antaranya, sakit jantung, kanser dan kencing manis.
Sekali lagi, diet eat clean adalah yang Eray akan sarankan kalau korang betul-betul nak kurus. Sebab tiada lagi berat badan naik turun macam yo yo.
5- Makin Kreatif
Bila nak mula diet eat clean carilah mentor atau ikut mana-mana kumpulan. Bukan apa kalau tak dapat maklumat dan cara yang betul, mungkin tak turun pun berat badan korang.
Paling kurang pun, cuba ikut mentor untuk 21 hari. Dari make over dapur, sampailah resepi dan cara makan eat clean akan dikongsikan. Kalau korang nak, Eray pun ada sediakan bimbingan untuk mula eat clean ni.
Yelah, ilmu kan patut dikongsi. Lagipun, macam satu kepuasan bila Eray dapat bantu orang lain untuk kurus dan lebih sihat.
Lepas 21 hari, korang dah boleh jalan sendiri dah. Dan percayalah, kalau korang tak pandai masak sekalipun. Lepas belajar pasal diet elat clean ni, mesti jadi pandai masak. Malah boleh jadi kreatif. Ubah-ubah menu ikut citarasa korang.
Jom Mula Diet Eat Clean Sekarang!
Bila masa yang baik untuk mula diet eat clean? Masa yang baik atau 'perfect' tidak akan pernah ada. Kalau korang rasa nak mula, mulakan cepat. Jangan tangguh-tangguh.
Makin tangguh, berat badan korang pun makin membukit. Lepas tu, masuk tahun baru korang pun mulalah tulis balik azam nak kurus. Macam tulah setiap tahun. Kan?
Percayalah korang boleh berubah. Boleh kurus dan sihat. Syaratnya, bertindaklah sekarang.
Sekarang sudah bulan Syaaban, lepas tu Ramadhan. Tak mustahil kalau mula sekarang, paling sikit pun 5kg mesti hilang.
Kalau korang perlukan bimbingan, boleh WA Eray di 016 773 1892. Tiga orang terawal akan mendapat bimbingan secara PERCUMA. Jom bertindak sekarang!
May the force be with you. Salam.