Tips Kurus Sihat Selamat
9 Makanan Zero Kalori Senang Cari Buat Mereka Yang Nak Kurus
Wednesday, February 24, 2016Assalamualaikum,
Makanan zero kalori adalah merujuk kepada makanan berkalori 'super' rendah. Ianya sangat bagus untuk mereka yang sedang berjuang untuk buang lebihan berat badan.
Anda boleh menikmati makanan-makanan ini pada bila-bila masa yang disukai. Tanpa perlu risau "makanan ini buat aku gemuk ke tak?".
Setiap makanan ini hanya mengandungi 50 kalori bagi setiap 100 grams hidangan. Sangat rendah bukan?
Cuma, kadang-kadang makanan zero kalori ini susah nak dibeli. Kalau ada pun di pasaraya besar. Duduk di luar bandar sikit je dah payah nak beli.
Tapi makanan-makanan dalam senarai ini mudah nak cari. Di kedai runcit Ahmad, Ah Keong dan Raju pun boleh dapat.
1- Daun Saderi
Makanan ini agak sinonim dengan anda yang mahu kuruskan badan. Makan saderi ianya seolah-olah anda tidak makan apa-apa.
Ianya kaya dengan fiber dan air. Elakkan dari menambah bahan-bahan yang boleh 'double up' kalori daun saderi. Lagi baik jika dimakan begitu sahaja. Oh, sup juga akan menjadi lebih sedap jika masukkan saderi bersama.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram saderi: 16
2- Buah Oren
Selain dari terkenal sebagai sumber utama vitamin C. Ia juga antara buah-buahan yang paling sedikit kalori.
Mengambil makanan zero kalori bukanlah untuk hapuskan kalori. Tetapi ianya membantu anda memastikan bahawa kalori harian adalah lebih rendah dari kebisaannya.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram buah oren: 47
3- Kobis
Ia adalah sumber makanan yang termurah, tetapi sangat baik buat mereka yang mahu kurus. Banyak kebaikan kobis ini, menjadi perisai kepada kanser dan penyakit jantung.
Kobis juga sangat membantu ibu menyusu untuk melegakan bengkak susu. Paling mudah masak saja kobis air. Tak perlu tumis, hanya sedikit bawang putih dan ikan bilis.
Kalau perlu perasakan dengan sedikit garam. Anda langsung takkan rasa bersalah walaupun perut terasa kenyang.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram kobis: 25
4- Tomato
Antara jenis sayur yang lebih berkhasiat jika diambil sesudah dimasak. Berbanding dimakan ketika mentah.
Kalorinya yang rendah menjadikan ia sering digunakan di dalam salad. Tomato juga akan menjadikan sup yang dimasak menjadi lebih sedap.
Mengandungi lycopene yang mampu menghalang penyakit kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan jantung. Oh tapi pastikan jangan sampai terlebih masak. Nanti hilang khasiat di dalamnya.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tomato: 17
5- Timun
Mengandungi banyak air di dalamnya. Ia juga sangat terkenal sebagai sayuran yang rendah kalori. Patutlah ramai yang gemarkannya di dalam salad. Ataupun makan begitu saja.
Anda bebas untuk makan timun sehingga kenyang. Kalori? Tak payah risaulah.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram timun:16
6- Lemon
Agak mustahil kalau anda boleh makan lemon bukan? Tapi lemon digunakan untuk memastikan pengambilan kalori yang rendah setiap hari.
Kerana itulah lemon banyak digunakan untuk perasakan air kosong. Ia juga akan menambah rasa kepada ikan atau ayam yang dimasak. Selain itu, lemon mempunyai tahap alkali dan antioksidan tinggi. Sangat baik untuk kesihatan.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram lemon: 29
7- Bunga Kobis
Bagi anda yang sedang turunkan berat badan. Pasti biasa melihat bunga kobis digunakan untuk mengantikan sumber karbohitrat seperti nasi dan kentang.
Dari anda makan 'mash potatoes' gantikan dengan 'mash cauliflower'. Rasanya masih sedap. Bebas makan tanpa rasa takut. Sumber makanan zero kalori yang baik. Selain itu ia juga ada agen 'anti-inflammatory'.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram bunga kobis: 25
8- Cendawan
Ia juga dikenali sebagai 'superfood', kaya dengan zat dan nutrisi penting. Anda bebas untuk masukkan cendawan ke dalam sup. Atau jadikannya sebagai 'side dishes'.
'Saute' dengan minyak zaiton dan perasakan dengan sedikit lada hitam dan garam pun dah cukup.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram cendawan: 38
9-Buah Tembikai
Selain dari kandungan kalorinya rendah buat tembikai juga mempunyai rasa manis yang semulajadi. Enak.
Lihat anda masih mampu nikmati makanan manis walaupun sedang berdiet. Buah tembikai adalah pilihan snek yang baik. Kandungan anti oksidan di dalamnya juga baik untuk kesihatan.
Dan ianya sangat membantu untuk 'boost' metabolisma.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tembikai: 30
Allah SWT Maha Kaya, samalah juga dengan ciptaan-Nya. Terlalu banyak makanan-makanan yang ada untuk dipilih. Kenali dan ketahui kalori makanan sebelum masuk ke dalam perut.
Pilihlah jalan yang bijak untuk kurus. Usah semberono mengambil ubat kurus atau laburkan beribu duit di pusat pelangsingan, sebaliknya makanlah makanan yang sihat. Amalkan makanan zero kalori.
Biar lambat, asal selamat ye kawan-kawan.